TERPISAT - PISAT MATA Luna bila tubuhnya terasa berayun - ayun. Dia menguap luas sambil menggeliat bagi meregangkan uratnya yang terasa lenguh akibat terlelap terlalu lama.
Matanya memandang sekilas ke arah anak saudaranya yang masih lagi nyenyak tidur di dalam kerusi bayi di sebelah. Jalan yang beralun sedikit pun tidak menganggu lenanya.
'Nyenyak betul si Ayyan ni tidur...' Bisik Luna di dalam hati.
"Kita dah sampai ke?" Soal Luna sambil memandang ke arah abangnya yang sedang memandu.
"Belum lagi... Sikit lagi nak sampai..." Jawab Ochey dengan nada ceria. Yanie disebelah hanya tersenyum manis sahaja.
Luna hanya mengiakan sahaja. Dia memandang keluar tingkap sambil menikmati permandangan sekeliling. Dahinya berkerut bila melihat pemandangan dan jalan yang di lalui oleh mereka sekarang.
Berderup hatinya bila dilihat jalan yang dilalui oleh kenderaan mereka sekarang.
Jangan - jangan...
Berderau darahnya bila kereta yang di pandu oleh Ochey betul - betul berhenti di halaman sebuah rumah papan separuh batu.
"Okay... Kita dah sampai..." Ujar Ochey girang. Yanie di sebelah juga turut girang seperti suaminya. Kecuali Luna!
Gadis itu dilihat diam membatu di tempat duduk belakang. Ochey dan Yanie masing - masing sudah pun keluar dari kereta bila melihat kelibat Puan Mei dan Encik Ngan sudah sedia menunggu di atas tangga rumah.
"Ochey..."
Terus dipeluk tubuh anak lelakinya sebaik sahaja sahaja lelaki itu menghampiri mereka di tangga.
"Mak rindu sangat dengan Ochey..." Berkali - kali wajah anak lelakinya dicium. Ochey membalas pelukan ibunya.
"Ochey..."
Terhenti tingkah kedua - duanya bila nama Ochey diseru oleh Encik Ngan. Ochey melepaskan pelukan di tubuh ibunya dan tubuh ayahnya pula dipeluk erat.
"Maafkan abah Chey... Maafkan abah... Sebab sikap abah... Korang dua beradik merana dan terpaksa merantau jauh... Maafkan abah..." Ngongoi Encik Ngan di dalam dakapan anak lelakinya.
"Abah... Abah tak salah apa pun dengan Ochey... Ochey yang banyak buat salah dengan abah... Dengan mak... Maafkan Ochey abah... Maafkan Ochey..." Tangis Ochey kembali.
"Adik kamu mana..." Tanya Encik Ngan setelah tangisan mereka reda. Matanya melilau mencari kelibat anak perempuan nya di belakang Ochey tetapi tiada.
"Adik ada dalam kereta..." Ujar Ochey bersama senyuman tawar. Dia tahu isi hati adiknya. Ketakutan masih menyelubungi di hati adiknya.
Yanie yang sejak berdiri dari tadi bergegas menuju ke bahagian penumpang. Pintu kereta di buka.
"Adik..." Panggil Yanie perlahan. Wajah tanpa reaksi Luna di pandang dengan penuh mengharap.
"Mari keluar dik... Abah dengan mak tengah tunggu adik tu..." Ujar Yanie. Matanya mengarah ke Luna yang masih membatu di tempat duduknya.
"Luna takut kak... Luna takut abah dengan mak masih marahkan Luna..." Ujar Luna dengan nada bergetar. Matanya tunak memandang ke hadapan. Memandang tepat ke wajah ibu dan bapanya. Jelas sekali riak ketakutan terpamer di wajahnya.
Yanie mencangkung di sisi Luna.
" Adik... Jangan macam ni... Percayalah... Mak dan abah dah maafkan adik... Diorang dah tak marahkan adik... Diorang rindu sangat dekat adik... Kita keluar ya..." Lembut Yanie memujuk.
Bahu Luna diusap perlahan.
"Betul ke mak dan abah tak marahkan adik dah..." Luna meminta kepastian dari kakak iparnya. Wajah kakak iparnya di pandang penuh mengharap.
"Ya dik... Diorang dah tak marahkan adik dah... Jom kita keluar..." Yanie memujuk buat sekian kalinya.
Yakin dengan kata - kata kakak iparnya, Luna menarik nafas lalu keluar dari perut kereta. Air mata yang bergenang sedaya upaya ditahan. Dia berjalan perlahan mendekati ibu dan bapanya yang setia menunggu dirinya di anak tangga. Yanie masih tak lekang dari sisi Luna. Takut gadis itu mengubah fikiran nanti. Sebab itulah dia menempel di sisi Luna. Jangan salah faham pula.
Belum sempat Luna sampai di anak tangga, tubuh kecil moleknya sudah pun berada dalam dakapan Puan Mei. Terkedu Luna dengan reaksi ibunya itu.
"Ya Tuhan... Anak mak Luna... Mak rindu kamu Luna..." Raung Puan Mei dalam dakapan anaknya. Seluruh wajah perempuannya dicium penuh kasih.
Luna yang masih terkedu dengan reaksi ibunya tadi hanya membatu sahaja.
"Mak rindu kamu Luna... Mak rindu..." Raung Puan Mei lagi. Wajah tanpa riak anak perempuannya masih lagi dalam kedua - dua belah tangannya.
"Adik..." Sapa satu suara dari arah belakang Puan Mei.
Wajah Luna berubah takut dan gelisah bila empunya suara itu mendekati mereka berdua.
"Adik..." Seru Encik Ngan, pemilik suara yang bersuara tadi.
"Abah nak minta maaf dekat Luna... Sebab sikap abah yang ego, pentingkan diri sendiri... Abah sanggup halau anak abah dari rumah ni... Maafkan abah..."
Hatinya sedih dan sakit bila terkenangkan perbuatan nya dahulu. Mengusir anak - anaknya tanpa belas kasihan. Dan sekarang... Perbuatannya itu memakan diri nya sendiri.
Luna yang tidak tega melihat wajah sedih bapanya terus didakap erat lelaki yang telah membesarkan dirinya. Membesarkan dirinya tanpa merungut dan mengeluh.
"Abah jangan minta maaf dengan adik... Abah takde salah apa pun dekat adik... Adik yang banyak buat salah dengan abah... Dengan mak... Tolong maafkan adik..."
Kali ini, kedua - dua tubuh orang tuanya didakap erat. Didakap dengan penuh kerinduan.
Ochey dan Yanie yang melihat adegan itu hanya tersenyum manis sahaja sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi masing - masing. Ayyan yang berada dalam dakapan papanya hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin rasa kantuknya masih tersisa.
Akhirnya, keluarga mereka bersatu semula...
Dan satu perkara lagi yang meresahkan Ochey sekarang...
Bolehkah adiknya memaafkan Hayrren?
Share this novel