BAB 17

Action Completed 75672

"ABANG FAY..."

Bulat mata Fay melihat kemunculan adiknya di pintu masuk butik miliknya.

"Heii... Herry!!"

Jerit Fay kegirangan lalu meluru terus ke arah Hayrren. Tubuh sasa adiknya sudah pun berada di dalam pelukannya.

Jeritannya tadi telah mengejutkan beberapa orang staff butik yang sedang menyusun pakaian mengikut urutan.

Mengurut dada mereka melihat perangai keanak -anakan bos mereka. Nasiblah takde customer dalam butik. Kalau ada, confirm customer mencicit lari dengar jeritan si Fay tadi.

Dalam mengumpat bos tu, sempat lagi mata mengintai ke arah lelaki tampan yang di peluk oleh bos mereka tadi. Berkerut dahi mereka bila wajah asing itu muncul di pintu masuk butik.

Naik segan Hayrren bila melihat pandangan beberapa orang staff ke arah mereka.

"Weh... Mimpi apa kau balik kampung ni?" Macam biasa, Fay menyiasat seperti lagak polis pencen. Fay memang macam tu dari dulu. Kalau orang tak kenal Fay sepenuhnya, mereka akan label sebagai busybody.

"Abang Fay... Rasanya tak sesuai cakap dekat sini... Tengok tu... Staff abang Fay dok pandang sini dari tadi... Segan lah..." Ujar Hayrren dengan nada suara rendah.

Fay yang mendengar ayat adiknya pantas berpaling ke belakang. Kelam - kabut mereka semua kembali ke tempat kerja masing - masing bila mendapat panahan tajam dari Fay.

" Yelah... Kau tunggu dekat restoran depan tu... Nanti abang sampai... Abang ambik wallet kejap..."

Hayrren hanya mengangguk lalu bergegas pergi ke arah restoran yang dimaksudkan oleh Fay tadi. Manakala Fay pula berlalu pergi menuju ke pejabatnya.

Sebelum masuk, sempat lagi dia memerli staffnya.

"Amboi korang... Pantang nampak lelaki handsome sikit... Dah mula naik daun..."

Tersengih malu mereka bila diperli sebegitu.

"Saya nak keluar ni... Mungkin saya tak balik semula ke butik... Jadi... Butik ni saya serah dekat kamu semua untuk jaga... Kalau ada apa - apa masalah... Call aje saya..." Pesan Fay pada staffnya.

"Baik bos..." Jawab mereka serentak.

"Ok... Saya keluar dulu..."

HAYRREN memandang ke kiri dan kanan jalan. Mereka sekarang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menikmati secawan kopi di restoran bersebelahan butik abangnya.

"Banyak dah berubah kawasan ni semua..." Komen Hayrren. Matanya di fokus pada beberapa kawasan yang baru dibangunkan. Tempat kelahirannya sudah setanding membangun dengan bandar - besar yang lain.

Tersenyum kecil Fay melihat gelagat adiknya.

"Dah kau tinggalkan kampung lama sangat... Mesti dah ada perubahan baru penempatan kita ni... Perubahan yang berlaku dalam kampung kita ni setanding dengan KL tahu..." Ujar Fay dengan penuh bangga.

Hayrren hanya tergelak kecil sahaja. Tapi itu hanya sementara bila kereta Fay sudah membelok memasuki sebuah rumah banglo. Berderup jantung Hayrren bila Fay memberhentikan keretanya betul - betul di halaman rumah. Tepat menghadap pintu rumah banglo itu.

Fay yang sudah berkira - kira mahu keluar dari kereta ditangguh kan dulu melihat adiknya masih lagi membatu di tempat duduknya.

"Yang kau tercegat lagi dah kenapa... Jom lah keluar..." Ajak Fay. Dia sudah pun keluar dari perut kereta. Hayrren pula masih lagi duduk di tempatnya. Dia takut sebenarnya. Takut yang Puan Fari tidak menerima dirinya seperti 8 tahun dulu.

Pintu di sebelah penumpang di buka. Tubuh tinggi Hayrren di tarik keluar.

"Abang Fay..." Hayrren cuba menghalang bila tubuh nya di tarik keluar.

"Kau lembab sangat... Tu yang abang tarik kau keluar..." Sindir Fay. Pintu kereta di tutup kembali.

"Mama..." Panggil Fay sambil membawa tubuh adiknya mendekati pintu rumah. Hayrren berusaha untuk melepaskan diri dari abangnya.

"Abang Fay... Lebih baik kita pergi dari sini... Herry rasa esok aje lah kita datang balik..." Ujar Herry gugup. Dia sudah bagai cacing kepanasan di situ. Hati nya sudah memikir macam - macam. Separuh hatinya tak nak pergi dari situ dan separuh lagi hatinya menyuruh dia untuk pergi dari situ kerana takut akan reaksi Puan Fari melihat kemunculan nya ini.

"Kau nak takut apa... Mama oklah ajelah... Mana ada dia marah kau... Jangan nak over thinking sangat boleh tak..." Gumam Fay perlahan tetapi dengan nada sedikit marah.

"Mama... Oh... Mama..." Panggil Fay lagi. Mana pulak mama ni? Takut tidur kot?

"Ya... Ya... Kejap..." Sahut suara dari dalam rumah. Kedengaran kunci pintu di buka dari dalam.

"Hish kamu ni Fay... Menyusahkan mama ajelah... Kamu kan ada kunci pendua masuk ajelah sendiri..." Terhenti bebelan si ibu bila matanya sudah terpaku pada susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Terpegun dia sejenak.

"Herry..." Perlahan dia menyebut tetapi dapat ditangkap oleh Hayrren.

"Mama..." Jawab Hayrren.

"Herry..." Sekali lagi nama itu disebut.

"Ya mama... Ini Herry..."

Tanpa bertangguh, tubuh tinggi anak bongsunya di peluk erat bersama tangisan yang sudah pecah. Hayrren turut membalas pelukan mamanya.

Pelukan di lepas dan wajah anaknya di pegang dengan kedua - dua belah tangan.

"Betul ke ni Herry anak mama?" Tanya Puan Fari dengan rasa masih tidak percaya. Wajah Hayrren di tilik sepuas - puasnya. Wajah anaknya sudah banyak berubah. Sudah semakin matang. Dan semakin tampan.

"Ya Ma... Ni Herry... Herry... Anak bongsu mama..." Tangan mamanya yang melekap di wajahnya di usap perlahan. Sangkanya tadi Puan Fari tidak mahu menerima dirinya. Tapi sangkaannya meleset sama sekali. Wanita pertengahan 40 - an itu begitu lembut menyambut kedatangannya dengan hati terbuka. Tanpa langsung ada rasa marah.

"Mama rindu sangat dengan Herry..." Ujar Puan Fari. Tubuh anaknya kembali di peluk erat. Fay yang adegan itu turut mengalirkan air matanya.

Kerinduan seorang ibu berakhir juga bila anak ynag di nantikan selama 8 tahun kembali ke pangkuan.

"EHEMM..."

Deheman Fay di muka pintu mengejutkan Hayrren yang sedang mengemas pakaiannya.

"Oh abang Fay... Masuklah... Buat apa berdiri dekat pintu tu..." Pelawa Hayrren. Tangannya sibuk mengeluar pakaian dari beg pakaian yang sederhana besar.

Fay melangkah perlahan menuju ke arah adiknya. Punggung di labuh pada kerusi yang berdekatan dengan katil.

"Sikit aje bawak pakaian... Kau cuti beberapa hari ni?" Soal Fay sambil matanya meliar melihat beberapa pasang baju dan jean yang dikeluarkan oleh Hayrren dari beg.

"Seminggu aje... Takkan abang Fay dah lupa apa yang kita bincang dekat restoran tadi..." Hayrren mengingatkan Fay tentang apa yang mereka bincangkan di restoran tengahari tadi.

"Ya... Ya... Baru abang ingat... Sorry lah... Kadang - kadang abang kau ni pelupa tahap maksimum..."

Tergelak kecil Hayrren dengan reaksi tiga suku abangnya.

"Tapi please abang Fay... Hal ni kita rahsiakan dari pengetahuan mama... Herry tak nak mama susah hati nanti..." Pesan Hayrren.

Seboleh - boleh nya dia tidak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan Puan Fari. Tak pasal - pasal jatuh sakit pula nanti.

"Yelah... Abang rahsiakan..."

Perbualan mereka adik beradik terhenti bila nama Fay di panggil oleh mama mereka.

"Fay... Tolong mama hidang nasi... Ajak adik tu makan sekali..." Laung Puan Fari dari luar bilik.

"Ya Ma... Kejap lagi Fay dengan Herry keluar..." Sahut Fay.

"Dah jom keluar makan... Mama suruh abang hidang nasi tu..." Paha adiknya di tepuk lalu bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah keluar dari bilik adiknya diikuti oleh Hayrren dari belakang.

Tapi kan... Apa yang di bincang oleh Hayrren dengan Fay dekat restoran tengahari tadi ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience