LUNA MENGANGKAT MUKA bila menyedari ada susuk tubuh seorang lelaki memasuki ruang bilik tempat mereka berdua dikurung.
Dia mengamati langkah lelaki itu. Bila figura si lelaki berada di dihadapan nya, mata nya terbuka luas bila melihat wajah yang ditutupi dengan mask hitam seperti pernah di lihat.
Terbias satu memori di mana dia diserang pada malam hujan lebat dan diselamatkan oleh Hayrren.
"Helo dear... Tak kenal dah ke dekat aku..." Ujar lelaki itu disebalik mask yang dipakai.
Suara lelaki itu mengejutkan Imah di sebelah Luna. Perlahan - lahan dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang sedang bertinggung di hadapan Luna.
"Kau Arie... Apa lagi yang kau nak dari kitorang?" Jerit Imah tiba - tiba.
Jeritan Imah pada nama seseorang itu membuatkan Luna terkejut.
"Ar.. Arie..." Soal Luna dengan nada bergetar.
Terimbas nama seseorang yang setia bekerja dengan abahnya. Ya... Abang Arie... Seorang pemuda yang baik, rajin dan bertanggungjawab.
"Yes dear... Itu nama aku... Arie..." Lelaki misteri itu membuka mask hitamnya. Terserlah wajah tampan milik seorang lelaki yang amat dikenali.
"Sekarang kau dah tahu aku siapa kan..." Ujar Arie bersama senyuman sinis nya.
Luna memandang wajah Arie dengan pandangan tidak percaya.
Arie... Sebaris nama yang menjadi pekerja terbaik abah kerana sikapnya yang begitu rajin berkerja. Malah segala keperluan pemuda itu di ambil berat oleh ahli keluarganya. Tapi sekarang... Kenapa Arie berubah sekelip mata? Malah sanggup menjadi orang suruhan Cu?
"Abang Arie... Kenapa abang Arie jadi macam ni... Apa layanan abah pada abang Arie selama ni tak baik ke?" Tanya Luna sedih. Sedih kerana pekerja setia dan yang terbaik abah menjadi pengikut setia Cu.
"Hmm... Macam mana nak cakap ya?" Arie mengetuk dagunya sambil memikir.
"Kau tak payah cakaplah Arie... Kau memang syaitan bertopeng kan manusia... Kau ingat aku tak tahu... Kau kan yang perangkap adik aku sampai masuk dalam genggaman si Cu bedebah tu... Kau jugakan pergi jual adik perempuan kau dekat Cu sebab hutang..."
Terkalih mata Luna memandang wajah Imah yang sudah merah menahan marah.
Apa yang Imah cakapkan ni? Dia tak salah dengar ke?
Pangg!!
Satu tamparan hinggap di wajah Imah. Tersungkur Imah di tepi Luna akibat menerima tamparan padu dari Arie.
"Tu makannya bila kau bercakap tanpa orang suruh..." Bengis Arie berkata.
"Abang Arie... Apa yang abang Arie dah buat ni... Kenapa abang Arie sanggup jual adik sendiri... Kenapa abang Arie... Kenapa..." Soal Luna bersama tangisan. Dia tidak percaya orang yang abah percaya boleh jadi seperti ini. Malah sanggup menjual darah daging sendiri kepada si penyangak seperti Cu itu.
" Kau tahu kenapa aku jadi macam ni..."
"Aku buat semua ni sebab duit... Aku perlukan duit... Mak aku dah mati... Bapak aku hilangkan diri... Tinggalkan aku dan adik - adik dengan hutang keliling pinggang... Kau tau tak... Setiap hari pemiutang datang rumah aku... Tanya pasal bapak aku bila nak bayar hutang... Bila tak dapat bayar... Badan aku jadi galang ganti... Kena lunyai... Kena sepak... Kena pukul... " Terkedip kedip mata Arie saat bercerita. Pedih hatinya bila teringat akan masa lalu.
" Kau tau tak... Cu datang tepat pada waktu aku susah... Dia yang tolong bayarkan hutang yang bapak aku tinggalkan... Tapi pertolongan nya bukan percuma... Ada sesuatu yang harus aku bagi dekat dia... Adik aku..." Perit bila terkenangkan adiknya yang sudah di bawa melepasi sempadan gara - gara dirinya. Perasaan kesal dan bersalah merajai hati sekarang. Tapi kerana hutang, dia sanggup melakukan.
" Ya Tuhan... Apa yang abang Arie dah buat ni..." Luna merintih mendengar cerita Arie. Kenapa lelaki ini menjadi sekejam ini?
" Eh Luna... Semua benda dalam dunia takkan dapat percuma tahu... Aku perlukan duit... Dia perlukan perempuan untuk jalankan bisnes dia... Jadi aku turutkan lah... Kira adil dan saksama kan..." Ujar Arie bangga.
"Kau memang binatang Arie... Memang binatang..." Maki Luna. Hilang sudah rasa hormatnya pada lelaki ini. Hanya kerana wang, darah daging sendiri menjadi galang ganti.
Arie gelak sakan. Makian Luna langsung tak berbekas di hatinya.
"Baru kau tahu aku ni macam mana..." Gumam Arie sambil tangan nya mencengkam rambut Luna dari belakang. Dengan cara itu, tubuh wanita itu diheret bangun secara paksa.
"Kau nak bawak Luna pergi mana ni?" Gelabah Imah bila dilihat Luna di bawa menjauhi dirinya.
"Kau diam... Jangan banyak cakap... Kalau bukan kerana si Cu... Dah lama kau ni mati aku kerjakan..." Usai berkata, satu sepakan kuat mengenai perut Imah. Merengkot kesakitan akibat sepakan tersebut. Terjerit kecil Luna dengan tindakan kejam Arie ini.
"Kau nak bawak aku pergi mana ni Arie..." Tanya Luna bila Arie mengheret tubuhnya keluar dari bilik tempatnya dengan imah dikurung dan menuju ke sebuah bilik yang pintunya menanti untuk rebah ke bumi sahaja.
"Sebelum kau di rasmi oleh bos... Baik aku rasmi kau dulu..." Bisiknya tepat ke telinga Luna. Sudah lama dia mengidam tubuh wanita ini sejak kembali ke kampung dua bulan lalu.
Kisah silam Luna juga sudah dia tahu sejak dari awal.
ARGHH!!
Apa nak kisah semua benda tu. Lebih dari pelacur lagi dia dah bedal, apatah lagi Luna yang dilihat masih lagi bergetah.
Meremang bulu roma Luna saat mendengar bisikan miang Arie ini.
"Aku tak nak... Lepaskan aku..." Luna sudah mula meronta - ronta mahu melepaskan diri. Dia tak ingin menyerahkan tubuh pada lelaki seperti Arie atau pun Cu.
Rahang Luna di cengkam.
"Kau dengar sini perempuan... Kau kena layan aku kalau kau nak selamat..." Rahang Luna dilepaskan dan serentak itu tubuh Luna di tolak masuk ke bilik tersebut.
Kalau dilihat suasana bilik ini, bilik ini seakan - akan bilik yang dimana adik Imah menjadi mangsa rogol sehingga menyebabkan gadis itu masih tidak sedarkan diri hingga sekarang.
Dan giliran Luna berada di bilik itu sekarang.
Tapi kan... Bilik ni di khas kan untuk Cu sahaja... Tapi kenapa Arie dapat masuk ke bilik dengan senang...
Oh! Lupa nak bagitau...
Arie ni orang kanan Cu... Jadi... Apa yang berlaku di bawah pengawasan Arie, Arie akan bertanggungjawab. Dan macam sekarang, Luna dibawah pengawasan nya. Jadi dia akan menakluki Luna dahulu.
Wah! Senang - senang aje mereka memperlekehkan kaum wanita. Sebab itulah tanpa segan silu menjual darah daging sendiri. Memang spesies yang merosakkan kaum perempuan!
Dia menindih tubuh Luna.
"Kau dengar sini... Dekat sini... Hanya kau dengan aku aje... Laki kau dengan kawan kau... Dan mampus sekarang..."
"Jangan... Tolong lepaskan aku..." Luna merintih dan merayu.
Arie tersengih sumbing mendengar rayuan Luna.
"Rayu lah... Rayu... Takde siapa yang dapat tolong kau dekat sini... Just you and me..." Ujar Arie sengihan lebarnya.
Matanya rakus memandang seluruh tubuh Luna. Dia tidak tahan lagi. Hasrat ya harus di lunaskan..
Abang... Abang dekat mana... Tolong Luna bang... Tolong Luna... Rintih Luna...
Mukanya di paling ke arah lain bila dilihat Arie membuka tali pinggang seluarnya.
Belum sempat dia mahu membuka butang seluar nya, satu tendangan padu hinggap dibelakang tubuhnya. Terpelanting dia ke tepi bila ditendang sebegitu. Mendesis dia kesakitan bila kepala terhantuk pada dinding.
"Abang!!!" Telinga menangkap jeritan Luna.
Hero sudah datang!!!
Kerana duit, darah daging sanggup dijual...
Share this novel