BAB 42

Action Completed 75672

SEMINGGU KEMUDIAN...

Keadaan Hayrren sama seperti sebelum ini. Berada dalam koma walaupun pembedahan membuang perluru telah berjaya.

Seminggu itu jugalah, Luna berkampung di hospital. Dia tidak dibenarkan untuk menjaga Hayrren. Dia hanya dibenarkan untuk tunggu di luar ICU sahaja. Luna hanya menurut sahaja. Diluar pun takpe asalkan dia dekat dengan Hayrren.

KES INI MENDAPAT liputan meluas. Sindiket yang selama ini bersembunyi di sebuah kampung sejak bertahun - tahun lalu akhirnya dapat ditumpaskan. Dan ketua pada sindiket ini ditembak mati oleh ketua anggota tentera itu sendiri yang turut menyertai misi ini.

Jenazah mendiang Ika, adik Imah telah selamat dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat di jalankan. Punca kematian gadis remaja itu sudah dijumpai. Remaja itu mati akibat kesan dirogol berulang kali, di suntik dengan ubat tidur dengan dos berlebihan serta tidak diberi makan dan minum secukupnya.

Apa telah terjadi pada Imah?

Imah sekarang ditempatkan di wad mental untuk sementara kerana emosinya tidak stabil akibat kehilangan adik yang disayanginya. Dia juga turut di lawat dan jaga oleh EL memandang kan gadis itu tiada anggota keluarga yang lain.

EL sudah hampir sembuh sepenuhnya mengambil tanggungjawab untuk menjaga gadis itu buat sementara waktu.

Kan! Dah dah cakap hari tu!

Mesti EL ada sesuatu dengan Imah. Tapi EL nafikan. Takpelah... Doa yang baik - baik aje untuk mereka berdua. Harap EL jaga Imah baik - baik.

HAMPIR TERHENTI jantung Luna saat diberitahu bahawa Hayrren sudah dipindahkan keluar dari hospital ini.

Puas Luna merayu untuk memberitahu hospital mana yang menempatkan Hayrren tetapi hampa. Jururawat yang langsung tidak mahu memberi kerjasama dan menyatakan ini adalah rahsia dari pihak atasan dengan pegawai atasan tentera. Dirayu lagi tetapi jururawat itu tetap dengan pendiriannya.

Dan sekarang, bantuan terakhirnya adalah EL!

"EL... PLEASE bagitau saya abang Herry dekat hospital mana sekarang..." Terus ditanya pada lelaki itu sebaik sahaja sampai di wad Imah yang oleh lelaki ini.

"Luna... Saya bukan tak nak bagitau awak... Saya memang tak tahu dia dibawa dekat mana..." Ujar bersungguh - sungguh.

"Awak jangan nak kelentong saya EL... Tolonglah bagitau saya dia dekat mana..." Luna masih merayu lagi. Kedua -dua tangannya dirapat memohon agar EL memberitahu nya.

"Luna... Maafkan saya... Saya memang tak tahu dia dibawa ke mana sekarang... Dan awak sendiri pun nampak kan... Saya dekat mana sekarang..." Ujar EL lagi sambil menunjuk kan dirinya berada dimana sekarang.

Luna mendiamkan diri bila rayuan langsung tak berkesan pada EL. Dia meminta diri lalu terus keluar dari situ.

Lobi hospital dipandang sepi. Dia nanar sendirian.

'Abang Herry... Abang Herry dekat mana sekarang?'

Mana pulak si Herry menghilang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience