BAB 19

Action Completed 75672

"KAMU DUDUK dulu dekat ruang tamu... Mak Mei nak hantar Bah Ngan ke dalam bilik kejap..." Ujar Puan Mei pada Hayrren.

"Takpe.. Biar Herry tolong bawak Bah Ngan masuk bilik..." Hayrren menawarkan bantuan.

"Eh... Tak pelah... Biar Mak Mei buat... Herry pergi duduk dekat ruang tamu..." Tegah Puan Mei. Hatinya tidak enak bila menyusahkan Hayrren. Selama ini Fay yang selalu di susahkan. Dan sekarang, Hayrren pula.

"Takpe Mak Mei... Herry boleh tolong..."

"Tapi..."

Puan Mei masih lagi mahu membantah.

"Takpe lah Mei... Dia dah nak tolong papah abang masuk bilik... Biarkan ajelah... Kamu pergi buat air dekat dapur..." Encik Ngan tiba - tiba bersuara. Puan Mei akur dengan arahan suaminya. Dia terus berlaku menuju ke dapur sementara Hayrren pula memapah Encik Ngan menuju ke arah bilik.

Perlahan - lahan tubuh tua itu di baringkan di atas katil.

"Bah Ngan nak apa - apa lagi tak... Kalau ada nak apa... Bagitau Herry... Herry boleh tolong ambikkan..." Tanya Hayrren prihatin.

Encik Ngan menggeleng kepala perlahan tanda tiada apa yang dimahuinya.

"Oklah... Herry keluar dulu... Kalau nak apa - apa nanti... Panggil aje Herry dekat luar..." Beritahu Hayrren. Encik Ngan tidak menjawab. Matanya terkatup rapat.

Melihat tiada jawapan dari Encik Ngan, Hayrren berlalu keluar dari bilik itu. Membiarkan Encik Ngan merehatkan diri di dalam bilik.

Kelibat Puan Mei tidak kelihatan saat dia keluar dari bilik. Hanya dulang berisi seteko air kopi bersama beberapa biji cawan berada di atas meja kopi di ruang tamu.

'Mungkin ada kerja dekat belakang kot.. ' Rumus Hayrren.

Langkahnya terhenti di salah satu bilik ketika hendak melintas ke arah ruang tamu. Matanya terpaku agak lama di pintu bilik yang tertutup rapat itu. Perlahan - lahan tangannya dibawa ke arah tombol pintu bilik itu. Menggigil tangannya ketika cuba untuk memulas tombol pintu itu. Hatinya bagai dicengkam saat tombol pintu dibuka dari luar.

Perlahan - lahan kakinya dibawa masuk ke dalam bilik yang pernah dihuni oleh seseorang yang merupakan penghuni di dalam rumah papan separuh batu ini.

Imbasan silam kembali menjengah fikiran saat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.

Matanya meliar memandang sekitar bilik yang masih sama seperti 8 tahun lepas. Imbasan Luna meminta agar dilepaskan membuatkan hatinya dicengkam rasa sakit yang tak terungkap.

Dia melorot melutut di sisi katil. Di rumah ini, di dalam bilik ini... Maruah Luna diragut tanpa belas kasihan... Malah waktu itu, dia dengan bangganya pergi begitu sahaja dari bilik itu setelah tega menghancurkan kehidupan gadis yang begitu naif.

Dia meraup muka menahan tangis yang hampir pecah.

"Maafkan abang Herry Luna... Maafkan abang Herry... Abang Herry tak patut buat Luna macam tu... Maafkan abang Herry..." Rintih Hayrren perlahan.

ENCIK NGAN PANTAS MENOLEH ke arah pintu bilik bila sedar ada seseorang memulas tombol pintu bilik. Terjengul wajah Puan Mei di balik pintu sambil menatang dulang berisi bubur ayam bersama segelas air putih.

" Abang... Mei ada bawak bubur untuk abang ni... Mari makan..." Lembut Puan Mei berkata. Dia duduk di sisi suaminya sambil tangannya menatang mangkuk berisi bubur ayam.

Encik Ngan mengangguk lalu menyuakan mulutnya ke arah isterinya. Perlahan - lahan Puan Mei menyuap bubur ke mulut suaminya.

"Budak tu mana? Dah balik ke?" Tanya Encik Ngan setelah bubur habis di suap ke mulut.

"Dah balik... Esok baru dia mari balik..." Ujar Puan Mei. Air putih di sua ke mulut Encik Ngan. Perlahan - lahan lelaki pertengahan umur itu meneguk.

"Mei..." Seru Encik Ngan.

Puan Mei menatap wajah Encik Ngan bila lelaki itu menyeru namanya. Tiba - tiba tapak tangan digenggam erat oleh Encik Ngan.

"Maafkan abang sebab tak peduli langsung dengan perasaan Mei selama ni... Abang terlalu egois, angkuh dan penting kan diri sendiri... Maafkan abang..." Ujar Encik Ngan dengan nada mula sebak. Genggaman di tangan isterinya makin di eratkan.

"Sebab keangkuhan abang jugak... Kita hilang kedua - dua anak kita... Abang minta maaf..." Tubuh Puan Mei di paut lalu dipeluk erat. Tangisan nya juga sudah pecah di bahu isterinya.

"Dah... Abang jangan nangis lagi... Abangkan tak sihat lagi tu..." Pujuk Puan Mei lembut. Belakang tubuh suaminya di usap perlahan.

Setelah puas menangis, pelukan di leraikan perlahan - lahan.

"Abang rindukan anak - anak kita... Nak ke diorang maafkan abah diorang ni..." Ujar Encik Ngan dengan wajah lencun dengan air mata.

"Abang... Jangan cakap macam tu... Mesti diorang akan maafkan abang... Diorang tak berdendam bang... Mereka berdua anak - anak yang baik..." Pujuk Puan Mei lagi.

"Abang rindu kan diorang... Nanti suruh diorang balik ya... Jumpa kita... Rumah ni sentiasa menanti kepulangan mereka berdua..."

Tersenyum senang Puan Mei bila mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya.

Hatinya mengucap syukur bila hati Encik Ngan sudah berubah lembut dan memaafkan kedua - dua anak mereka.

Sesungguhnya, kemaafan itu adalah dendam terindah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience