BAB 22

Action Completed 75672

DI SUATU TEMPAT YANG ASING...

"Arghhh!!! Lepaskan akulah!!!"

Jeritan seorang gadis mengejutkan seorang lelaki yang sedang menggilap senjata api. Lelaki itu mendengus kegeraman. Senjata api yang susah digilap di selit dibelakang jeans yang dipakai.

Pantas ayunan kakinya dibawa ke arah beberapa orang anak buahnya yang sedang berusaha untuk menahan pergerakan agresif gadis yang menjerit tadi dari lolos dalam cengkaman mereka.

Sebaik sahaja sampai, tanpa sebarang amaran wajah mulus si gadis ditampar kuat. Hinggakan si gadis tersungkur di atas tanah.

"Itu makannya bila kau menjerit tak tentu pasal tadi... Cubalah kau behave sikit tadi... Taklah makan penampar aku..." Cemuh si lelaki tanpa sekelumit pun perasaan bersalah. Matanya masih tajam memandang wajah si gadis yang masih lagi tersungkur di atas tanah. Teresak - esak si gadis menahan tangis. Tangannya mengusap pipinya yang terasa pijar sekali. Pasti sudah merah!

"Korang angkat dia sekarang... Aku nak bagi warning sekali dekat perempuan ni sebelum korang sumbat dia dalam lori..." Arah si lelaki pada anak buahnya. Anak buahnya mengangguk faham dan tubuh si gadis ditarik kasar menghadap bos mereka.

"Cu... Jangan buat aku macam ni... Tolong kesian kan aku Cu... Tolong kesian aku... Tolong lepaskan aku..." Rayu si gadis bila wajahnya di hadap ke arah wajah Cu.

Ooo... Rupanya bos yang mendiami kawasan ini adalah Cu. Bekas kawan Herry dulu!

Itu dulu....

Sekarang Herry dah jadi orang berguna... Dah jadi orang! Yang tak berupa manusia lagi adalah si Cu ni!

Cu hanya tersengih sinis mendengar rayuan si gadis.

"Kau tak payah nak merayu dekat aku macam tu lah Zira... Susah payah aku perangkap kau... Kau ingat... Aku nak lepaskan kau macam tu aje... No Zira... No..."

Berderai air mata gadis bernama Zira ini saat mendengar jawapan dari mulut lelaki kejam ini.

"Kau dengar sini Zira... Kau akan aku jadikan pelacur..."

Tergamam Zira mendengar ayat yang diucapkan oleh Cu itu.

"Aaa... Apa yang cakapkan ni Cu?" Tergagap - gagap Zira bertanya. Mata beningnya tunak memandang wajah tak bersalah Cu.

Cu tergelak sinis dengan pertanyaan Zira.

"Pekak rupanya perempuan ni... Ok... Aku bagitau sekali lagi ya... Kau... Aku... Jadikan... Sebagai... Pelacur... Faham??" Satu persatu ayat ditutur agar perempuan seorang ni faham.

"Cu... Jangan buat aku macam ni... Apa salah aku dekat kau sampai kau buat kau macam ni..." Rayu Zira lagi. Tapi malangnya, rayuan nya dibalas pula dengan penampar padu dari Cu buat kali kedua. Tersungkur terus Zira bila menerima penangan kali kedua. Dan penangan kali kedua ini membuatkan dia sudah tidak berdaya.

" Angkat perempuan ni masuk dalam van..." Arah Cu keras. Pantas anak - anak buahnya mengendong tubuh lemah Zira lalu dibawa masuk ke dalam van putih. Menderu pergi van putih itu bila segalanya sudah selesai. Hilang sahaja kelibat van, muncul pula anak buahnya yang lain sambil terkocoh - kocoh menghampiri dirinya.

"Bos..." Seru si anak buah.

Cu pantas berpaling bila namanya di seru.

"Ada apa?" Tanya dia sambil memandang sekilas wajah anak buahnya sudah dibasahi peluh.

"Ada berita baik untuk bos..." Beritahu si anak buah dengan suara agak galak.

"Berita baik? Berita apa?" Berkerut dahinya bila mendapat gembira sebegitu dari anak buahnya.

"Orang yang bos cari dah ada dekat kampung ni..."

Terhenti tingkah nya bila mendengar jawapan anak buahnya.

"Maksud kau..."

Ayat sengaja digantung.

"Ya... Musuh lama bos dah kembali..." Beritahu anak buah lagi walaupun mendapat ayat tergantung dari bosnya tetapi otaknya cepat menangkap.

Tersengih sumbing Cu saat mendengar khabar gembira itu.

Akhirnya... Kau kembali jugak dekat kampung ni... Setelah sekian lama kau merantau di bandar... Detik hatinya...

Rokok dihisap rakus sambil membayangkan wajah musuh lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience