BULAT MATA Puan Fari saat mendengar penjelasan dari anak bongsunya.
"Kenapa benda sebesar macam ni Herry nak sembunyikan dari mama?" Hampir melengking Puan Fari bersuara. Nasib baik sekarang mereka sudah pun berada di rumah Puan Fari. Kalau di hospital, silap - silap dia di halau keluar. Dan nasib baik juga luka Hayrren tidak dalam dan hanya mengenai kulit luar sahaja.
Hayrren hanya menikus sahaja. Luna yang duduk berhampiran Hayrren juga turut menikus melihat kemarahan Puan Fari.
"Dan kamu juga Fay... Kenapa bersubahat sembunyi kan benda ni dari mama?" Giliran anak sulungnya pula dimarahi.
Terkulat - kulat Fay bila menjadi mangsa kemarahan mamanya. Wajah adiknya di kerling tajam. Tak memasal dia pulak kena marah dengan mama!
"Sudahlah tu kak... Benda dah berlaku... Kita nak buat macam mana lagi..." Puan Mei cuba meleraikan pertelingkahan antara ibu dan anak itu. Walaupun sejujur nya, hatinya juga turut terasa dengan perkara yang disembunyikan oleh kedua beradik ini.
"Tak patut diorang rahsiakan dari akak, Mei... Benda ni bukan main - main... Buatnya si Herry ni hilang nyawa hari tu... Macam mana dengan saya dan Fay..." Luah Puan Fari lagi. Bukan saja dia membebel. Dia takut bila kehilangan salah seorang dari anak - anaknya. Dia sudah cukup sakit dengan kisah penceraiannya. Hilang pasangan hidup. Jadi, dia tidak mahu kehilangan anak - anaknya pula.
Hayrren yang melihat wajah tegang mamanya terus mencapai tangan wanita itu yang kebetulan sedang berdiri di sisinya.
"Mama... Mari sini... Duduk dengan Herry dulu..." Ajak Hayrren. Mereka yang berada disitu memberi ruang untuk Hayrren berbual dengan mamanya. Mereka keluar dari bilik Hayrren itu. Termasuk Luna dengan Fay!
"Bukan sengaja Herry tak bagitau mama... Herry tak nak mama risaukan Herry lagi... Cukuplah selama ni Herry dah buat mama risau dengan perangai Herry... Herry minta maaf ya..." Tangan wanita yang amat disayangi ini dikucup lembut.
"Herry minta maaf sangat dekat mama..." Dia mengangkat wajah lalu tangan mamanya dibawa ke dadanya. Setitis dua air mata menitis di wajahnya yang tampan.
"Lain kali jangan buat mama risau lagi ya... Apa pun yang terjadi dekat Herry... Mama sentiasa ada menyokong Herry dari belakang..." Ujar Puan Fari lantas tubuh sasa anaknya di peluk erat. Air matanya turut mengalir. Itulah kasih ibu. Sejahat mana pun dan sebagaimana pun kisah silam anaknya, hatinya sentiasa untuk terbuka untuk memaafkan anak ini.
TERSENYUM NIPIS Hayrren bila melihat wajah Luna terpacul di muka pintu sambil menatang dulang berisi semangkuk bihun sup dengan segelas air putih.
Dia yang ingin bangun mahu membantu terus tak jadi bila telinga menangkap arahan keras dari mulut Luna.
"Dah tahu sakit... Tak payah lah mengada - ngada nak bangun..." Marah Luna perlahan. Dulang berisi makanan diletakkan di atas meja.
"Alah... Sakit sikit aje ni..." Jawab Hayrren sambil mempamerkan luka diperutnya yang sudah mula membaik.
"Eleh... Yelah sangat..." Cebik Luna.
"Ya... Jangan risaulah... Abang kan tentera... Lebih dari ni pun abang dah kena tahu..." Ujar Hayrren dengan nada bangga.
Menjuling mata Luna ke atas bila dengar jawapan berlagak dari Hayrren. Poyo!
"Ni... Mama Fari buatkan mihun sup untuk awak... Makan sikit... Biar badan tu ada tenaga..." Ujar Luna sambil menghulurkan mangkuk bihun sup kepada Hayrren.
"Suap kan abang boleh?" Pinta Hayrren tiba - tiba. Mendengus Luna dengan permintaan Hayrren itu.
"Tak boleh suap sendiri ke?" Soal Luna. Mengada - ngada betul! Nak bersuap bagai!
Namun bihun yang berada dalam mangkuk disuap juga ke mulut Hayrren yang sudah ternganga seperti anak burung.
Hayrren terbatuk tiba - tiba. Pantas Luna mengambil gelas yang berisi air putih lalu disua kepada Hayrren.
"Lain kali makan tu jangan gelojoh sangat... Kan dah tersedak..." Marah Luna. Wajahnya jelas kerisauan.
"Sorry... Abang tak sengaja..." Ujar Hayrren dengan sengaja mengurut lehernya. Padahal dia pura - pura tersedak tadi untuk melihat reaksi Luna. Dan telahannya benar sekali!
Luna risaukan dirinya!
"Okay dah ke?" Soal Luna dngan riak risau.
"Dah okay..." Jawab Hayrren. Dia tak sampai hati melihat wajah risau Luna akan dirinya.
"Nak lagi ke?" Luna bertanya bila melihat bihun sup masih berbaki sikit lagi. Hayrren menggeleng kepala tidak mahu tanda dia sudah kenyang. Tak kenyang sebenarnya. Tapi melihat wajah Luna yang sudi menyuap bihun kepadanya itu, membuatkan Hayrren terasa kenyang.
" Ok.."
Bekas mangkuk dan gelas di letakkan semula di dalam dulang.
"Luna... Tunggu dulu..." Tahan Hayrren bila melihat Luna sudah mahu keluar dari biliknya.
"Ada sesuatu yang abang nak persetujuan dari Luna..." Teragak - agak Hayrren mahu bersuara. Entah betul entah tidak rancangan nya ini.
"Apa dia?"
"Kita kahwin..."
Hampir jatuh rahang Luna mendengar ayat yang diucapkan oleh Hayrren ini.
"Apa??"
Makin menarik... Berjaya atau tidak rancangan Hayrren ni... Kita ke bab seterusnya...
Share this novel