BAB 24

Action Completed 75672

"KES APA yang kau dah buat sampaikan kau dikeluarkan dari misi kita ni?" Tanpa tertangguh, Zam terus bertanya sebaik sahaja sampai di kediaman keluarga Hayrren.

Kerana perasaan kuat ingin tahu mereka berempat telah membawa mereka ke rumah orang tua Hayrren ini.

Hayrren hanya mendiamkan diri. Bila tiada respons dari Hayrren, mata Zam beralih pula kepada EL. EL hanya memberi isyarat supaya tanya sendiri kepada Hayrren. Dia bukan sesiapa untuk menceritakan apa yang telah berlaku walaupun dia adalah sahabat baik Hayrren sendiri. Kerana ini melibatkan kisah lalu Hayrren. Jadi, biarlah empunya diri membuka mulut.

Mendengus geram Zam bila soalannya mendapat respons yang negatif dari EL. Hampeh punya kawan! Orang tanya dia, dia boleh suruh orang tanya balik ke Hayrren!

Sudahnya, mereka berempat mendiamkan diri. Mengunci mulut buat sementara.

"Kau ada sembunyikan sesuatu dari kitaorang kan Herry?" Tiba - tiba Khai menyoal dengan matanya tak lepas memandang wajah kusut Hayrren dari tadi. Tiga kepala serentak memandang ke arahnya. Kecuali EL!

Dia dah agak itu yang akan disoal kan oleh Khai.

"Kau ada sembunyikan sesuatu berkaitan dengan Luna kan?" Sambung Khai lagi.

Pantas Hayrren mendongak kan kepalanya bila nama Luna meniti di bibir Khai.

"Aku yakin... Bukan berkaitan dengan Luna aje kan... Ada sesuatu lagi yang kau sorokkan dari kami semua..." Tebak Khai. Dan ternyata benar! Tebakan Khai tepat pada sasaran!

Mengeluh tipis Hayrren bila diasak pelbagai soalan.

"Ya... Aku ada sembunyikan sesuatu dari korang semua..."

"Sebenarnya... Aku ni bekas pelajar pusat pemulihan akhlak..." Akhirnya Hayrren membuka cerita. Sampai bila dia mahu berselindung perkara ini dari sahabat - sahabatnya. Lambat laun kisah ini akan sampai juga ke telinga sahabat - sahabatnya.

"Dan aku dimasukkan ke dalam pusat itu disebabkan perangai aku yang suka bercampur dan bergaul dengan seseorang yang pada akhirnya memusnahkan diri aku sendiri..."

Tergamam mereka saat mendengar pengakuan dari mulut Hayrren itu.

"Dan disebabkan pergaulan aku itu jugalah... Aku telah merosakkan maruah seorang gadis.... Dan kesan dari perbuatan aku tu... Dia mengandung..."

Hampir jatuh bahu mereka saat mendengar lagi pengakuan kali kedua dari Hayrren.

"Disebabkan perbuatan aku yang melampaui batas itulah... Babah aku tangkap dan sumbat ke dalam pusat pemulihan akhlak itu..."

Ya... Ngeri bila dia kenangkan perbuatan nya dulu. Nasib baik waktu tu keluarga Luna langsung tidak membuat laporan polis. Kalau lah dibuat, sekarang tempat dia bukan di sini. Dan mungkin sekarang dia berada di dalam penjara dan di menerima hukuman sebat. Dan mungkin sekarang dia masih lagi meringkuk di dalam penjara.

Terkelu lidah mereka bila satu persatu pengakuan yang keluar dari mulut Hayrren.

"Korang pun mesti tahu kan siapa perempuan yang aku rosakkan itu..."

Mereka yang berada di situ hanya mendiamkan diri sahaja. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Tapi dalam hati mereka tahu siapa perempuan ynag Hayrren maksudkan itu.

"Aku tahu korang mesti jijik kan bila ada kawan korang yang berasal dari pusat pemulihan... Dan mesti korang tertanya - tanya... Macam mana aku boleh masuk tentera..." Hayrren bersuara lagi.

Dia tahu bila kisah ini terbongkar, reputasi dan kerjayanya juga turut akan tercalar. Dna orang di sekelilingnya turut menerima tempias.

"Babah aku yang mengajar aku erti tentang sebuah kehidupan melalui tentera... Dan tentera juga memberi peluang kedua buat aku untuk berbakti kepada negara... Dengan cara itu, aku dapat menebus kembali masa lalu aku yang pernah musnah dulu..." Sambung Hayrren lagi.

Air mata sudah mula bergenang di pelupuk mata. Kesal kerana perbuatannya dulu dan lebih kesal lagi kerana memusnahkan kepercayaan seorang gadis pada dirinya.

Khai menghampiri tubuh Hayrren sedang duduk dengan muka menekur ke lantai.

"Bro... Benda macam ni... Kita tak boleh nak sangkal... Dah Tuhan berkehendak macam tu... Siapa kita nak menidaknya... Yang penting sekarang... Kau dah berusaha nak baiki diri kau ke arah yang lebih baik..." Nasihat Khai. Bahu rakannya di tepuk perlahan.

"Korang tak rasa jijik ke ada kawan macam aku ni... Kawan yang ada masa silam yang buruk..." Soal Hayrren.

Khai menggeleng kepala tanda tidak kisah. Begitu juga dengan Zam, Hong dan Satish.

"Kitorang tak kisah apa kisah silam kau yang dulu... Setiap manusia mesti ada kisah silam yang memeritkan... Dan siapa kita hendak menghukumnya..." Giliran Zam pula bersuara. Mereka bertiga juga merapati Hayrren. Kecuali EL! Lelaki itu hanya tercongok melihat Hayrren dikelilingi oleh rakan - rakan yang lain.

Ya... Sejujurnya mereka tidak langsung terasa hati dengan rahsia ynag disembunyikan oleh Hayrren ini. Dan kalau mereka berada di tempat Hayrren, susah tentu mereka juga melakukan perkara yang sama seperti Hayrren.

" Thank you korang sebab masih percaya dan tidak berasa hati dengan kisah aku ni..." Ucap Hayrren tulus. Hatinya mengeluh lega bila rakan - rakannya menerima baik dirinya walaupun di baluti dosa silam.

"Dah... Kau tak payah pikir lagi... Kau dah lupa ke slogan kita... Susah senang biarlah bersama..." Ujar Hong pula. Ceh! Ayat dari lagu nyanyian Siti Nordiana juga yang dipetiknya! Yang bukan - bukan aje dia pergi petiknya!

Terburai ketawa mereka berenam mendengar ayat yang keluar dari mulut Hong itu! Si Hong a.k.a budak sepet ni kalau nak bermadah pujangga, bagi aje dekat dia. Otak dia ni kadang - kadang mereng sikit! Hahaha...

Untung Hayrren bila dikelilingi sahabat - sahabat yang baik dan tidak pernah kisah dengan masa lalunya... Orang seperti sahabat - sahabatnya ini payah untuk di cari di zaman sekarang...

Dan misi nya sekarang...

Adalah untuk menakluki hati Luna kembali... Menakluki hati pernah dia hancurkan dulu...

Semoga dia berjaya...

Berjaya atau tak Hayrren dengan misinya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience