BAB 8

Action Completed 75672

DUA BULAN TELAH BERLALU...

Puan Mei semakin risau melihat keadaan tubuh anaknya makin hari makin susut. Makan tak mahu... Minum pun tak mahu... Hanya terbaring saja di atas katil.

Hendak dibawa berjumpa doktor, anaknya itu membantah keras. Mati - mati Luna tidak mahu berjumpa doktor.

Puan Mei hanya menurut sahaja dengan permintaan anaknya itu walaupun hati tuanya terasa aneh.

Ochey muncul bila hari menginjak petang.

"Kamu balik ni cuti berapa hari Chey?" Tanya Puan Mei pada anak terunanya. Ketika ini dia sedang menyiapkan bahan untuk makan malam.

"Lama jugak Chey balik cuti... Dalam tiga empat hari macam tulah..." Jawab Ochey melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah ibunya. Dia mencapai bawang untuk dikupas kulitnya.

Ochey kelihatan tidak kekok membuat kerja rumah serta memasak kerana dari kecil mereka adik beradik telah dididik supaya meringan kan tangan untuk membantu mengemas rumah mahupun memasak ketika ibu dan bapa mereka keluar bekerja. Tapi tulah... Yang selalu mengelat tak nak turun ke dapur dah tentu nya si Luna.

Berbagai - bagai alasan dicipta supaya tidak disuruh turun ke dapur.

"Eloklah kamu cuti lama ni... Nanti tolong mak pujuk adik kamu tu ke hospital... Jenuh dah mak dengan abah kamu pujuk dia... Tak jalan jugak... Dia buat keras kepala dia aje..." Adu Puan Mei.

"Adik sakit ke mak?" Soal Ochey dengan nada risau.

"Ya... Dah nak dekat dua minggu dah dia sakit..." Jawab Puan Mei. Sayur bayam yang sudah siap dipetik di bawa ke singki untuk dicuci bersih.

"Hish bahaya kalau nak dekat dua minggu macam tu..." Dahi Ochey sudah berkerut memikirkan perihal adiknya sedang sakit.

"Tulah mak nak mintak tolong kamu ni... Mana tahu... Kamu pujuk... Jalan pulak..."

"Yelah... Nanti Ochey cuba slow talk dengan adik..." Putus Ochey. Puan Mei hanya mengangguk sahaja. Tangannya sibuk mencuci sayur bayam di dalam singki.

"Mak ada dengar cerita ke?" Soal Ochey kembali setelah agak lama mereka berdiam diri tadi.

"Cerita apa?"

"Ochey dengar yang Herry kena tangkap... Dan sekarang ada dekat pusat pemulihan..." Beritahu Ochey.

Terhenti seketika pekerjaan Puan Mei mendengar ayat yang keluar dari mulut anak terunanya.

Dia mendekati anak terunanya.

"Yeke Chey..." Soal Puan Mei meminta kepastian.

"Ye mak... Kebetulan rakan sekerja Ochey tu rakan Fay... Jadi dialah yang bagitau..." Jawab Ochey. Bawang sudah siap dikupas dan diletakkan di dalam bekas yang disediakan.

"Habis... Siapa yang tangkap si Herry tu..."

"Papa dia sendiri..."

Terdiam Puan Mei bila nama Yuzen meniti di bibir anak terunanya.

Hmmm... Dah agak dah... Lambat laun Herry akan tertangkap jugak... Nasib baik yang menangkapnya itu bapa sendiri...

Yelah... Bapa si Herry dengan Fay ni kan seorang anggota tentera berpangkat komando... Wajar lah dia menangkap anaknya untuk ke pusat pemulihan... Biar si Hayrren tu jadi manusia sikit...

"Hmm... Biarlah si Herry tu dibawa ke pusat pemulihan... Biar dia dapat pemulihan yang sewajarnya..." Doa Puan Mei. Buruk mana pun perangai si Hayrren, budak itu tetap anak saudaranya.

Gedebuk!!!

Perbualan mereka terhenti bila mendengar bunyi jatuh dari bilik Luna.

Bergegas kedua - duanya menaiki anak tangga menuju ke bilik gadis tersebut.

Pintu dibuka.

Terbeliak mata Ochey melihat tubuh adiknya yang terlentang di atas lantai.

"Adik..." Meluru dia ke arah adiknya diikuti oleh ibunya dari belakang. Kepala adiknya terus di pangku.

"Ya Ampun... Apa dah jadi dengan adik ni?" Hampir menjerit Puan Mei keadaan anak perempuannya terkulai tidak sedarkan diri.

"Dah mak... Kita bawak dia ke hospital..."

"Ya... Ya..." Jawab Puan Mei kalut.

Tubuh kecil adiknya lantas di gendong keluar dari bilik itu. Puan Mei pula sempat mencapai barang penting Luna sebelum dia mengekori langkah anak terunanya yang sudah pun berada di sisi kereta.

Apa dah jadi dengan anak aku ni?

BERDENTUM HATI seorang ibu saat mendengar perkhabaran yang menyedihkan keluar dari mulut doktor yang merawat anak perempuannya tadi.

Ochey juga tidak terkecuali. Hatinya masih tidak percaya apa yang telah terjadi pada adiknya.

Ketika ini mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke rumah. Luna pula masih dengan esak tangisnya yang masih tidak berhenti sejak keluar dari hospital tadi.

SEBAIK SAJA sampai dirumah, tubuh kecil molek Luna ditolak kasar ke arah kerusi rotan.

"Mak..." Ochey cuba menghalang tindakan ibunya tetapi dimarahi oleh bapanya.

"Kamu diam Ochey... Biar abah dengan mak selesaikan hal ni dengan Luna..." Marah Encik Ngan. Dia baru saja mahu pergi menimbang getah terus dibatalkan urusannya kerana tiba - tiba saja Puan Mei menelefon menyuruhnya pulang kerana ada hal mahu diselesaikan.

Jadi ini yang dimaksudkan oleh Puan Mei tadi.

Ochey sudah menganjak ke tepi melihat wajah tegang bapanya.

"Apa yang kamu dah buat ni Luna... Apa yang kamu dah buat..." Tanya Puan Mei dengan amarah yang berkumpul di dada. Matanya mencerlung tajam ke wajah anak perempuannya yang masih lagi berlinangan dengan air mata.

Dia meluru ke arah anak perempuannya.

"Kamu nak aku pukul kamu macam ni ke baru kamu nak jawab..." Serentak itu juga wajah anak perempuan nya ditampar. Bukan sekali tapi dua kali.

Ochey yang tidak tahan melihat adiknya ditampar oleh ibu mereka pantas meluru ke arah adiknya.

"Mak... Sudahlah... Jangan buat adik macam ni lagi... Kesiankan lah dia..." Ochey menghalang sambil menghalang tubuh adiknya dari di pukul oleh ibu mereka lagi.

"Sampai hati kamu Luna buat mak dengan abah macam ni... Mana pergi didikan yang kami berdua bagi dekat kamu selama ni... Mana pergi didikan tu..." Soal Puan Mei dengan nada bergetar.

"Sekarang jawab soalan mak... Anak siapa yang kau kandung ni... Anak siapa..." Tengking Puan Mei lagi.

"Anak Herry...." Jerit Luna bersama tangisan yang kuat.

Terkedu kedua - dua suami isteri itu saat nama itu meniti di bibir anak perempuan mereka.

"Anak Herry?" Ochey menyoal dengan rasa tidak percaya. Wajah adiknya dipandang dengan riak tidak percaya.

"Ya... Luna mengandungkan anak dia... Luna kena aniaya mak... Luna kena rogol..." Luna merangkak ke arah ibunya lalu kaki si ibu dipeluk erat.

"Mak tak percaya semua ni... Kamu tipu mak kan..." Tanya Puan Mei dengan nada suara berubah serak.

"Luna tak tipu mak... Dia yang rogol Luna... Herry yang rogol Luna..." Bersungguh - sungguh dia memberitahu ibunya tetapi malangnya si ibu langsung tidak mahu percaya.

Dia merangkak pula ke arah bapanya pula.

"Abah... Tolong percaya cakap Luna bah... Luna tak tipu... Luna kena rogol dengan Herry masa dalam hujan lebat tu... Luna kena rogol bah... Luna kena rogol..." Di kaki bapanya pula dia merayu agar si bapa lembut hati. Tapi hampa bila hati bapa juga keras seperti si ibu. Tangan anak perempuannya yang memaut kakinya di tepis kasar.

" Kamu bukan lagi anak abah dengan mak... " Pilu hatinya bila kata - kata keramat itu keluar dari mulut seorang yang amat dia hormati.

"Mak..." Ibunya pula dirayu.

"Mak tak nak tengok muka kamu dekat rumah ni lagi... Mak dengan abah takde anak yang menconteng arang dekat muka kami berdua... Dan sekarang... Dengan segala hormatnya... Keluar dari rumah kami ni..." Halau Puan Mei sebelum dia masuk ke dalam bilik Luna. Kemudian dia membawa beg pakaian yang berisi pakaian Luna lalu dicampak keluar dari rumah.

Tubuh Luna yang terduduk itu di paut kasar menuruni anak tangga sebelum tubuh itu dihumban di atas tanah. Ochey yang berada di belakang pantas berlari ke arah adiknya.

"Mak... Tolonglah jangan buat adik macam ni..." Rayu Ochey pada ibunya.

"Kamu diam Ochey... Mulai hari ini... Aku tak izinkan kau jejak kaki dekat rumah ni lagi... Sebab anak aku bernama Lunanita dah mati..." Usai berkata, dia terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang lagi. Pintu utama rumah berdentum ditutup dari dalam.

"Mak.... "Jerit Luna bersama tangisan. Dia ingin menuju ke arah pintu rumah tetapi keadaan nya yang lemah membataskan pergerakannya.

Pada masa itu jugalah, rintik - rintik hujan turun. Dari halus menjadi semakin kasar.

"Jom adik... Masuk kereta..." Ochey terus memapah tubuh lemah adiknya memasuki kereta bila rintik - rintik hujan semakin kasar. Luna hanya menurut sahaja. Dia memandang rumah tempatnya membesar buat kali terakhir sebelum kereta milik abangnya pergi dari situ...

Ya Tuhan... Kau tolong bukakan lah pintu hati kedua - dua orang Luna untuk menerima kembali Luna dalam hidup mereka nanti....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience