Part 2

Action Completed 75672

"WEH...Sampai bila hah adik sepupu kau nak mengekor kau.... Aku tengok pun naik rimas tau tak..." Keluh Cu bosan.

Sejak mereka sampai di port lepak, rasa nak bernanah telinganya dengar Hayrren membebel. Membebel pasal apa lagi. Pasal Luna lah...

Dia yang tengok ni dah naik rimas apatah lagi si Hayrren. 24 jam dok menghadap muka budak tu!

"Itu kau... Aku ni hah yang dok menghadap dia 24 jam... Lagilah rimas..." Jawab Hayrren. Mukanya tak payah cakap lah. Dah gaya rupa asam kecut!

Hayrren pun tak tau nak buat apa lagi dengan Luna ni. Tak lut langsung dengan amaran yang dia bagi selama ni.

Kental betul hati budak ni!

"Kau dah bagi warning ke dekat dia?" Soal Cu. Muka asam kecut Hayrren di pandang sekilas.

"Dah banyak kali aku warning budak tu... Tapi dia dia muka bodoh aje..." Rengus Hayrren.

"Aduh... Susah lah kita kalau macam ni nanti... Kalau dia dapat tahu apa yang kita buat sekarang ni... Mampus kita..." Cu bersuara bimbang.

Mata nya beralih ke arah stok botol arak yang baru sahaja dia tempah dari penjual arak haram yang berdekatan.

Kalau lah si Luna tu dapat tahu dan terus mengadu dekat abang Hayrren, mati mereka kena gulai!

Tak boleh jadi ni... Kena fikir sesuatu...

Tiba - tiba dia mendapat satu idea.

"Haaa... Aku ada satu idea..." Jerit Cu.

Hampir luruh jantung Hayrren dibuatnya.

"Kau ni dah kenapa setan? Terkejut aku tau tak..."

Laju aje tangannya melayang menghempuk belakang Cu.

"Aduh... Sakit lah bongok..." Marah Cu. Belakang kepala nya digosok kasar. Laju betul tangan Hayrren ni buat kerja! Macam besi!

"Tau pun sakit... Hah... Tadi kau cakap kau ada idea... Idea apa?" Hayrren bersuara ke topik asal.

Cu tersengih jahat.

Hayrren yang memandang sudah rasa lain macam.

Cu kalau bagi idea, mesti idea yang tak boleh pakai. Lebih pada merapu aje.

Tapi kan...

Apa agaknya idea yang si Cu ni bagi dekat Hayrren nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience