BAB 15

Action Completed 75672

KERETA MILIK HAYRREN berhenti di hadapan The Memorial Kids. Dia keluar dari kereta dan membawa langkahnya masuk ke dalam tanah perkuburan kanak - kanak itu.

Dia bukan datang sendirian. Dia datang bersama sahabat nya, Edward Lay atau EL. EL mengikuti langkah sahabatnya dari belakang. Mereka berjalan lagi sehinggalah berhenti di salah sebuah kubur kecil yang di hias cantik. Ada beberapa tangkai bunga putih di letakkan di atas kubur. Seperti nya ada yang melawat kubur ini sebelum ketibaan mereka dan Hayrren tahu siapa gerangan nya.

"Halo anak papa..." Sapa Hayrren.

Dia mencangkung di hadapan kubur kecil itu. Nama pemilik kubur itu di pandang dengan pandangan sayu sekali. Haydie!

"Haydie... Cantik nama anak papa mama bagi..." Hayrren bersuara lagi. EL hanya setia berdiri di belakang Hayrren.

"Haydie... Papa minta maaf sebab dah hancurkan masa depan mama Haydie... Abaikan dia... Abaikan Haydie... Hancurkan kepercayaan dia dekat papa... Maafkan papa Haydie... Maafkan papa... Papa banyak berdosa pada mama... Pada Haydie..." Hayrren sudah teresak - esak di kubur anaknya.

Sungguh! Kalau boleh diputar waktu, dia takkan berlaku kejam pada Luna... Pada Haydie... Tapi... Apakan daya... Kerana perbuatan kejamnya, dia kehilangan sesuatu yang paling berharga... Kehilangan anaknya, Haydie...

"Tolong maafkan papa sayang... Tolong maafkan papa... Dan doakan sekali supaya hati mama lembut untuk maafkan papa semula..." Ikhlas Hayrren meminta sebelum meletakkan beberapa tangkai bunga berwarna putih di atas kubur anaknya. Sama seperti pemberi yang mula - mula sampai tadi.

Dia bangun sambil mengesat air matanya.

" Selamat tinggal Haydie sayang... Kalau ada masa nanti... Ada masa... Papa akan lawat kamu lagi..." Ucap Hayrren tulus sebelum mereka berdua meninggalkan kawasan perkuburan tersebut.

"BRO... Aku ada benda nak cakap dengan kau sikit..." Ujar EL sambil meneguk air Coke yang baru dibeli dari kedai runcit berhampiran. Setin lagi dihulur kepada Hayrren. Hayrren menyambut. Ketika ini berada sedang melepak di sebuah pondok berhampiran sebuah tasik.

Tempat yang agak tersorok dan agak jauh sedikit dari taman rekreasi yang mana dipenuhi oleh manusia berbagai lapisan umur yang mahu melakukan aktiviti riadah di saat hujung minggu.

"Ada apa?" Soal Hayrren. Dia juga ikut meneguk air Coke yang diberi oleh EL tadi.

"Aku rasa kau patut teruskan misi kau... " EL memulakan bicara.

Terhenti tingkah Hayrren untuk meneguk air Coke.

Dia menanti lagi bicara EL selanjutnya.

"Kau patut jumpa Luna lagi Herry..."

Pantas Herry menggeleng kepala mendengar bicara EL tersebut.

"Aku tak boleh jumpa dia lagi EL... Aku tak nak emosi dia kembali tak stabil bila aku muncul balik depan dia... Aku tak nak EL..."

Mengeluh keras EL mendengar jawapan rakannya. Dia mendekati Hayrren dan berdiri di hadapan lelaki itu.

"Sampai bila kau tak nak muncul balik depan dia... Hari tu kau muncul tiba - tiba depan dia sampai dia masuk hospital boleh pulak... Sekarang... Dah lain pulak... Ap ni Herry..." Sembur EL.

Hayrren hanya mendiamkan diri sahaja. Kata - kata Ochey masih terngiang - ngiang lagi ditelinganya.

" Aku cakap macam ni bukan nak perli atau nak sindir kau Herry... Aku cakap berdasarkan pengamatan aku... Sampai bila kau nak hidup dalam rasa kesal, rasa bersalah..." EL berkata lagi.

"Kau dengan aku tak jauh bezanya Herry... Kisah silam kau hampir sama dengan aku... Bezanya... Aku kehilangan segalanya... Mereka tinggalkan aku tanpa aku sempat meminta keampunan... Dan kau... Orang yang pernah kau aniaya masih ada lagi... Jadi... Kau kena berani untuk tebus balik apa yang pernah kau buat... Kena berani dalam apa juga situasi yang kau hadap bila berhadapan dengan dia... Aku tahu... Tak mudah untuk dia memaafkan kau... Tapi... Tak salahkan untuk kau cuba sekali lagi... " Terang EL panjang lebar.

Ya... Dia dengan Hayrren berkenalan di dalam pusat pemulihan lagi. Kisahnya dengan kisah Hayrren lebih kurang sama.

Hayrren mengangguk tanda mengerti.

"Thanks bro sebab nasihatkan aku... Aku akan cuba..." Tekad Hayrren.

" Welcome bro... Kau kan kawan aku bro... Aku tak nak kau bersedih lagi... Macam hati aku tersiat bila tengok kau dalam kesedihan..."

Hayrren membuat reaksi mahu muntah mendengar ayat jiwang si EL ni.

EL hanya tergelak melihat reaksi bodoh rakannya.

Dia berharap agar sahabatnya ini mampu menghadapi rintangan dan dugaan di masa hadapan. Dan berusaha menebus apa yang pernah dilakukan dahulu...

Doa tulus seorang sahabat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience