LUNA TERSENYUM MELIHAT gelagat bayi dan kanak - kanak yang dibawa oleh ibu bapa masing - masing untuk pemeriksaan rutin.
Dia berada di sini menemani kakak iparnya yang membuat pemeriksaan rutin terhadap anak saudaranya, Ayyan Iqq yang berusia hampir dua tahun.
"Kak... Luna pergi tandas kejap..." Luna meminta izin.
"Pergilah... Lagipun giliran Ayyan belum sampai lagi..." Ujar Yanie.
Tanpa bertangguh, dia berlalu dari situ dan terus mencari tandas.
Tangisan seorang wanita pecah ketika dia melalui sebuah bilik.
"Ya Tuhan anak aku... Kenapa kau cepat tinggalkan mak sayang... Kenapa nak... Kenapa..." Raung wanita itu.
Langkah Luna terhenti dan perlahan - lahan dia mendekati pintu bilik itu. Dia memandang ke arah seorang wanita yang sedang mengendong bayi yang sudah dibaluti kain putih.
" Mak sayang kau walaupun kau lahir sebagai anak luar nikah... Anak hasil di rogol... Mak tetap sayang kau nak... Mak tetap saya kau... Ya Tuhan anak aku..." Raung wanita itu lagi. Bayinya dipeluk erat sekali.
Berdentum hati Luna mendengar raungan wanita itu. Kenangan 8 tahun lalu kembali menjengah kotak fikirannya.
IMBAS KEMBALI...
8 TAHUN LALU...
" Abang... Sakit bang... Sakit bang... "Tangis Luna. Seluruh badannya terasa amat sakit sekali. Ketika ini, dia ditolak untuk bawa masuk ke dalam bilik bersalin.
"Sabar dik... Sabar... Adik kena kuat... Demi anak dalam kandungan adik..." Tak putus - putus Ochey memberi kata - kata semangat pada adiknya.
Luna sudah tak mampu untuk menjawab lagi. Kesakitan yang dialami membuatkan tangisannya semakin menjadi - jadi. Begini kah kesakitan yang mak alami ketika mahu melahirkan dia dan Ochey dulu?
Mak... Maafkan Luna mak... Abah... Maafkan bah... Luna berdosa pada mak dengan abah... Maafkan Luna...
Pautan tangannya di tangan Ochey terlepas bila tubuhnya ditolak masuk ke dalam bilik bersalin.
Hampir beberapa jam bertarung nyawa, akhirnya Luna selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dia tidak mampu melihat wajah anaknya kerana keletihan yang di alami. Matanya terkatup rapat.
DIA TERSEDAR dari lena bila terasa rambutnya di elus oleh seseorang. Perlahan - lahan dia membuka mata. Wajah Yanie yang pertama di lihat sebaik sahaja mata di buka.
"Akak... Luna nak tengok wajah anak Luna... Anak Luna mana kak..." Pinta Luna. Itu yang difikirkan sebaik sahaja sedar dari lena tadi.
"Kejap ya Luna... Nurse tengah siapkan anak Luna... Nanti Luna boleh tengok dia ya..." Pujuk Yanie lembut walaupun dalam hati sudah tidak tertahan sebak. Apa reaksi Luna jika tahu yang anaknya sudah meninggal dunia?
"Hah? Nurse siapkan anak Luna? Eh, Luna sendiri pun boleh lah siapkan anak Luna... Dah... Akak ke tepi... Biar Luna sendiri cari anak Luna..." Luna sudah berkira - kira mahu turun dari katil untuk mencari anaknya tetapi pantas di halang oleh Yanie.
"Luna... Jangan... Luna asuh tak sihat... Tak kuat lagi..." Halang Yanie.
Pada masa yang sama, pintu bilik dibuka dari luar. Muncul Ochey di balik pintu.
Meluru Ochey menuju ke arah adiknya bila melihat Luna masih berusaha untuk turun dari katil.
"Adik... Jangan turun... Adik masih tak sihat lagi tu..." Giliran Ochey pula menegah. Tubuh adiknya di halang dari menjejak kaki ke lantai.
"Eh, kenapa semua orang halang Luna ni hah? Luna cuma nak tengok anak Luna... Tu aje... Mana anak Luna... Mana anak Luna..." Tanya Luna. Wajah murung Ochey dan Yanie di pandang satu persatu.
Pintu bilik sekali lagi di buka. Kali ini seorang jururawat masuk sambil mengendong seorang bayi lelaki yang sudah pun di baluti dengan kain putih.
"Pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat menyelamatkan anak adik... Kami dah sedaya upaya untuk menyelamatkan dia... Tetapi Tuhan lebih menyayangi dirinya..."
Bayi yang berbalut kain putih itu di bawa ke dalam kendongan ibunya sebelum dia berlalu dari bilik itu.
Tak berkelip mata Luna memandang wajah anaknya yang sudah tidak bernyawa itu.
" Comelnya anak mama... "
Pipi comel anaknya di elus perlahan. Yanie sudah teresak - esak menahan tangis. Ochey pula sudah memaling wajahnya ke arah lain kerana tidak mampu menahan sebak.
"Maafkan mama sayang... Maafkan mama kerana tak menjaga Haydie dengan baik... Maafkan mama..." Pipi anaknya dicium lembut. Bayi lelaki yang diberi nama Haydie itu dipeluk seerat - eratnya bersama tangisan yang kembali pecah.
MASA KINI...
TANGISAN Luna pecah melihat diri masa lalunya ada pada wanita ini. Seperti dejavu...
Dia terus berlalu dari situ untuk mencari tandas.
Sampai di tandas, wajah nya di basuh sebersih - bersihnya kerana dia tidak mahu kakak iparnya khuatir akan dirinya.
Share this novel