Part 2

Action Completed 75672

MENGEKEK CU bila mendengar cerita dari Hayrren.

"Pandai lah kau... Masuk macam tu aje rumah budak tu... Macam nilah member aku..." Cu ketawa lagi. Bahu Hayrren ditepuk - tepuk.

Hayrren hanya tersenyum sinis sahaja.

"Kan aku dah cakap... Kalau kau ikut cadangan aku ni... Gerenti dia akan berhenti ikut kau punya..." Cu membangga diri. Tak sia - sia cadangan yang dia bagi dekat Hayrren itu.

"Tu lah... Masa aku bagi warning dekat budak tu... Menggigil dia tahan takut bro... Hahaha..." Giliran Hayrren pula mengekek ketawa.

"Lain kali kalau nak idea... Cari aku... Aku boleh bagi idea baik punya..." Cu mula masuk jarum. Wajah rakannya yang sedang mengekek suka itu dipandang dengan senyuman jahat.

Ketawa mereka terhenti bila telefon bimbit kepunyaan Hayrren berdering. Poket jeans terus di seluk. Dia melihat skrin telefon.

Mendecit geram Hayrren bila nama abangnya naik di skrin telefon. Spoil mood betullah Fay ni!

Nak tak nak, panggilan itu dijawab juga. Malas balik nanti menghadap bebelan panjang si abang!

"Helo..." Jawab Hayrren dengan nada malas.

Telefon pintar pantas di bawa lari jauh sedikit dari telinga bila Fay sudah start membebel.

Dah agak dah tadi!

Berubah air muka Hayrren bila mendengar apa yang dikatakan oleh abangnya dari talian sebelah.

Cu pula memandang pelik melihat wajah Hayrren yang tadi ceria sudah berubah kelat.

Dah kenapa si Herry ni muka kelat semacam aje...

"Ok... Herry balik sekarang..." Tanpa menunggu jawapan abangnya, talian terus dimatikan.

"What's up bro?" Tanya Cu melihat Hayrren sudah berada di atas motosikalnya.

"Aku ada hal... Urgent... Nanti kalau ada apa - apa... Aku call kau..." Belum sempat Cu bersuara, Hayrren sudah berlalu dari situ.

"Weh Herry!!!" Panggil Cu.

Malangnya, panggilan itu hanya sepintas lalu sahaja. Hayrren sudah pun menjauh ke hadapan.

"Ek eleh mamat ni... Blah macam tu aje..." Rungut Cu.

Tapi apahal eh tadi... Muka si Herry kelat semacam aje... Pastu tergesa - gesa pula blah dari port mereka...

Mesti ada yang tak kena ni...

"BABAH... TENANG DULU... Takkan babah nak pergi macam tu aje..." Pujuk Fay sambil menghalang langkah bapanya, Encik Yuzen yang sudah mahu keluar dari rumah banglo mereka.

"Jangan halang langkah babah Fay... Mama kamu dah tak perlukan babah lagi..." Ujar Encik Yuzen dengan nada sebak. Wajah Puan Fari yang masam mencuka di kerling sekilas.

"Kamu jangan nada mengada halang langkah orang tua tu... Biar dia berambus dari rumah ni..." Keras Puan Fari bersuara.

Matanya mencerlung tajam ke arah anak sulungnya yang masih lagi berdiri tegak di hadapan Encik Yuzen.

"Ma... Boleh tak mama bincang elok - elok dengan babah... Mungkin ini ada salah faham ke apa..." Fay berusaha untuk memujuk kedua - duanya.

Tapi usaha Fay itu sia - sia sahaja bila Puan Fari membantah keras.

"Nak bincang apa lagi Fay... Semuanya dah terjawab... Bukti dah ada... Bukti yang mengatakan babah kamu ni curang dengan mama..."

Bagaikan petir menyambar hati Hayrren saat ini bila kata - kata itu keluar dari mulut mamanya. Dia yang baru sampai tak jadi masuk ke rumah bila telinga nya menangkap perbalahan dari dalam rumah.

" Awak memang selalu macam ni Fari... Apa yang saya cuba jelaskan selama ni... Awak langsung tak nak dengar... Awak masih lagi dengan prasangka buruk awak tu dekat saya..." Celah Encik Yuzen lagi.

"Ya... Memang saya selalu fikir buruk pasal awak... Cuba awak ingat balik... Sepanjang kita kahwin... Pernah tak awak selalu dekat sisi saya kalau anak - anak sakit? Pernah tak awak fikir perasaan saya macam mana waktu tu? Pernah tak awak fikir Yuzen?" Nah! Satu persatu Puan Fari membongkar.

Mungkin dia sudah tidak tahan lagi memendam sorang - sorang. Kemuncaknya, segalanya diluahkan hari ini.

" Awak hanya fikirkan pasal kerja awak saja... Setiap kali saya perlukan awak... Setiap kali anak - anak sakit... Ada perjumpaan dengan sekolah... Muka saya saja yang muncul... Awak... Awak hanya mampu beri alasan yang awak ada operasi khas yang perlu awak selesaikan... Bukan sekali awak berkata begitu... Tapi berkali - kali... "

Terdiam Fay mendengar luahan mamanya.

Puan Fari mengeluarkan beberapa keping gambar dari beg tangannya. Dia mendekati Encik Yuzen lalu gambar itu dilempar ke arah wajah Encik Yuzen.

" Awak nak sangat buktinya kan... Ni buktinya... Bukti yang awak selama ni curang dengan rakan sekerja awak..."

Encik Yuzen mencangkung lalu dikutip satu persatu gambar yang dilempar oleh isterinya tadi.

Menggigil tubuhnya melihat diri nya bersama seorang wanita yang berada di dalam gambar tersebut. Fay juga tidak terkecuali.

" Dari mana awak dapat gambar ni Dari? "Soal Encik Yuzen keras.

" Dari mana saya dapat gambar tu awak tak perlu tahu... Yang jelas... Awak dah curang dengan saya... Sekarang... Dengan segala hormatnya... Awak keluar dari rumah ni... Keluar... " Halau Puan Fari. Matanya sudah terbeliak memandang ke arah suaminya. Jari telunjuk sudah lurus ke arah pintu utama rumah.

" Baiklah... Kalau itu yang awak nak... Mulai hari ini... Awak bukan lagi isteri saya... Dan saya bukan lagi suami awak..."

" Babah..." Panggil Fay tidak percaya.

Betulkah apa yang dia dengar ini? Babah dan mama nak bercerai?

"Jodoh kita sampai dekat sini saja... Jaga diri... Jaga anak- anak... Saya pergi dulu..." Sejurus berkata, Encik Yuzen terus melangkah keluar dari rumah itu bersama sebuah bagasi.

Puan Fari sudah tidak mampu berkata apa lagi. Hanya linangan air mata saja yang mengiringi langkah suaminya ke pintu rumah. Tanpa mempedulikan semuanya, wanita itu melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Babah... Tolong jangan pergi bah..." Fay mengekori langkah babahnya dari belakang. Langkah Encik Yuzen terhenti bila melihat kelibat anak bongsunya muncul di hadapannya. Mata Hayrren kelihatan merah sekali.

Dia pasti yang anak bongsunya itu sudah mendengar segala - galanya.

"Babah terpaksa pergi... Mama kamu dah tak perlukan babah lagi... Mama kamu dah tawar hati untuk terima babah semula..." Encik Yuzen berkata sebak.

Kerana sebuah gambar, keluarga nya sudah hancur sekelip mata.

"Babah... Tolong jangan pergi... Kesianlah dekat kami berdua bah..." Fay masih lagi merayu. Berharap babahnya menarik balik keputusan nya. Tetapi rayuannya langsung taka hiraukan bila Encik Yuzen masih tetap dengan keputusannya.

"Babah janji... Suatu hari nanti... Babah akan ambik kamu berdua... Itu janji babah... Tapi sebelum tu... Tolong jaga mama kamu untuk babah boleh..." Pinta Encik Yuzen. Rasa sayang masih melingkari dirinya tetapi bila melihat sikap kurang ajar Puan Fari pada dirinya selama ini membuatkan dia tekad dengan keputusannya.

Kedua - dua anaknya dipeluk erat sebelum dia melepaskan semula. Pantas dia meloloskan diri masuk ke dalam 4 × 4 hitam miliknya sebelum kenderaan itu menderu keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

Tanpa langsung menoleh belakang. Jeritan anak - anaknya juga tidak dipedulikan. Kini dia sudah meninggalkan semua nya buat selama - lamanya.

Dia menangis dalam diam... Maafkan babah Fay, Herry... Maafkan babah... Babah gagal jadi ayah yang terbaik buat kamu dua beradik... Maafkan babah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience