BAB 37 Part 1

Action Completed 75672

BUNYI SEREKAN DI RUANG SEBELAH membuatkan Hayrren terjaga dari pengsannya.

Perlahan - lahan dia memicingkan mata nya bila silauan lampu mentol kecil menjengah matanya.

Matanya dibuka lebar bila serasa silauan tidak lagi memanah matanya. Matanya mengitar pandangan sekitar. Dan matanya berhenti pada sekujur tubuh EL yang tangannya terikat teratas dengan tidak berbaju. Dia menilik dirinya pula. Sama keadaannya macam EL.

Tubuh EL di tolak menggunakan kakinya yang tidak terikat.

"EL... EL..." Tubuh lelaki itu di tolak.

Kelihatan tubuh EL bergerak sedikit. Mungkin terasa dengan tolakan di tubuhnya.

Batuk keras dari mulut EL mula kedengaran. Dia perlahan - lahan mengangkat wajahnya bila batuknya terasa reda.

"Kita kat mana ni?" Soal EL bersama suara yang serak. Matanya mengitari kawasan yang terasa asing pada pandangannya. Tangannya cuba untuk di rentap tetapi tidak berhasil. Dia menilik tubuhnya. Tubuhnya tidak berbaju.

"Aku tak tahu kita dekat mana..." Ujar Hayrren. Wajahnya menyeringai kesakitan bila dia cuba untuk melepaskan tangannya dari tali yang menjerut.

"Imah dan Luna mana?" EL teringat akan sesuatu. Matanya melilau mencari kelibat kedua - dua wanita itu tetapi langsung tidak kelihatan.

"Aku tak tahu diorang dekat mana..." Rintih Hayrren. Tali yang menjerut tangan membuatkan dia kesakitan.

EL berhenti menyoal. Matanya melilau mencari sesuatu untuk dibuat senjata. Dan matanya berhenti pada satu kepingan cermin yang pecah yang tidak jauh darinya.

" Aku ada idea... " Ujar EL.

"Idea apa?" Blur Hayrren menyoal.

Sungguh! Dalam keadaan macam ini membuatkan otaknya gagal untuk berfungsi dengan normal. Mungkin kesan hentakan benda tumpul di belakang kepalanya membuatkan pemikiran nya sedikit mereng.

EL tidak menjawab.

Dia melakukan tugas nya dengan berhati - hati. Sesekali matanya memandang ke arah pintu bilik yang menjadi tempat mereka di tawan. Takut penjaga yang di tugaskan tiba - tiba menyerbu masuk.

Kakinya dikuis ke arah kepingan cermin tersebut. Hayrren juga turut membantu. Sesekali matanya juga terarah pada pintu bilik.

Bila kaki EL sudah mencapai kepingan cermin itu, tiba - tiba pintu bilik dibuka dari luar dengan kasar. Serentak itu juga kepingan cermin itu di layang ke belakang mereka dan ditutup dengan kedua - dua belah lutut. Kedua - dua nya mendiamkan diri bila konco - konco Cu seramai 4 orang menghampiri mereka.

Wajah EL dengan wajah Hayrren dipandang silih berganti. Kemudian mereka ketawa melihat kedua - dua lelaki itu diikat sebegitu.

"Hero-hero yang dibanggakan akhirnya jatuh dalam perangkap kita... Bravo..." Konco pertama bertepuk tangan dengan wajah gembira. Gembiralah sebab orang paling kuat dalam geng mat terap akhirnya berada dalam genggaman mereka. Yang lain - lain hanya ketawa mengejek sahaja dengan bicara rakan mereka.

Hayrren dan EL berpandangan sesama sendiri. Dalam kepala masing - masing, sudah di rangka satu rancangan. Oh! Otak Hayrren dah mula berfungsi normal semula!

"Woi... Korang dari tadi asyik nak mengekek aje kerja... Kalau tolong kitorang ada juga faedahnya..." Sengaja EL membakar keadaan yang sedia panas.

Bukkk!

Terteleng kepala EL ke kanan bila wajah nya menerima tumbukan padu dari konco pertama.

Berkerut dahi Hayrren melihat rakannya ditumbuk.

"Hishhhh... Sakit ke bro?" Sengaja Hayrren menganjing rakannya. EL sudah menjelingnya tajam.

Bukkk!

Wajah Hayrren pula menjadi sasaran penumbuk konco pertama. Terteleng juga wajahnya ke kiri. Aik! Maklumlah... Mereka berdua diikat sebelah menyebelah. Mesti seorang ke kanan dan lagi ke kiri.

Mendesis juga Hayrren dibuatnya. Tulah! Siapa suruh menganjing member! Kan dah mendapat! Kira seri dah ni!

Alah! Ni kan taktik mereka untuk menarik perhatian empat ekor ni! Macam tak tahu pula!

"Sakit tak kena penumbuk aku... Kalau ikutkan hati... Memang patah rahang korang aku kerjakan..."

Eleh! Penumbuk tak seberapa, ada hati nak lawan orang!

"Tapi kan..." Konco pertama menghampiri dan duduk ditengah - tengah antara Hayrren dan EL.

"Korang tahan ke kalau aku seksa korang guna benda ni..." Pisau lipat dikeluarkan dari poket seluar.

"Weh bro... Bos suruh kita jaga diorang je... Bukan nak seksa diorang..." Konco kedua dah mula cuak. Termasuk juga konco ketiga dan keempat. Mereka tak berkenan dengan cara konco pertama ini bermain. Terlebih sudu dari kuah pula mainnya. Berlagak bos!

"Alah korang ni! Relaks lah... Aku saja aje nak acah - acah main dengan diorang..." Ujar konco pertama. Pisau lipat yang berkilat itu sengaja di mainkan.

Siulan dari belakang menghentikan tingkahnya. Dia berpaling belakang.

"Kau nak tahu tak apa maksud acah - acah main..."

Dahi konco pertama berkerut tidak mengerti.

Sepantas kilat EL menghayunkan tubuhnya lalu kakinya dililit kejap pada batang leher si konco pertama. Buntang mata konco pertama melihat tingkah pantas EL itu.

"Ini maksudnya..." Jawab EL sebelum...

Plakkk!

Bunyi leher dan tengkuk patah kedengaran. Leher konco pertama terkulai dan melorot jatuh ke bawah. Konco kedua ingin menyerang tetapi mendapat nasib yang sama seperti konco pertama. Kali ini dari Hayrren!

Tergamam konco ketiga dan keempat melihat aksi pantas Hayrren dan EL itu.

"Ada lagi tak yang mahu acah - acah main macam diorang?"

Soal EL bersama senyuman seramnya. Matanya tajam menikam ke wajah konco ketiga dan keempat yang sudah menggigil ketakutan.

EL memang terbaik...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience