KETUKAN KUAT yang bertalu - talu dari luar pintu rumah papan separuh batu itu membuatkan Luna meninggalkan kerja nya buat sementara. Dia melangkah menaiki anak tangga menuju ke ruang tamu. Sempat lagi dia mengerling jam yang tersangkut di dinding. Pukul 7:30 malam!
Siapa pula yang datang senja - senja macam ni... Dahlah mak dengan abah takde ni... Abang Ochey pula dah balik ke tempat kerja dia...
"Ya.. Ya... Kejap..." Laung Luna dari anak tangga terakhir. Hish! Tak menyempat langsung!
Laju - laju dia melangkah menuju ke pintu utama. Pintu utama di buka dari dalam. Terpacul wajah Hayrren dari balik pintu.
"Abang Herry..."
Terkejut Luna melihat Hayrren muncul secara tiba - tiba itu. Dia pandang kiri dan kanan. Kot - kot ada Puan Fari, mama Hayrren atau pun Fay datang sekali. Tapi tiada. Yang ada hanya lah Hayrren seorang saja.
"Abang Herry buat apa datang sini... Mak dengan abah takde kat rumah sekarang..." Beritahu Luna. Dia kekal berdiri di hadapan pintu rumah.
Tanpa sebarang amaran, Hayrren menolak tubuh Luna ke tepi lalu dengan selambanya dia masuk ke dalam rumah gadis itu.
Terkedu Luna seketika dengan tingkah Hayrren selamba Hayrren ini.
" Abang Herry... Luna bukan nak halau abang Herry... Tapi tolong abang Herry... Abang Herry balik dulu... Kalau abang Herry ada hal dengan mak atau abah... Tunggu sampai diorang balik... Baru abang Herry datang semula..." Ujar Luna dengan nada lembut. Dengan harapan Hayrren cepat - cepat keluar dari rumah ini. Tetapi harapan hanya tinggal harapan.
Lelaki itu hanya buat muka bodoh aje. Siap duduk di atas kerusi rotan lagi. Hati Luna sudah berdongkol geram. Boleh pula dia buat macam rumah sendiri. Siap bersilang kaki lagi tu! Hish! Geram betullah si samseng ni!
Selebihnya dia bimbang yang kedatangan Hayrren dalam waktu menginjak senja ni akan menimbulkan fitnah. Bukan dia tak tahu yang jiran sekeliling rumahnya ini kaki membawang walaupun jarak rumah antara satu sama lain agak jauh.
Bab membawang nombor satu! Kalau bab insaf terus zero!
Hayrren hanya buat muka tak peduli aje. Matanya meliar mengitari suasana ruang tamu rumah yang agak kemas pada pandangan matanya. Dari tadi sepatah kata pun langsung tak keluar dari mulutnya.
Dia datang sini pun atas idea bodoh si Cu. Mula - mula dia tak terima dengan idea Cu ni. Tapi bila memikirkan ada baiknya idea Cu ni, akhirnya dia mengikut saja. Asalkan tak membuat benda yang bukan - bukan. Hanya nak bagi warning sahaja!
"Macam ni ke kau layan tetamu? Secawan air pun kau tak hidang..." Selar Hayrren selamba setelah agak lama tak bersuara tadi.
Mendengus Luna dengan permintaan si Hayrren ini. Datang tak di undang... Tiba - tiba buat lagak macam bos... Dia melangkah jua menuju ke dapur. Meninggalkan Hayrren di ruang tamu. Serbuk kopi dicapai.
Tanpa dia sedari, Hayrren sudah berdiri di tengah - tengah anak tangga. Mata lelaki itu ralit memandang belakang tubuh Luna. Dengan baju t - shirt longgar serta berkain batik, membuatkan perasaan Hayrren tiba - tiba bergelora. Dia kembali semula ke atas bila melihat Luna sudah siap membancuh secawan kopi.
Tetapi dia tak terus ke ruang tamu, sebaliknya dia membawa langkahnya menuju ke bilik Luna. Bilik gadis itu di masuk tanpa rasa bersalah.
Luna pula yang baru tiba dari dapur mengerut dahi bila kelibat Hayrren tidak kelihatan di ruang tamu. Cawan berisi air kopi diletakkan di atas meja kopi. Dia mencari susuk tubuh Hayrren.
Terbeliak matanya bila melihat Hayrren dengan selambanya membaringkan tubuhnya di atas katil miliknya.
"Abang Herry... Apa yang abang Herry buat ni..." Hampir melantun suara Luna melihat tingkah Hayrren yang terlalu biadap itu. Tubuh lelaki yang terbaring di atas katilnya di tarik kasar.
"Alah... Kau ni pun... Relaks lah..." Rungut Hayrren. Dia baru saja nak landing atas tilam dah kena kacau.
"Siapa suruh abang Herry masuk bilik Luna ni... Ada mintak kebenaran Luna ke hah..." Dadanya sudah turun naik menahan marah. Matanya sudah membulat memandang wajah selamba Hayrren.
Suka - suka hati dia aje masuk bilik orang! Takde adab langsung! Eh! Si Hayrren ni kan mana tau adab sopan santun ni!
" Sekarang Luna nak abang Herry keluar dari bilik Luna... Keluar..." Tubuh sasa Hayrren di tolak keluar dari biliknya. Tapi tolakkan tidak berhasil bila tiba - tiba rahangnya dicekau kasar oleh Hayrren.
"Hei! Aku pun tak ingin lah masuk bilik perempuan penyibuk macam kau ni..." Nada percakapan Hayrren sudah mula berubah kasar.
"Kau dengar sini Lunanita... Aku datang sini pun bersebab tau tak... Kalau tak bersebab... Aku pun tak ingin lah nak tengok rumah buruk kau ni... Aku bagi amaran sekali lagi dekat ya Lunanita... Jangan masuk campur urusan aku lagi... Faham?" Rahang gadis itu dicekau lebih kuat lagi dan membuatkan Luna mendesis kesakitan.
Dia membongkok dan mendekatkan wajahnya ke wajah Luna yang sudah berlinangan dengan air mata.
"Kalau kau ingkar lagi... Aku tak jamin yang kau akan selamat dari aku... Aku akan hancurkan hidup kau sekelip mata... Ingat pesanan aku ni sampai bila - bila..." Bisik Hayrren tepat di cuping telinga Luna sebelum melepaskan cengkaman nya di rahang Luna dengan kasar.
Terduduk terus Luna di atas lantai papan bila kakinya tidak mampu menampung beratnya. Dia terbongkok - bongkok sambil mengurut rahang yang hampir remuk dikerjakan oleh Hayrren.
Hayrren mencangkung di hadapan Luna. Dagu Luna dipagut kasar.
"Ingat pesan aku tadi..." Dagu Luna dilepas kasar sebelum dia bangun dna terus keluar dari bilik Luna bersama senyuman sinisnya.
Nampaknya, Luna sudah menjadi target utama Hayrren sekarang. Dan amaran dia kali ni bukan amaran sebarangan.
KAMU DAH KENAPA LUNA? Termenung aje mak tengok dari tadi..." Tegur Puan Mei bila melihat anak perempuannya mengelamun jauh. Malah makanan di dalam pinggan juga tak luak di makan.
Biasanya, Lunalah orang pertama yang akan bertambah nasi bila melihat masakan kegemarannya. Tapi hari ni lain pula. Makanan dalam pinggan langsung tak disentuhnya.
"Luna... Kamu dengar tak apa yang mak tanya ni..." Luna masih lagi dengan dunianya.
"Luna..." Puan Mei menepuk meja makan dan menyebabkan Luna terkejut. Terus hilang apa yang dilamun tadi.
"Haa... Ya... Apa yang mak tadi?" Soal Luna dengan wajah yang masih keliru. Hujung t - shirt dipintal menggunakan tangan kiri. Itulah tabiat Luna bila berada dalam situasi serba tak kena.
"Mak tanya kamu... Kamu ada masalah ke? Nasi dalam pinggan langsung tak luak aje mak tengok..." Puan Mei mengulang lagi soalan yang sama agar anak perempuannya ini mengerti. Maklumlah, orang baru nak terbang ke planet Utarid.... Last - last kena landing dekat planet Zuhal pulak!
Hahaha... Boleh pulak Puan Mei ni buat lawak!
" Takde apa pun... Cuma Luna stress sikit... SPM dah nak dekat... Jadi Luna jadi penat sikit..." Dalih Luna. Alasan SPM cepat sahaja singgah di fikirannya. Dia tidak mahu perihal kedatangan Hayrren petang semalam singgah di telinga ibunya.
"Betul ni? Bukan sebab lain..." Puan Mei bertanya curiga. Dia masih lagi mahu cuba mengorek. Kot - kot ada rahsia yang anak perempuannya ini cuba sembunyikan.
"Ya mak... Luna tak tipu... Oklah mak... Luna nak masuk bilik dulu... Kalau mak dah siap makan nanti... Panggil aje Luna... Biar Luna kemas dapur..." Pinggan yang berisi nasi yang tak luak dibawa ke singki. Dia terus berlalu menuju ke biliknya setelah selesai mencuci tangan di singki.
Puan Mei hanya memerhatikan tingkah longlai anak perempuan nya itu.
Dia yakin mesti ada berlaku sesuatu dekat Luna sepanjang tempoh dia dan suaminya keluar rumah petang semalam. Cuma gadis itu tidak mahu bercerita sahaja.
Apa yang cuba kamu sembunyikan dari mak hah Luna?
Masuk rumah orang langsung takde adab si Hayrren ni...
Share this novel