BAB 30 Part 1

Action Completed 75672

EL MENGHENTAK meja agak kuat bila telinganya mendengar operasi yang mereka jalankan menemui jalan buntu. Terkejut rakan - rakannya yang lain dengan tindakannya ini.

Serabut kepalanya bila memikirkan operasi yang mereka jalankan sejak sebulan lalu tidak menemui jalan penyelesaian.

Tempat persembunyian Cu sampai sekarang tidak diketahui. Nasib Hayrren akibat digantung tugas juga masih dalam siasatan dan orang menghantar fail peribadi Hayrren pada ketua mereka juga masih samar - samar.

"Sabar bro... Jangan macam ni..." Pujuk Khai. Belakang badan sahabatnya itu ditepuk perlahan.

"Macam mana nak sabar... Sampai sekarang kita tak dapat kesan dekat mana tempat si malaun tu duduk... Padahal... Kita nak dapat dah... Sekarang... Korang tengok... Apa dah jadi..." EL mendengus. Wajahnya tegang sekali. Segala macam benda yang berselerak di atas meja di pandang sekilas.

Seperti sia - sia aje usaha mereka selama ini. Cu terlalu licik! Cu bukan musuh yang boleh mereka tumbang seperti sebelum ini.

Lelaki itu seperti ada kekuatan yang boleh membuatkan orang disekeliling atau pun masyarakat enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Korang tahu tak... Kes jual orang, seludup dadah, senjata api ni... Bukan kes biasa - biasa tahu... Lebih - lebih lagi kes melibatkan orang hilang... Terutama nya remaja bawah umur... Dan cuba korang bayangkan... Kalau stigma masyarakat kita cakna sedikit dengan kes - kes sebegini... Purata kes ni akan menurun tahu... Tapi bila masyarakat kita masih lagi dengan cara hidup macam tu... Penting kan diri sendiri dan masih mahu berkomplot dengan orang macam Cu tu... Sistem negara kita akan terjejas tau tak..."

Pergh!! Bila Mat Terap buka falsafah, habis semua orang ternganga dengan ucapannya.

"Dan sekarang... Aku syak ada tali barut malaun tu dekat sekitar kita ni..."

"Apa?"

"What?"

Habis semua bahasa keluar dari mulut keempat - empat sahabatnya ini. Tali barut! Biar betul?

"Kau ada syak siapa ke EL?" Tanya Hong serius. Huii... Serius pula Apek Cina ni! Selalunya tak pernah si Apek Cina ni nak buat muka serius. Melawak tu adalah!

Kena serius lah... Ada tali barut Si Cu malaun tu kot... Takkan nak berhuha pulak... Apa punya soalan dah!

EL hanya tersenyum sinis sahaja.

Dalam kepalanya kini hanya satu nama sahaja yang melekat di kepalanya saat ini.

Dan orang itu harus diberi pelajaran secepatnya agar tiada benda buruk akan berlaku pada mereka terutama sekali sahabatnya Hayrren dan Luna.

Suspennya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience