SEMENTARA DI MARKAS, Hayrren sudah kusut memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Muka dan rambutnya diraup kasar. Dia terpunduk lelah sambil di temani EL yang masih setia berada di sisinya sedari tadi.
"Aku tak boleh blah apa yang dah jadi ni... Manusia mana yang dah perdajalkan aku ni..." Rengus Hayrren kasar. Nasib benda ni tak sampai ke pihak atasan lagi. Kalau sampai, silap hari bulan dia akan dibuang kerja. Mujur aje digantung tugas.
"Sabar bro... Benda nak jadi... Nak buat macam mana..." Pujuk EL. Dia pun tak boleh nak fikir dah. Macam mana benda ni boleh sampai ke ketua mereka. Siap dengan bukti sekali.
"Aku tak boleh... Aku nak sertai jugak misi ni..."
"Kau gila ke Herry? Kau kan dah diarahkan untuk tidak sertai misi ni... Atau kau nak di buang kerja terus..." Sembur EL. Matanya sudah terjojol memandang wajah sahabatnya.
"Kita dah nak hampir selesaikan misi ni..."
"Ya... Aku tahu tu... Tapi boleh tak sekarang kau fikir secara waras... Kalau kau degil... Semua benda ni akan jadi rumit... Jadi sia - sia..." Nasihat EL. EL tidak mahu masalah ini akan menjadi semakin rumit bila Hayrren masih dengan kedegilannya. Dan tidak mahu reputasi dan kerjaya rakannya lebur begitu sahaja.
Hayrren menekur mendiam diri bila di nasihat oleh rakannya. Hanya keluhan sahaja dilepaskan.
"Macam ni lah... Kau balik rehat... Tak pun... Kau minta izin Uncle Yuzen balik kampung... Tenangkan diri kau..." Cadang EL. Lagipun, dia ada sesuatu untuk dirancang bersama Hayrren. Tak sampai hati melihat wajah monyok sahabatnya ini. Bukan rancangan dia sorang. Ini juga sebahagian rancangan dari keempat - empat rakan mereka yang lain.
Hayrren hanya mengangguk lemah. Wajah tampan nya diraup untuk sekian kalinya.
WAJAH LUNA kembali cemberut bila mendengar kemunculan semula Hayrren di kampung tersebut. Baru sehari terasa aman dan hari ni kembali terasa terancam pula.
"Elok - elok dah balik ke markas... Alih - alih muncul balik dekat kampung ni..." Decit Luna geram.
"Kamu bebelkan apa tu Luna?" Tegur mak dari belakang.
Hampir terlompat dia apabila dikejutkan sebegitu rupa. Mak ni kalau tegur orang, Cik Ponti pun boleh tabik spring dekat dia. Jiran sebelah pun boleh dengar volume suara mak ni!
"Mak ni... Terkejut Luna..." Ujar Luna sambil mengurut dadanya.
"Yang kau dok bebel sorang - sorang... Tu yang mak pergi tegur..." Jawab Puan Mei lalu di labuhkan punggung disebelah anaknya.
"Yang kamu dok bebel tadi... Kamu bebelkan apa..." Aduh! Mak masih dengan soalan nya tadi. Kalau boleh hendak korek habis - habisan!
"Ha... Tak delah... Luna bebelkan tupai tu ha... Pergi tokek ke buah betik tu dah kenapa..." Luna dah merapu mencipta ayat.
"Mana tupainya... Mak tak nampak pun..." Mak pun memandang ke depan. Memandang tepat ke arah pokok betik yang lebat berbuah. Matanya di arah ke buah betik yang elok bergayut di batang pokoknya. Takde pun kesan tokek. Anak aku ni dah kenapa? Baung tabiat ke apa?
" Kamu ni sihat ke tak? " Dahi anaknya dirasa. Okay aje dia rasa suhunya. Tapi tengok muka,ketat aje dari tadi.
"Ni mak nak kamu tolong pergi petik daun kari..."
"Nak buat apa mak?" Soal Luna sedikit bengong.
"Nak buat masaklah... Takkan nak buat hiasan pulak..." Perli Puan Mei. Budak Luna ni kan! Ada jugak yang kena ni karang!
Luna tersengih malu mendengar perlian ibunya. Dia bangkit lalu kaki dibawa menuju ke pokok yang dimaksudkan oleh ibunya tadi.
"Nah daun karinya..."
Luna menyuakan daun kari yang dipetik kepada ibunya. Puan Mei menyambut huluran tersebut.
"Banyaknya mak nak masak lauk... Ada orang nak datang rumah ke?" Soal Luna bila melihat bahan masakan yang agak banyak di atas meja.
"A'ah... Abah jemput Mama Fari sekeluarga makan tengahari dekat sini nanti..."
Mati sengihan Luna bila mendengar nama keluarga itu keluar dari mulut ibunya.
"Mak... Tak boleh ke ajak diorang makan kat tempat lain ke... Kenapa mesti makan dekat sini jugak..." Mulalah Luna merungut.
Puan Mei menjegil mata kepada anak perempuannya.
"Kamu ni mulut... Nak kena cili ke... Biarlah diorang datang sini... Makan sekali... Abah yang ajak kan..."
Luna sudah mula buat muka.
"Buat muka... Buat muka... Dah tak payah nak cemberut gitu... Pergi tolong mak siang ikan tu..." Arah Puan Mei selamba tanpa mempedulikan wajah cemberut anaknya. Dia pula kelihatan sibuk menyediakan ramuan untuk masakannya nanti.
Luna sudah berdecit kegeraman. Tapi dia berlalu juga ke arah ikan yang disuruh siang oleh ibunya tadi.
Abah ni memang sengaja betullah! Bebel Luna sendirian.
Share this novel