"KAU BUAT apa datang balik dalam hidup aku?" Luna menyoal lagi. Mata nya sudah merah dan langsung tak beralih dari memandang wajah Hayrren.
Hayrren hanya diam. Matanya langsung tak berkelip memandang wajah Luna sudah jauh berbeza dari 8 tahun dulu.
"Kau ni pekak ke hah? Tuli? Aku tanya... Kenapa kau datang balik dalam hidup aku... Apa lagi motif kau nak buat dekat aku lagi..." Luna bertanya lagi.
"Luna... Abang Herry... Abang Herry..." Hayrren tergagap - gagap bersuara. Dia tak tahu mahu berkata apa lagi. Rasa bersalah kuat mencengkam hatinya saat ini.
"Eh, sejak bila kau jadi abang aku hah? Sejak bila?" Sergah Luna.
"Abang Herry datang sini sebab abang Herry nak minta keampunan Luna... Maafkan abang Herry Luna... Maafkan abang Herry... Sebab sifat binatang abang Herry... Hidup Luna hancur... Tolong maafkan abang Herry..." Hayrren meminta maaf. Kedua - dua belah kakinya sudah melutut di hadapan Luna. Wajahnya sudah lencun dengan air mata.
Tertawa sinis Luna melihat kesungguhan Hayrren itu.
"Tak payahlah kau nak guna taktik macam ni lagi Herry... Dah lapuk... Eh, aku tak termakan lah dengan permohonan maaf kau tu... Kau ingat... Dengan permohonan maaf ni boleh kembali kan apa yang kau dah ragut 8 tahun dulu... Tak Herry... Tak... Sampai mati pun aku takkan maafkan kau... Kau lah lelaki paling keji yang pernah aku kenal dekat muka bumi ni... "
Dia meluru ke arah Hayrren. Tubuh Hayrren yang melutut itu dipukul bertalu - talu menggunakan beg galasnya. Hayrren yang terduduk itu hanya membiarkan sahaja tubuhnya dipukul bertalu - talu oleh Luna. Biarlah... Asalkan dapat puaskan hati Luna...
Yanie dan Ochey berusaha meleraikan Luna dari terus memukul Hayrren.
Ketika cuba dileraikan oleh kakak iparnya, tangan Luna tidak sengaja tersentuh pasu bunga yang terletak elok diatas meja. Tangannya pantas mencapai pasu itu lalu tanpa berfikir panjang, pasu itu dihentak sekuat hati ke kepala Hayrren.
Prangg!!
Pasu itu pecah bila mengenai kepala Hayrren. Hayrren tersungkur di tepi sofa akibat penangan itu. Darah pekat mula mengalir dari celah rambut Hayrren.
"Luna!!"
Tergamam Yanie dengan Ochey melihat tindakan luar kawalan Luna itu.
Mereka berdua sudah mendekati Hayrren yang sedang memegang kepalanya.
"Aku patut bunuh kau dari dulu lagi... Aku benci kau Herry... Aku benci kau..." Jerit Luna lalu berlari laju keluar meninggalkan mereka bertiga di situ.
"Luna..."
Herry lantas bangkit dan terus mengekori langkah Luna tanpa mempedulikan kecederaan yang dialami. Dalam fikiran nya sekarang, hanya keselamatan Luna yang penting.
"Eh, Herry..." Panggil Ochey.
Terburu - buru dia melangkah mengekori langkah Herry dan Luna. Otaknya masih lagi tidak dapat memproses apa yang telah terjadi tadi.
Luna berlari laju ke arah jalan tanpa melihat kiri dan kanan jalan dan tidak menyedari ada sebuah kereta sedang meluru ke arahnya.
"Luna!! Awas!!"Jerit Hayrren dan sepantas kilat dia berlari laju ke arah Luna dan sekaligus menyelamatkan gadis itu dari langgar kereta. Mereka berdua tergolek di jalan. Tapi malang buat Luna. Kepalanya terhantuk di atas jalan tar. Dia pengsan serta merta di dalam dakapan Hayrren.
Ochey berlari laju ke arah kedua- dua tubuh manusia yang terdampar di atas jalan dan diekori oleh isterinya.
"Luna..." Tubuh longlai Luna yang berada dalam dakapan Hayrren di tarik pantas.
Kepala adiknya mula berdarah.
"Sayang... Tolong start enjin kereta... Kita bawa diorang pergi hospital sekarang..." Arah Ochey pada isterinya. Yanie mengangguk pantas. Dia berlari kembali menuju ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta.
Ochey sudah mengendong tubuh adiknya menuju ke arah kereta diikuti oleh Hayrren.
" Sayang... Cepat... "Laung Ochey. Darah semakin banyak mengalir dari kepala adiknya membuatkan hatinya semakin risau.
" Ya... Ya... "Jawab Yanie. Alarm kereta di tekan.
Pintu dibuka.
Tubuh longlai Luna dan Hayrren ditempatkan di bahagian penumpang.
Enjin kereta di start.
Laju sahaja Ochey memecut kereta nya menuju ke hospital.
TERPAMER KELEGAAN di wajah Ochey dan Yanie bila doktor memberitahu kecederan Luna tidak tidak terlalu serius dan berada dalam keadaan stabil. Hayrren juga tidak terkecuali.
Hatinya berasa lega saat mendengar khabar Luna itu.
Ochey melangkah menghampiri Hayrren yang sedang duduk termenung di bangku di luar wad Luna. Kepala lelaki itu kelihatan berbalut. Buah tangan dari Luna!
Dia pun tak tahu dari mana adiknya mendapat kekuatan sebegitu. Sehingga sanggup bertindak diluar kawalan.
Tapi yalah... Kita tak tahu isi hati Luna macam mana... Dia yang menghadap... Dia yang mengalami... Kalau terjadi dekat diri kita pun... Rasanya kita akan bertindak begitu juga...
"Ehemm..." Ochey berdehem.
Deheman itu mengejutkan Hayrren dari lamunannya.
"Eh, abang Ochey..." Sapa Hayrren.
Ochey melabuhkan punggungnya di sebelah Hayrren. Lelaki ini lagi dengan pakaian tengahari tadi. Mujur juga Hayrren dirawat sebagai pesakit luar. Kecederaan Hayrren juga tidak terlalu serius.
"Kau okay tak ni?" Tanya Ochey setelah agak lama berdiam diri.
"Saya okay aje bang..." Jawab Hayrren bersama senyuman tawar.
"Herry..." Ochey mula bersuara.
"Ya bang..."
"Abang rasa... Buat masa ni... Kau tangguhkan niat kau untuk jumpa Luna... Abang tak rasa yang emosi Luna akan stabil bila tengok kau muncul balik depan dia..." Nasihat Ochey.
"Abang bukan tak bagi kau jumpa Luna... Abang bagi... Abang nampak keikhlasan hati kau untuk tebus balik apa yang kau dah buat dekat Luna dulu... Tapi Luna... Kau tau kan dia macam mana sekarang... Sukar untuk dia maafkan kau semula..."
Hayrren hanya menelinga sahaja. Matanya sudah mula berkaca semula.
"Jadi sekarang... Abang harap kau tangguhkan dulu niat kau... Jangan keruhkan keadaan yang sudah sedia keruh... Dan abang tak nak Luna bertindak agresif dekat kau lagi..." Kepala Hayrren yang berbalut di pandang lagi.
Hayrren hanya mengangguk faham sahaja.
" Okaylah... Kalau takde apa - apa lagi... Abang Ochey masuk dulu... " Ochey meminta diri. Belum sempat dia melangkah, suara Hayrren menghalang langkahnya.
" Abang Ochey... Kalau tak keberatan... Boleh Herry tanya sesuatu tak..."
"Boleh... Takde hal... Herry nak tanya apa?"
"Anak Herry dengan Luna mana?" Soal Hayrren. Dia tercari - cari juga kelibat kanak - kanak di rumah Ochey tadi tetapi tiada. Yang ada hanyalah anak Ochey dengan Yanie yang berusia 2 tahun.
Berubah terus wajah Ochey saat mendengar soalan keluar dari mulut Hayrren. Hanya senyuman pahit saja yang dapat menjawab soalan Hayrren itu.
Bagaimana reaksi Hayrren kalau dia tahu anaknya dah meninggal dunia...
Share this novel