KEDATANGAN Tuan Lukaman ke tempat yang didiami oleh anak - anak buahnya untuk menjalankan misi disambut baik oleh anak - anak buahnya.
Dia juga buat pertama kalinya mahu menyertai misi ini menimbulkan pertanyaan dari anak - anak buahnya.
"Apa reason Tuan mahu sertai misi ini bersama kami sedangkan Tuan hanya ketua yang mengarahkan kami..." Salah satu anak buahnya, Khai berani menyoalnya dengan soalan begitu.
Dan pertanyaan Khai itu mendapat jelingan tajam dari Satish dan Hong.
Nak mati ke budak ni tanya soalan gitu?
Tersenyum sinis Tuan Lukaman mendengar soalan dari Khai. Kagum sejenak dengan keberanian Khai menyoal dirinya. Takde selok belok. Terus ke pangkalnya.
"Dua anggota yang terbaik dalam unit kita telah ditawan oleh penjenayah licik seperti Cu... Dan bagi saya... Saya patut sertai misi ini bersama kamu semua..." Ujar Tuan Lukaman terus ke tujuan asalnya.
Ya... Dia yang bersikeras mahu menyertai misi ini dan apapun risikonya, dia sendiri akan bertanggungjawab.
Pernyataannya disambut baik oleh anak - anak buahnya yang berada di situ. Kecuali Zam! Dia tetap dikecualikan dari menyertai misi ini walaupun berkali - kali dia menyatakan yang dia sudah sembuh.
"Terima kasih tuan kerana sanggup menyertai misi ini dengan kami semua..." Satish menabik hormat diikuti oleh Khai dan Hong, si Apek Cina.
Tuan Lukaman turut menabik hormat semula.
"Di mana kita harus mulakan ini?" Tanya Tuan Lukaman lagi. Matanya kembali memfokus pada skrin komputer yang terpapar di hadapan mereka. Satish, selaku anggota yang mahir dalam bidang IT mengakses segala maklumat yang boleh mengesan keberadaan Hayrren dan EL sekali gus akan mengesan keberadaan Cu!
Ya... Kali lepas, mereka tersilap langkah dan hampir meragut nyawa mereka serta anggota - anggota yang lain. Tapi kali ini, penjenayah licik seperti Cu akan berada dalam genggaman mereka tidak lama lagi.
Jari jemari Satish laju menari di atas papan kekunci. Tuan Lukaman masih lagi fokus pada carian yang dibuat oleh Satish.
Hong dan Khai?
Hmm... Dari tadi terkebil - kebil biji mata memandang ke arah skrin komputer. Adakalanya mereka berdua mengenyeh mata kerana terasa amat pedih memandang skrin komputer lama - lama.
Alahai... Manja betullah budak dua ekor ni!
Satish tengok skrin lama - lama pun takde masalah pun! Makin kuat tenung lagi adalah!
Itu Satish, bukan mereka berdua!
Satish ni budak IT... Ibarat mesin manusia... Mereka berdua ni jaguh berlawan! Manalah nak ambil tahu sangat pasal IT ni! Kalau pasal medsos tu boleh lah jugak!
Carian memakan masa selama hampir 5 minit itu akhirnya membuahkan hasil.
Yes! Jerit Satish di dalam hati.
"Dah jumpa Tuan..." Beritahu Satish pantas. Berkerumun mereka mendekati Satish termasuk Khai dan Hong! Eleh! Tadi cakap tak boleh tenung lama - lama skrin komputer! Ni dah tenung - tenung lama -lama ni boleh pulak!
Itu tadi lain, ini sekarang lain! Ceh! Pandai otak membidas tuannya!
"Ini dia tempat Herry dan EL berada sekarang... Dan bila kita menjumpai tempat ni... Secara tidak langsung... Cu pun berada di situ jugak..." Ujar Satish. Tangannya membawa belakang pen dan membulatkan di salah satu kawasan yang terdapat dalam paparan peta di skrin komputer. Kawasan yang terpinggir dan agak jauh ke dalam hutan!
" Ok baiklah... Semua bersiap sedia... Kita akan bergerak ke kawasan yang dinyatakan oleh Satish tadi..."Arah Tuan Lukaman pada anak - anak buahnya.
" Baik Tuan!"
" Setiap anggota akan diberikan koordinat di mana letaknya kawasan itu... Satish akan set kan semuanya dan diberikan pada kamu semua... Faham? "
" Faham Tuan! "
" Kalau dah bersedia... Kita bergerak sekarang..."
Kesemuanya mereka diarahkan menaiki kenderaan yang disediakan. Termasuk Tuan Lukaman sekali!
Satish di arahkan untuk tetap ditempat penginapan mereka dengan ditemani beberapa orang anggota terlatih dalam bidang yang sama dengan nya iaitu bidang IT!
Bantuan dari udara juga telah dimaklumkan.
Satish tersengih sinis.
Tak sia - sia dia masukkan sesuatu pada jam tangan milik EL tanpa pengetahuan si pemilik!
Nah! Buktinya... Mereka telah menemui keberadaan dua sahabatnya itu!
Moga kedua sahabatnya cepat ditemukan!
Share this novel