BAB 43 Part 1

Action Completed 75672

SETAHUN BERLALU...

LUNA TERMENUNG panjang. Hari ini dia mengambil cuti agak lama sejak dia mengambil alih kilang getah milik bapanya.

Ya... Luna telah pun mengambil alih tugas bapanya sejak setahun yang lalu. Dia mengambil alih tugas itu kerana risau akan kesihatan Encik Ngan yang kelihatan agak merosot sejak akhir - akhir ini.

Pernah sekali bapanya tanya kenapa dia mengambil tugas ini sedangkan dia ada ijazah dalam bidang perniagaan. Boleh aje cari kerja yang setara dengan ijazah yang diperoleh.

Luna menjawab,

"Ada ijazah tak semestinya kerja bagus - bagus aje... Yang ini pun menjana pendapatan jugak... Yang paling penting... Luna dekat dengan mak dan abah..."

Penyudahnya, dia menutup mulut sahaja bila keluar ayat padu dari mulut anak perempuannya ini. Selebihnya, dia tahu anak perempuan nya itu masih mengharap kemunculan Hayrren yang menghilang diri sejak setahun yang lalu.

Buktinya, Luna dilihat kerap termenung sendirian.

"Mei... Saya tak sampai hati tengok Luna tu termenung macam tu aje..." Ujar Encik Ngan pada isterinya.

Isterinya yang sedang menuang air teh o pada cawan terhenti bila mendengar ayat suaminya itu. Teko diletakkan semula di atas meja.

"Saya lagi lah bang... Saya tahu benar apa yang dirasai dia sekarang... Sebab saya ibu dia..." Mata Puan Mei turut mengarah ke arah Luna yang sedang termenung membelakangi mereka berdua. Jasad nya sahaja di sini. Tapi hatinya sudah jauh dibawa pergi oleh Hayrren yang hendak bila mahu muncul.

Bukan mereka berdua sahaja yang merasa kasihan. Puan Fari, ibu mentua Luna dan Fay, abang ipar Luna juga turut merasa kasihan dengan keadaan wanita itu.

"Nak buat macam mana... Dah permintaan nya macam tu... Kita ikutkan ajelah... Kita doakan ajelah yang baik - baik untuk mereka berdua..." Putus Encik Ngan.

Dalam hati, dia mendoakan moga hati Hayrren terdetik untuk kembali pulang melihat keadaan isterinya ini.

TERASA INDAH bila melihat keindahan ciptaan Tuhan petang - petang begini. Tapi hatinya tidak berasa indah. Hatinya telah lama dibawa pergi oleh Hayrren sejak setahun lalu. Dia bagaikan hidup dalam angan - angan yang tak bertepi. Mengharap pada yang masih dalam mimpi.

Puas dia mencari keberadaan Hayrren sejak setahun lalu. Sampai ke kem tentera tempat lelaki itu bertugas pun masih mendapat jawapan yang sama. Lelaki itu tiada di sana!

Tapi dia tidak berputus asa. Dicari juga ditempat lain. Tetap juga dapat jawapan yang sama. Sampai kan satu tahap, dia hampir merasa gila dengan semua ini. Tapi kesabaran dan keyakinan membangkitkan semula dirinya.

Dia mencari dan mencari lagi kerana dia tahu hatinya sudah lama terpaut pada lelaki ini.

Dia mula sedar bila hari dilihat semakin gelap. Dia memandang ke dada langit. Awan hitam berarak laju. Menandakan hujan mungkin akan turun sebentar lagi.

Dia bangun dari tempat duduknya lalu berlalu masuk ke dalam rumah.

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata kuyu merenung dirinya dengan penuh kerinduan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience