Part 2

Action Completed 75672

"IMAH!!!" Jerit Luna.

Dan ternyata jeritannya itu menarik perhatian Hayrren dan EL yang sedang mengemas kerusi dan meja di bawah khemah yang akan di pulang semula ke balai raya selepas kenduri kahwin Hayrren dan Luna semalam.

Semalam tak sempat kemas. Hari ada masa, barulah mereka semua mula mengemas.

Melari - lari anak Luna menuju ke arah Imah yang sedang berdiri di halaman rumah.

Hampir tersadung kakinya bila kain batik yang dipakai terpijak oleh selipar sendiri.

"Eh... Eh... Kau ni... Boleh tak jangan berlari macam tu..." Tegur Imah bila dilihat Luna hampir tersadung kain batik sendiri.

Luna hanya buat muka selamba badak nya sahaja.

Terus dipeluk tubuh rakannya bila sudah sampai dihadapan rakannya ini.

"Lamanya aku tak jumpa kau..." Luna sudah mula membuat perangai gediknya sehingga kan bibir Imah mencebik melihat tingkah gedik rakannya ini.

Tingkah gedik Luna itu turut menarik perhatian Hayrren dari tadi asyik memerhati.

EL juga turut tidak terkecuali. Matanya tunak memandang wajah rakan Luna yang pada pandangan nya kelihatan berlainan sekali. Berlainan macam mana dia pun tak tahu. Sukar untuk dijelaskan.

Tingkah gedik Luna terhenti bila Imah bersuara.

"Kau ni... Terkinja - kinja dekat sini dah kenapa... Tak jemput aku naik rumah ke..." Mula lah Imah dengan mulut takde insurans nya.

Tersengih lebar Luna mendengar ayat pedas rakannya ini. Mulut longkang Imah langsung tak berubah! Walaupun dah bertahun tak berjumpa. Tetap aje jerek dan pedas!

"Lagi aku tak selesa lah bila diorang dua yang ada dekat bawah khemah tu asyik dok pandang kita dari tadi..." Ujar Imah tak selesa. Matanya melirik ke arah Hayrren dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali sedang memandang dirinya dengan Luna. Mungkin rakan Hayrren agaknya. Tengok gaya potongan rambut lelaki itu, mesti lelaki itu seorang tentera.

Ah!! Itu tak penting!

Yang penting sekarang, hatinya risau bila melihat cara pandangan lelaki itu pada dirinya.

"Ya tak ya jugak... Lupa pulak aku... Dah jom naik..." Lengan Imah di tarik mengikuti langkahnya menuju ke pintu utama rumah. Pandangan mata Hayrren memanah dirinya sejak dari tadi langsung tak dihiraukan. Malah dicebikkan aje.

Tenung - tenung orang macam tu! Cucuk mata karang, tak pasal - pasal jadi Kassim Selamat 2.0!

Sementara dibawa khemah, Hayrren hanya melihat sahaja tingkah isterinya yang menonong sahaja diikuti oleh Imah dari belakang menuju ke pintu utama rumah. Langsung tak pedulikan dirinya di bawa khemah ini!

"Bro... Siapa tu?" Soal EL bila kelibat Luna dan Imah hilang di balik pintu.

"Kawan lama Luna..." Jawab Hayrren ringkas. Sebuah kerusi plastik berwarna biru ditarik lalu punggung nya di labuh di atas kerusi itu. Dia melepaskan lelah sementara menunggu ketibaan lori yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut kesemua kerusi dan meja ini ke balai raya kampung.

"Kenapa kau tanya?" Soal Hayrren kembali bila dilihat rakannya mendiamkan diri.

"Takde lah... Aku saja tanya..." Ujar EL bersama senyuman nipis. Dia juga turut melabuhkan punggung di sisi rakannya.

Hatinya mula curiga akan sesuatu. Wajah rakan Luna itu seakan - akan pernah di lihat sebelum ini. Tapi dan tempatnya sahaja dia tak tahu.

" Woi... Kau menung apa... Tu lori angkut dah sampai..." Hayrren menepuk bahu rakannya membuatkan EL tersentak.

"Ha... Dah sampai ke..." EL bengong seketika. Semangatnya hilang seketika bila disergah oleh Hayrren.

"Dah... Jom angkut kerusi..." Ajak Hayrren lalu bangun dari tempat duduknya. Begitu juga dengan EL.

"LAMA DAH TAK nampak kamu..." Ujar Puan Mei sambil menghidangkan secawan air kopi kepada Imah. Ketika ini, mereka semua berada di dapur. Hanya mereka berempat sahaja di dapur saat ini. Ochey dan keluarga kecilnya tidak pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adiknya. Termasuk juga babah Hayrren!

Mereka sekarang berada di rumah perlindungan pihak polis. Bahaya untuk mereka semua pulang ke kampung waktu ini. Lagipun kalau tiada masalah macam ni, mereka mungkin tak sempat pulang juga. Dah buat majlis pun kelam kabut.

Ini semua kerja Hayrren!

Nasib baik majlis berjalan lancar walaupun dalam keadaan kelam kabut sedikit.

"Baru balik cuti Mak Mei..." Jawab Imah bersama senyuman nipis. Semua orang yang rapat dengan keluarganya akan memanggil dirinya dengan panggilan itu. Mak Mei!

"Ooo... Kamu balik cuti lah sekarang..."

Imah mengangguk perlahan.

"Adik kamu mana Imah... Lama dah Mak Mei tak nampak..."

Hampir mati senyuman nipis Imah bila nama adiknya, Narika atau Ika meniti di bibir ibu Luna ini.

"Ooo... Ika takde dekat sini... Dia sambung belajar dekat bandar... Sebab tu lah dia jarang balik ke sini..." Cepat - cepat Imah menjawab. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Imah ini bila di lihat riaknya yang menggelabah sedikit.

"Mak Mei bukan apa... Mak Mei kesian kan kamu... Ayah takde... Mak pun takde... Kena tanggung adik belajar dekat bandar lagi..."

Bukan dia tahu kehidupan Imah selepas kematian ibu bapanya 8 tahun lepas. Sanggup tak sambung belajar kerana menanggung adiknya yang baru mahu masuk ke sekolah menengah waktu itu.

"Tapi Mak Mei tabik dengan kamu... Kamu bekerja keras sampai adik kamu dapat sambung belajar dekat bandar..." Tambah Puan Mei lagi.

"Hmm.... Kamu berbual lah dulu dengan Luna... Mak Mei nak keluar sekejap..." Pantas Puan Mei menamatkan ceritanya bila di lihat riak tidak selesa di wajah Imah disertakan lagi dengan jelingan anak perempuannya yang menyuruhnya untuk berhenti dahulu.

"Sorry lah... Mak aku tu memang macam tu..." Ujar Luna meminta maaf dengan sikap terlebih ramah ibunya. Kelibat ibunya sudah menghilang dibalik pintu dapur. Abahnya sudah awal - awal lagi berada di luar rumah.

Pantas Imah menggeleng kepalanya.

"Eh... Eh... Takpe lah... Takde apa pun..." Cepat - cepat Imah meningkah membuang rasa tidak selesa Luna dengan sikap ibunya sendiri.

Perbualan mereka terhenti bila suara Puan Mei seperti menyuruh orang memasuki dapur.

Mak kalau bersuara... Jiran seberang jalan pun boleh dengar... Menggeleng Luna dengan sikap terlebih ramah ibunya sejak dari dulu lagi...

Menjuling mata Luna ke atas bila melihat kelibat Hayrren bersama temannya EL memasuki ruang dapur.

Dan mata EL mengarah tajam ke kelibat Imah yang duduk bersebelahan Luna.

Dia yakin!

Dia pernah melihat gadis ini!

Adakah Imah dna EL pernah bersua sebelum ini... Kita tengok bab seterusnya 3 hari lagi... Hahaha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience