BULAT MATA Encik Yuzen melihat kepala anak berbalut.
Tubuh anaknya yang berdiri dihadapannya dihampiri.
"Apa dah jadi dengan kamu ni Herry..." Tanya Encik Yuzen cemas. Wajah anaknya yang serabai itu disentuh dengan kedua - dua belah tangannya.
"Bah..." Panggil Hayrren serak. Wajah babahnya di pandang dengan pandang sayu.
"Hey... Hey... Kenapa dengan kamu ni Hayrren? Apa dah jadi ni?" Encik Yuzen bertanya lagi. Tadi masa keluar rumah, elok aje rupa. Apa dah jadi dengan Hayrren ni?
"Bah... Herry banyak dosa dengan Luna bah... Herry banyak dosa dengan dia..." Hayrren sudah mengongoi di dalam dakapan babahnya seperti kanak - kanak kecil. Perasaan sedih, sakit, rasa bersalah semua bercampur aduk di dalam hati.
"Apa kamu cakap ni... Babah tak faham..."
Dakapan Hayrren dileraikan.
"Kamu dah jumpa Luna ke?" Soal Encik Yuzen. Wajah anaknya yang sudah lencun dengan air mata di tenung.
Perlahan - lahan Hayrren mengangguk.
Tersenyum gembira Encik Yuzen melihat anggukan anaknya. Syukur, akhirnya... Anaknya dapat bertemu kembali dengan gadis yang pernah di aniaya dulu.
"Luna tak pernah maafkan Herry bah... Luna takkan pernah maafkan Herry..." Ujar Hayrren lagi.
"Dan disebabkan sikap tak bertanggungjawab Herry... Anak kami meninggal bah... Anak kami meninggal..." Sambung Hayrren.
Hatinya kembali sebak dan sebu bila teringat apa yang diberitahu oleh Ochey tadi. Anaknya meninggal kerana lemas dalam perut. Banyak juga punca yang menyumbang kepada kematian anaknya. Salah satunya adalah dia!
Ya Tuhan... Macam mana keadaan Luna ketika itu? Menghadapi pemergian anak mereka seorang diri? Tanpa dirinya di sisi?
Dia kembali menangis di dalam dakapan babahnya. Hatinya menjadi rapuh bila teringat akan dosa - dosanya yang dulu.
"Sudahlah Herry... Benda dah jadi... Kita hanya mampu berdoa supaya hati Luna lembut untuk maafkan kamu semula..." Nasihat Encik Yuzen. Itu sahaja yang mampu dia katakan sekarang.
Selebihnya, terpulang pada Hayrren untuk berusaha gigih mendapat kemaafan dari Luna. Hayrren harus menanggung akibat dari perbuatannya yang dulu.
SEJAK PULANG DARI HOSPITAL tempoh hari, Luna langsung tidak menegur abangnya. Segala pertanyaan dari abangnya dipandang sepi.
Bagi Ochey pula, apa saja yang dilakukan langsung tak dihiraukan oleh adiknya. Segala macam cara dilakukan untuk memujuk adiknya tetapi langsung tak jalan. Dia sudah buntu dengan cara apa lagi untuk memujuk adiknya.
"Bagi lah dia masa... Mungkin dia tak boleh nak terima semua ni lagi... Jangan risau okay..." Pujuk Yanie lembut bila suaminya mengadu perihal Luna pada dirinya.
Ochey hanya mendengar sahaja pujukan isterinya.
LUNA PANTAS MENGIRINGKAN tubuhnya bila mendengar ketukan dari luar. Dia tahu siapa gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu.
Tidak lama kemudian, kelibat Ochey masuk sambil menatang dulang berisi makanan bersama segelas air putih.
"Adik... Abang masuk bawak makanan kesukaan adik ni..." Ujar Ochey dengan nada yang sengaja di buat ceria. Dulang itu diletakkan di atas meja berdekatan katil milik adiknya.
Luna buat - buat tak dengar dengan ayat abangnya itu. Dia masih lagi mengiring membelakangi abangnya.
" Adik... Meh lah makan... Penat tau Kak Yanie masak untuk adik tadi..." Ochey mencampak umpan. Berharap adiknya terpancing bila dia sengaja menjaja nama Yanie tadi.
Seperti ynag diharapkan, umpan yang dicampak tadi berhasil. Luna memusingkan tubuhnya menghadap Ochey.
Cepat - cepat Ochey membawa pinggan berisi makanan ke arah adiknya. Baru dia mahu menyuap, tindakannya itu dihalang oleh Luna.
"Adik boleh makan sendiri... Abang tak payah suap Luna..." Pinggan yang berada di tangan abangnya di ambil. Satu persatu makanan yang berada dalam pinggan di suap ke mulutnya. Wajahnya langsung tidak beriak. Hanya fokus pada makanannya sahaja.
Ochey hanya memandang sahaja riak adiknya. Wajah itu sudah tidak cemberut lagi. Tapi dia tahu, Luna masih marahkan dirinya. Air pantas di hulur bila melihat adiknya susah selesai makan.
"Adik... Abang minta maaf okay... Abang tau abang salah... Abang tak sepatutnya bawa dia jumpa adik... Maafkan abang ya dik..." Bersungguh - sungguh dia meminta maaf pada adiknya.
Perasaan bersalah masih bergayut di tangkai hatinya. Dia hanya melihat sesalan dan rasa bersalah di wajah Hayrren tanpa mengambil tahu perasaan adiknya yang masih belum sembuh sepenuhnya.
" Maafkan abang okay..."
Tidak sampai hati melihat wajah kesal abangnya, akhirnya Luna bersuara.
"Luna pun nak minta maaf juga sebab kurang ajar dengan abang..."
Tersenyum gembira Ochey bila adiknya sudah memaafkan dirinya.
"Tapi lepas ni... Tolong ya abang... Jangan pernah berhubung dengan dia lagi... Adik tak kuat untuk hadap semua ni lagi..." Pinta Luna. Wajahnya penuh mengharap. Hati nya masih tak kuat untuk berdepan dengan Hayrren. Lelaki yang merosakkan hidupnya 8 tahun lalu!
"Ya... Abang janji sayang... Abang janji..." Jawab Ochey.
Dia mendakap tubuh adiknya dengan erat. Hatinya dalam dilema saat ini. Antara Hayrren dan Luna.
Tapi dia lebih rela memilih adiknya. Perasaan adiknya harus dijaga kerana dia tidak mahu perasaan adiknya terluka untuk kedua kalinya.
Ya Tuhan... Beri lah kekuatan untuk Luna, adiknya menghadapi cabaran dan dugaan dengan hati yang redha dan tabah.
Sorry sangat... Lambat update... Sis ada kerja penting slam masa 2 - 3 hari ni... Hope korang enjoy dengan chapter terbaru sis ni... Love you all...
Share this novel