LAPORAN telah dihantar.
"Apa yang kamu cuba hantar dekat aku ni EL?" Bentak Tuan Lukaman bila membaca laporan yang di hantar oleh anak buahnya ini.
"Itu adalah hasil siasatan yang kami dapat dari pihak orang awam yang berada di sekitar kawasan itu..." Jawab EL dengan yakin. Yakin kerana usaha mereka termasuk Hayrren akan membuahkan hasil tidak lama lagi.
"Apa?? Hasil siasatan dari pihak orang awam??" Bulat mata Tuan Lukaman mendengar jawapan dari EL ini.
"Kamu sedar tak... Pihak orang awam tidak boleh dikaitkan dengan misi kita ini..." Suara Tuan Lukaman sudah naik seoktaf. Fail yang dibaca dihempas kasar di atas mejanya.
"Dan perempuan ni... Apa kaitan dia dengan kes yang kita jalankan sekarang..." Soal Tuan Lukaman dengan mencampakkan gambar Imah di hadapan EL.
"Dia adalah pengantara antara orang luar dengan Cu, ketua sindiket ni..." Ujar EL lagi.
"Pengantara?? Siapa suruh kamu semua tangkap dia ni... Aku nak kamu semua cari ketua dia... Bukan perempuan ni..." Marah Tuan Lukaman.
"Dan melalui perempuan ni... Kita akan tahu keberadaan Cu tuan..." Pintas EL. Mencerlung tajam Tuan Lukaman bila bicara nya di cantas oleh EL.
"Kau berani lawan aku..." Deram Tuan Lukaman. Dia sudah bercekak pinggang menghadap EL.
"Saya bukan nak melawan tuan... Tapi... Ini melibatkan banyak nyawa..."
"Kau nak aku buat kau dengan kawan - kawan yang lain jadi macam Hayrren ke..." Ugut Tuan Lukaman. Tersirap darah nya bila EL berani mengingkari arahannya.
"Saya bukan berniat mahu melawan tuan... Kalau tuan nak jadikan saya macam Herry... Jadikan saya seorang sahaja... Jangan libatkan kawan - kawan saya yang lain..."
Terdiam Tuan Lukaman dengar bicara anak buahnya ini.
"Maafkan saya tuan... Izinkan saya selesaikan misi yang saya jalani ini dulu... Barulah tuan tentukan hukuman apa yang patut saya jalani... Dan siasatan berkaitan Herry... Tuan patut jalani secepatnya... " Ujar EL dengan penuh yakin dan reda.
Reda bila dia akan dikenakan hukuman kelak.
"Baik kalau itu yang kamu minta... Aku luluskan... Kalau misi ini selesai secepatnya... Bersiap sedialah..." Ujar Tuan Lukaman setelah berdiam diri tadi.
"Baik tuan..." EL menabik hormat pada ketuanya.
Tuan Lukaman kulum senyum. Tak disangka, anak buahnya yang dia didik dan dibentuk selama 8 Tahun ini menjadi sekeras ini. Dan ini hasilnya!
Menjadi keras, garang dan dingin!
HAMPIR TERJERIT Imah bila figura yang dikenali memasuki rumahnya.
"EL??"
EL yang sedang enak bersandar pada meja segi empat itu hanya mempamerkan wajah selamba sahaja.
"Macam mana awak masuk rumah saya ni? Awak ceroboh masuk gitu ke?" Soal Imah dengar suara yang terkawal.
"Kalau aku ceroboh masuk rumah kau pun... Kau nak buat apa?" Sengaja EL menaikkan kemarahan gadis ini.
Wajah gadis ini langsung tak berubah seperti 8 tahun lalu. Masih manis! Tapi sayang! Gadis ini sudah berubah seratus peratus dan bukan gadis yang pernah dia kenali dahulu. Hanya dia yang mengenali Imah, Imah pula langsung tidak mengenali EL ini.
"Boleh tak awak keluar dari rumah saya sekarang? Tak manis orang nampak nanti..." Halau Imah. Hatinya tidak enak melihat cara pandangan EL pada dirinya.
"Kenapa?? Kau takut orang nampak kita berdua - duaan dalam rumah ni... Kalau ada orang nampak... Lagi bagus! Boleh kahwin free!!" Selar EL selamba. Dia masih lagi berada di tempatnya sambil berpeluk tubuh.
Aik EL! Kau nak jadi Herry dengan Luna nombor 2 pulak ke?
Melongo Imah mendengar ayat berani mati EL itu.
" Jangan nak mengarut boleh tak?? " Marah Imah. Wajahnya sudah merah padam. Entah apalah mamat ni mengarut!
"Betul apa yang aku cakapkan ni... Kalau kau kahwin dengan aku... Hidup kau tak sengsara sangat... Tak payah lah kau nak jadi tali barut orang lagi..."
Tersentak hati Imah mendengar ayat yang diucapkan oleh EL ini. Tali barut? EL tahu sesuatu ke?
"Tali barut? Apa yang kau merepek ni?" Nada suara Imah naik sampaikan cara panggilan nya tadi sudah berubah. Gabra punya pasal!
EL menegak kan tubuhnya. Kakinya dibawa melangkah menuju ke arah Imah yang masih berdiri di tengah rumah.
"Kau tak payah nak buat muka suci sangat... Kau tak payah nak sorok semua tu dari aku..." Dia berdiri tepat di hadapan Imah. Cuba mendominasikan ketinggian tubuhnya dengan tubuh Imah.
Imah ini bertubuh kurus. Sama seperti Luna. Tetapi yang membezakan adalah ketinggian mereka berdua. Imah lebih tinggi sedikit dari Luna yang agak rendah. Rendang gitu! Haih! EL ni! Kalau tahu dek Hayrren kau kutuk bini dia pendek, mahu kau kena cencang hidup - hidup!
"Ap... Apa yang kau merepek ni? Aku tak faham lah..." Tergugup Imah bersuara. Wajah nya sudah berubah lain. Dia sudah melangkah ingin melarikan diri tetapi tidak berjaya bila langkahnya susah dapat di tangkap cepat oleh EL.
Sepantas kilat tubuhnya sudah berada dalam kepungan lelaki ini.
" Kau nak buat apa ni? Lepaskan akulah!" Jerit Imah bila secara tiba - tiba tubuhnya sudah berada dalam kepungan EL. Dia ingin meronta melepaskan diri. Tetapi tidak berhasil bila EL mengetatkan lagi kepungannya. Silap langkah, lehernya akan patah dikerjakan oleh EL ini.
" Aku tanya kau baik - baik... Boleh pulak kau nak blah macam tu... Jadi sekarang... Ini makannya..." Ujar EL sinis.
Kalau lah ketuanya tahu apa yang dia lakukan sekarang, silap - silap dia akan jadi macam Hayrren.
Tapi dia tak kisah pun semua tu!
Yang penting, Imah harus di singkir kan dari menjadi tali barut penjenayah seperti Cu.
" Tolong lepaskan aku... Aku merayu..." Suara Imah sudah berubah serak. Tekapan lengan sasa EL di lehernya membuatkan dia hampir lemas.
"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak bagitau aku cerita sebenar..." EL bertegas.
Dia tahu, dia tak boleh berkasar dengan perempuan. Tetapi perempuan seperti Imah harus diajar secara kasar bila cara lembut tidak berjalan. Imah adalah jenis perempuan hati keras! Keras seperti batu!
" Cakap... Apa yang merasuk kau jadi tali barut malaun tu?" Desak EL.
Imah masih diam membatu.
"Aku suruh cakap!!"
"Sebab adik aku jadi tawanan dia... Sebab tu aku terpaksa jadi tali barut dia..."
Tidak dapat tidak, akhirnya rahsia yang tersimpan rapi terbongkar juga.
Sambung Part 2
Share this novel