"HESH kamu ni Luna... Buat hari abah risau ajelah... Nasib baik takde apa - apa..." Tadi puas mak membebel, dan sekarang giliran abah pula membebel.
Luna pula?
Seperti biasa, hanya pamer sengih iklan ubat gigi Colgate!
Hayrren di sebelah hanya mendiamkan diri sahaja. Matanya fokus pada air dan kuih di hadapan.
"Itu aje modal anak perempuan abang tu... Menyengih aje..." Perli Puan Mei. Dia meletakkan periuk yang berisi air dan diletakkan di atas dapur. Kemudian pucuk ubi yang sudah siap dipetik diletakkan di dalam periuk yang dipenuhi air itu. Dia kemudian menyertai mereka di meja makan.
"Ni mak nak tanya kamu... Apa yang dah jadi sampai tapak tangan kamu cedera tu..." Soal mak sambil melabuhkan punggung di sebelah anak perempuannya.
Dari tadi dia mahu soalan tapi bila melihat tangan Luna sibuk di ubat oleh Hayrren, dia tangguhkan dulu niatnya. Dan sekarang, bila dah duduk bersembang macam ni bolehlah diajuk semula soalan yang di tangguh tadi.
"Ada sebiji van putih tu meluru aje dekat Luna... Nasib baik Luna dapat elak... Kalau tak... Tak tahu lah jadi apa dekat Luna tadi..." Luna membuka cerita.
Hatinya masih mendongkol geram dengan peristiwa tadi. Dahlah hampir nak langgar orang, pastu blah macam tu aje! Tak ke sakit hati! Nasib baik dia pantas mengelak. Kalau tak, mahu dia duduk dalam hospital sekarang!
" Van putih?? "
Tiba - tiba suara Hayrren memecah di antara mereka yang sibuk bersembang.
Luna hanya mengangguk hendak tak hendak sahaja. Kalau abah yang bersuara, cepat - cepat aje dia mengangguk. Kalau lelaki ini yang bersuara, malas - malas dia mahu mengiakan.
" Abang Herry tanya tu... Jawablah betul - betul..." Laju aje Puan Mei menempelak anak perempuan nya. Dan bila wajah Luna mempamerkan riak malas mahu melayan, satu cubitan hinggap di lengan anak itu.
"Aduh..." Mengaduh Luna bila cubitan hinggap di lengannya.
"Ya... Van putih yang cuba nak langgar Luna tadi..." Akhirnya Luna menjawab juga dengan wajahnya mengerling ke arah ibunya. Takut kena cubit lagi. Bisa oiii... Kena cubitan padu Puan Mei ni! Gila tak sakit! Mahu lebam seminggu lengannya kalau macam ni.
Wajah abah berubah mendengar jawapan dari Luna. Dia mengerling ke arah Hayrren dan kebetulan Hayrren juga mengerling ke arahnya.
Dalam fikiran Encik Ngan, mesti van putih yang diceritakan oleh pekerjanya tempoh hari. Van putih yang ingin mencari mangsa baru. Dalam fikiran Hayrren pula, van putih itu sengaja mahu mencari kesalahan. Dan nampaknya, keselamatan orang di dalam rumah ini terutama sekali Luna sudah tidak selamat.
Dia harus melakukan sesuatu...
"HEI... Herry tunggu dulu..." Langkah Hayrren mati bila suara Luna bergema dari belakang.
Dia berpaling dan mengadap Luna yang kelihatan tergesa - gesa menghampiri dirinya.
"Apa hak awak untuk halang saya keluar pergi ke mana - mana?" Sembur Luna sebaik sahaja sampai di hadapan Hayrren.
Hatinya masih tidak dapat menerima bila abah mengizinkan Hayrren untuk menemani dirinya ke mana sahaja dia pergi. Apa ke hal mamat ni nak teman dia? Memang tak lah!!!
"Hak apa Luna cakap ni? Abang Herry tak faham lah..." Sengaja dia berpura - pura tidak tahu padahal dia tahu yang Luna masih tak puas hati dengan cadangannya tadi. Tak kisah lah wanita ini mahu menunjuk kan protes nya. Yang penting, keselamatan Luna terjamin di bawah jagaannya.
" Eeiii... Awak ni kan... Jangan buat - buat bodohlah..." Hampir sahaja dia meninggikan suaranya. Dia pantas menoleh ke belakang. Takut nanti mak muncul pulak bila dia meninggi suara sebegini dengan Hayrren.
"Hei... Dengar sini... Awak tu bukan siapa - siapa pun nak atur hidup saya... Kekasih bukan... Apatah lagi suami... So... Saya nak ingatkan awak... Jangan pernah campuri urusan hidup saya lagi... Awak tu hanya lelaki yang berasal dari kisah silam saya..." Luna memberi amaran.
"Awak ingat... Bila saya bagi muka dekat awak selama ni... Saya boleh maafkan awak macam tu... Oh! Tidak... Sampai bila pun saya takkan maafkan awak..." Dada Luna turun naik menahan amarah di hati.
Ya... Sebaik mana pun Hayrren sekarang dengan keluarganya, hatinya masih lagi dibelenggu kisah lalu.
"Ya... Abang Herry tahu... Tapi sekarang... Izinkan abang Herry untuk jaga Luna sehingga keadaan kembali seperti sedia kala semula..." Pinta Hayrren bersama senyuman pahitnya.
Dia salah sangka selama ini. Dia ingat bila keluarga Luna menerima dirinya, Luna pun turut sama menerima dirinya semula. Tapi semua nya meleset sekali. Luna masih dengan dendam lamanya.
" Eh... Saya tak perlukan jagaan awaklah... Saya dah besar... Saya boleh jaga diri sendiri..."
"Saya tak nak tengok muka awak lagi dekat sini dan jangan pernah nak campur lagi urusan hidup saya... Faham?" Matanya tajam menikam wajah Hayrren sebelum dia berlalu menuju ke dalam rumah semula. Dia cepat - cepat berlalu sebelum amarahnya tidak dapat dibendung.
Hayrren hanya memandang sahaja belakang Luna yang sudah menghilang di balik pintu rumah.
'Sampai bila Luna nak dendam dengan abang... "
Desis hati kecil nya sebelum berlalu dari ruanh orang tua Luna ini...
Hmmm... Macam mana Hayrren nak menangi hati Luna semula...
Share this novel