RUNGUTAN DARI PARA pekerja mematikan perbualan antara Encik Ngan bersama anak lelakinya. Mereka dua beranak terus menghampiri pondok tempat pekerja - pekerjanya berehat.
"Ada apa ni... Dari jauh lagi saya dengar suara kamu semua merungut... Merungut pasal apa..." Tanya Encik Ngan sebaik sahaja sampai di tempat para pekerjanya berkumpul.
"Eh bos..." Sapa mereka semua sebaik sahaja melihat majikan mereka menyertai mereka berkumpul.
Wajah salah seorang pekerja bernama Arie kelihatan murung sekali.
"Kamu ni dah kenapa Arie... Dari tadi saya tengok tak bermaya aje..." Tegur Encik Ngan.
"Mana tak murungnya bos... Dah dua hari adik dia tak jawab call dari dia..." Sampuk salah seorang dari mereka yang lebih tua sedikit dari Arie. Bang Jamil nya.
"Adik Arie? Adik dia yang mana satu?" Giliran Ochey pula menyoal. Arie ni kan ramai adik perempuan. Kalau tak silap, Arie ni ada tiga orang adik perempuan.
"Alah... Adik bongsu dia... Si Azirah tu..." Beritahu Bang Jamil. Arie hanya mendiamkan diri sahaja. Tak hati mahu mencelah lagi.
"Dah tu... Apa yang dah jadi..." Gesa Encik Ngan.
Nak tak nak, akhirnya Arie menceritakan segala - galanya.
CEMBERUT TERUS wajah Luna bila Puan Mei meminta dia untuk mengambil dirinya di rumah yang paling dia tak suka lewat talian yang dibuat.
"Kamu tolong ambik mak ya... Abah dengan abang kamu masih dekat kebun lagi... Nak harapkan Kak Yanie kamu... Siapa nak jaga Ayyan nanti..." Mulalah Puan Mei nak psiko Luna.
Luna mengeluh agak keras.
"Yelah... Yelah... Adik pergi ambik mak dekat sana..." Dalam keterpaksaan, Luna mengikut jua arahan si ibu.
Mak ni pun satu... Masa pergi tadi... Elok aje pergi sendiri... Ni bila masa nak balik... Suruh orang pula pergi ambik... Rungut Luna sendirian...
Hish... Mulut tu... Tak baik tau mengata orang tua macam tu... Dosa tau...
Automatik mulutnya berhenti merungut bila otak membidas rungutannya tadi...
Kunci kereta milik abangnya di tempat penyakut kunci dicapai setelah meminta kebenaran dari kakak iparnya.
PERBUALAN antara Hayrren bersama dua orang rakannya EL dan Khai terhenti bila kenderaan yang dia kenali berhenti betul - betul di hadapan mereka bertiga.
Dia kenal betul dengan tuan empunya kenderaan itu. Siapa lagi kalau bukan si Ochey. Dia tersenyum nipis bila pintu bahagian pemandu di buka dari dalam.
Senyuman mati serta merta bila melihat kelibat pemandu keluar dari perut kereta. Wajah tanpa riak milik Luna menghiasi pandangan matanya kini.
"Luna??"
Bisiknya perlahan tetapi masih sempat singgah di gegendang telinga Khai.
Kakinya ingin diayun menuju ke arah gadis itu tetapi niatnya itu dibatalkan bila kedengaran suara perbualan antara Puan Mei dengan mamanya.
"Ha... Itu pun Luna... Mei balik dululah kak..." Ujar Puan Mei dengan nada ceria. Manakala Luna pula sudah tidak rasa selesa berdiri lama - lama di sebelah kereta abangnya. Hatinya sudah tidak sabar bila melihat ibunya masih lagi berbual dengan Puan Fari. Lebih - lebih lagi melihat mata Hayrren masih melekat lagi pada dirinya sedari tadi. Bukan Hayrren sahaja. Mata EL dan seorang lagi rakan Hayrren yang dia tak kenali pun tunak memandang dirinya. Luna hanya buat muka tak peduli sahaja. Malas nak layan!
"Yelah... Kesian pulak tengok si Luna tu berdiri lama - lama dekat tepi pintu kereta..." Ujar Puan Fari sambil memandang wajah Luna yang masih lagi setia berdiri tempatnya. Dia tahu kenapa gadis itu sanggup berdiri di situ. Matanya sekilas memandang anak wajah anak bongsunya yang dari tadi langsung tak beralih dari memandang wajah Luna.
"Herry... Mak Mei balik dulu..." Setelah si ibu di sapa, si anak pula di sapanya.
"Aaa... Ya... Hati - hati balik tu Mak Mei..." Ujar Hayrren sambil menyalami tangan Puan Mei.
Sempat lagi Luna mencebik bila melihat kesopanan yang ditunjukkan oleh Hayrren itu. Ingat bagus sangat lah tu!
Puan Mei melangkah menuju ke arah anaknya. Cepat - cepat Luna masuk ke dalam perut kereta tanpa pamit dengan Puan Fari. Bukan dia nak kurang ajar dengan wanita itu, tetapi hatinya tidak betah berlama - lama di situ. Tambahan lagi dengan pandangan tajam dari Hayrren tadi. Takut dia muntah hijau di situ.
Puan Mei sudah menjegilkan matanya melihat perangai kurang sopan anak perempuannya. Tapi Luna hanya buat tak endah dengan jegilan ibunya. Kereta terus keluar dari halaman rumah. Hilang sahaja kereta yang dipandu Luna, muncul pula Toyota Hilux kelabu milik Encik Ngan memasuki halaman rumah Puan Fari.
Tak jadi kesemuanya mahu melangkah masuk ke dalam rumah. Keluar Ochey dan Encik Ngan dari kenderaan tersebut. Wajah masing - masing kelihatan tegang sekali. Kedua - dua beranak itu terus melangkah menghampiri pagi ke arah ketiga - tiga tentera itu.
Hayrren sudah merasa tidak sedap hati melihat wajah tegang kedua - duanya.
"Ada hajat apa Abang Ochey dengan Bah Ngan datang ke sini?" Terus Hayrren menyoal. Bukan biadap tetapi rasa hairan menguasai diri bila kedua - dua beranak ini datang ke rumahnya. Setahunya, Ochey dengan bapanya ini jarang sekali mahu datang ke rumah nya ini. Dulu adalah jugak semasa babahnya masih belum bercerai dengan mama. Tapi bila babahnya sudah tiada disini, kedua - dua sudah jarang datang. Itu pun kalau ada hal mustahak. Wajah Encik Ngan akan muncul memberi pertolongan.
"Kamu ada masa ke Herry?" Soal Encik Ngan dengan nada serius.
"Ada Bah Ngan... Ada apa ya?" Soalan dibalas soalan. Dahinya berkerut melihat wajah tegang si bapa saudara.
"Kami ada sesuatu nak bagitau kamu..."
"Apa dia Bah Ngan?"
"Ada orang bagitau yang budak perempuan hilang dari kampung ni..."
"Hah??"
Herry dengan kedua sahabatnya sudah berpandangan sesama sendiri.
Nampaknya, tekaan mereka selama ini hampir membuahkan hasil.
Share this novel