SEPULANGAN MEREKA DARI menjamu selera di restoran tadi, serta - merta mereka berenam dipanggil menghadap ketua mereka, Tuan Lukaman di bilik mesyuarat. Bergegas mereka berenam menemui ketua mereka itu.
"Tuan..."
Mereka berenam menabik hormat sebaik sahaja sampai di bilik mesyuarat. Sekarang mereka berada di markas tentera.
Tuan Lukaman mengangguk faham dan menyuruh keenam - enam anak buahnya untuk berdiri menghadap dirinya.
"Saya panggil kamu berenam ini sebab saya ada misi yang perlu kamu berenam jalankan..."
Mereka berpandangan sesama sendiri bila mendengar bicara ketua mereka.
"Misi apa yang kami berenam perlu jalankan Tuan..." Tanya Hayrren, mewakili dari mereka berenam.
"Tentu kamu tahu tentang seseorang bernama Calisu kan? " Soal Tuan Lukaman sambil memandang wajah anak buahnya satu persatu. Berpandangan mereka sesama sendiri bila nama itu meniti di bibir ketua mereka.
"Ya kami kenal Tuan..." Jawab mereka berenam serentak.
"Baik kalau kamu berenam kenal dia... Saya ada misi untuk kamu semua..." Tuan Lukaman memberi arahan.
"Misi apa Tuan..." Soal Khai mewakili rakan - rakannya.
Soalan Khai tak dijawab tetapi disambut dengan senyum sinis Tuan Lukaman. Matanya tepat memandang wajah Hayrren yang kebetulan turut memandang wajahnya.
Ya... Mesti ada sesuatu yang Tuan Lukaman mahu memberitahu Hayrren bila dilihat dari pandangan matanya...
POTRET WAJAH KEDUA - DUA kesayangan yang tersenyum manis itu dipandang sayu. Dibelakang kedua - dua kesayangan itu, berdiri dia dan abangnya yang turut tersenyum manis.
Gambar itu diambil ketika abangnya meraikan hari graduasi 10 tahun lepas. Ochey kelihatan tampan dengan jubah graduasi yang menyaluti tubuh.
Dia tidak sedar yang abangnya sudah pun berdiri di hadapan nya sekarang.
"Adik..." Panggil Ochey lembut.
Tersentak Luna dari lamunan bila panggilan abangnya menerjah gegendang telinganya. Terburu - buru dia mengesat air mata yang bertakung di pipi.
"Abang Ochey..." Sapa Luna bersama suara yang masih serak. Ochey mendekati adiknya lalu melabuhkan punggung di sisi adiknya. Matanya menangkap gambar yang ditatap sayu oleh adiknya ini.
"Adik rindu mak dengan abah ke?" Tanya Ochey.
Luna hanya diam membatu sahaja. Matanya masih tunak menatap gambar itu. Tapi Ochey tahu, mata Luna sahaja yang menatap gambar, tetapi fikiran nya menerawang kepada kedua - dua orang mereka di kampung. Dia pun terlalu pada kedua - duanya. Tapi gara - gara mahu menyelamatkan adiknya, dia juga turut di halau keluar dari rumah itu oleh Encik Ngan.
Adakalanya dia teringin sekali pulang ke kampung. Menjenguk... Meminta ampun...
Tetapi bila memikirkan amaran dan larangan bapanya, dia membatalkan niatnya itu.
"Abang pun rindu kan dekat abah dengan mak?" Luna menyoal. Ochey mengangguk perlahan. Dia tidak sedar yang adiknya sudah menatap wajahnya bersama linangan air mata.
"Maafkan adik abang Ochey... Sebabkan adik... Abang kena halau dari rumah..." Tubuh abangnya pantas dipeluk erat. Wajahnya di sembam ke dada abangnya.
"Hei... Kenapa menangis ni?" Ochey cuba untuk mengalihkan wajah adiknya dari dadanya, tetapi bila Luna mengeras kan badannya tak jadi dia mahu berbuat demikian.
"Dah... Jangan nangis... Luna tak salah pun... Abang yang berkeras nak jaga Luna... Jadi apa pun risiko nya... Abang kena hadap... Kena terima..." Pujuk Ochey. Bahu adiknya di usap perlahan.
Luna hanya mematungkan diri.
Entahlah... Sejak dua menjak ni... Hatinya menjadi lemah dan sensitif... Kadang - kadang... Air mata sudah menjadi peneman setianya...
" Kita doa banyak - banyak supaya hati abah dan mak terbuka untuk terima kita kembali..." Sambung Ochey lagi.
Ya... Dia berharap sangat Encik Ngan dna Puan Mei lembut hati menerima mereka adik beradik terutama sekali Luna.
Belas hatinya melihat kerinduan Luna pada kedua - dua orang tua mereka.
Abah... Mak... Bukakan lah pintu hati untuk terima kami semula...
Sorry sangat sebab sis lambat update... Kekangan waktu kerja kadang ² buat sis terlambat untuk update... Selamat membaca...
Share this novel