LUNA KELIHATAN sibuk sekali di kilang getah. Hari ini merupakan hari gaji para pekerja di kilang mahu pun di ladang atau pun di kebun.
Dia memeriksa satu persatu dokumen yang perlu disemak dan seterusnya akan ditanda tangani untuk penyerahan gaji pekerja.
Kesibukan nya pada pekerjaan ini membuatkan dia terlupa sebentar pada masalah yang dihadapinya sekarang.
MENJELANG PETANG, barulah kelibat Luna kelihatan di rumah papan separuh batu ini.
"Luna... Mak dengan abah nak keluar ni... Kalau Luna nak makan... Mak ada sediakan makanan dekat dapur tu..." Ujar Puan Mei setelah melihat kelibat anak perempuan yang terbaring enak di atas kerusi rotan.
Luna hanya mengangguk perlahan sahaja. Matanya di pejam seketika. Letih menguasai dirinya saat ini.
"Dah... Pergi mandi... Tak baik balik kerja tak mandi... Dah... Pergi mandi..." Halau Puan Mei bila dilihat Luna masih lagi terbaring di atas kerusi rotan.
"Alah... Kejap aje... Bagi Luna 5 minit lagi..." Luna merengek mengada. Saja nak mengada dengan ibunya. Bila lagi nak mengada - ngada dengan mak. Hehehe...
"Dah... Jangan nak merengek bagai... Pergi mandi..." Bahu anak perempuannya di tepuk kuat.
Luna mendengus kecil. Kacau daun betul lah mak ni! Tak boleh nak rehat sekejap.
"Yelah... Yelah... Luna pergi ni..." Ujar Luna. Malas - malas dia menuju ke bilik dan keluar semula bersama sehelai tuala dan kain batik.
"Mak dan abah pergi dulu..." Laung Puan Mei dari tangga rumah.
"Yelah..." Ujar Luna sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mandi.
LENA LUNA terganggu bila terasa ada benda melingkari pinggangnya saat ini. Matanya di celik perlahan. Dia mengarah matanya menuju ke arah pinggang.
Terbuka luas biji matanya melihat sepasang tangan kekar memeluk erat pinggangnya. Darahnya berderau laju. Matanya kemudian mengarah ke arah empunya yang memeluk pinggang nya tadi. Wajah itu tidak kelihatan kerana menekup wajahnya dekat dengan dadanya.
Dadanya?
Terus ditendang kuat tubuh lelaki yang mukanya semakin hampir ke arah dada Luna.
Menggelongsor laju lelaki itu jatuh dari katil.
"Aduh!!"
Lelaki itu mengaduh bila belakang kepalanya mengenai bucu meja.
"Kau siapa hah? Apa kau buat dalam bilik aku ini?" Marah Luna sambil memegang batang penyapu entah dari mana datangnya. Agaknya author kot yang letak sebab tu Luna sempat capai. Hahaha...
Sekarang dia berdiri dihadapannya lelaki yang suka - suka memeluk pinggang nya tadi.
"A..."
Belum sempat si lelaki mahu menjawab, tubuhnya sudah dipukul bertubi - tubi oleh Luna.
"Lelaki gatal! Nah! Padan muka kau!" Tubuh lelaki itu dipukul bertalu - talu dengan batang penyapu.
"Aduh!! Luna... Sudah sayang... Sakit abang tau tak..." Jerit lelaki itu.
Suara jeritan lelaki itu menghentikan tingkah Luna. Deria pendengaran nya seakan mengecam suara jeritan itu.
"Abang Herry?"
Seru Luna bila wajah lelaki yang memeluk pinggang nya tadi sudah kelihatan.
Batang penyapu tu sengaja author letak situ... Biar Luna libas Herry dengan batang penyapu itu... Hahaha...
Share this novel