BAB 3

Action Completed 75672

SEKALI LAGI Hayrren membuat masalah. Kali ini dia membantai seorang remaja lelaki sehingga dimasukkan ke hospital akibat cedera di tulang rusuk dan muka. Dan kali ini juga Fay sekali lagi hadir ke balai polis untuk mengikat jamin adiknya.

Sepanjang perjalanan pulang dari balai polis, kedua - duanya langsung tidak bersuara walaupun sepatah dua.

Muka Fay tak usah cakaplah. Kelat dan ketat sahaja sebaik keluar dari balai polis tadi.

Muka Hayrren?

Hmmm... Dari balai polis sehingga lah nak masuk rumah mereka ni, langsung tiada rasa bersalah. Buat muka bangga lagi adalah. Hati kering betullah si Hayrren ni!

"ADUH!!"

Hayrren mengaduh bila tiba - tiba tubuhnya di ditolak kasar ke arah sofa.

"Kau dah kenapa bang tetiba tolak orang macam tu?" Marah Hayrren sambil menggosok belakangnya terasa sengal akibat terkena kepala sofa. Wajah kelat abangnya di kerling menyampah.

"Kau boleh tanya aku dah kenapa? Kau tu yang dah kenapa?"

Hayrren sengaja mempamer wajah tidak mengerti.

"Apa yang aku dah buat?"

"Ya Tuhan... Kau boleh tanya aku soalan bodoh lagi... Hei... Aku nak tanya kau ni Herry... Kenapa kau pukul budak tu sampai dia lunyai... Sampai masuk hospital budak tu kau bantai... Apa salah dia dekat kau hah... Apa salah dia..." Tanya Fay lagi.

"Apa salah aku? Apa aku dah buat?" Hayrren masih lagi dengan lagak polosnya.

"Hei kau ni kan... Memang nak kena dengan aku... Aku tanya kau betul - betul... Sebab apa sampai kau lunyai kan budak tu... Sebab apa!!!" Jerkah Fay. Kesabarannya sudah semakin tipis. Sikit lagi nak koyak.

"Saja... Itu memang hobi aku..."

"Hah? Saja kau cakap?"

Hampir jatuh rahang Fay mendengar jawapan adiknya. Syaitan mana yang dah rasuk adik dia ni sehingga tegar sekali memukul orang yang tidak bersalah.

"Eh... Mana pergi kepala otak kau hah Herry... Mana pergi kepala otak kau... Kau ingat budak tu barang mainan ke hah?" Kolar t - shirt adiknya di cekau kasar.

"Dah hobi aku... Nak buat macam mana lagi..." Hayrren masih lagi dengan jawapan yang sama.

Hampir melayang penumbuk Fay bila mendengar jawapan bodoh adiknya. Tetapi dia tak sanggup. Walau bagaimana pun, dia takkan menyakiti adiknya dengan yang sama dilakukan oleh adiknya pada orang lain. Ada lagi lain untuk mengajar adiknya ini.

" Apsal kau berhenti? Takut?" Provok Hayrren.

"Aku takkan guna cara bodoh kau tu untuk ajar kau... Kau dengar sini Herry... Kali ini aku lepas kan kau... Aku lepaskan kau bukan sebab kau adik aku... Dan mulai dari hari ini... Aku nak kau jaga perangai kau... Jangan cabar aku lebih - lebih Herry... Kau tak tahu lagi perangai sebenar abang kau ni... " Fay memberi amaran.

Agaknya inilah kemuncak kesabaran Fay. Berdiam diri bukan bererti takut tetapi berdiam diri untuk mencari jalan penyelesaian adalah sebaiknya.

" Kau ingat pesan aku ni Herry... " Kolar baju yang di cekau tadi di lepas kasar sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Mendengus Hayrren mendengar pesanan abangnya tadi.

Kau ingat kau boleh hentikan aku...

Takkan...

Ini Herry lah... Apa yang aku buat takkan berubah sama sekali... Kecuali aku sendiri yang mengubahnya...

Nampaknya perseteruan sudah bermula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience