BAB 34

Action Completed 75672

"APA YANG AWAK cuba sembunyikan dari saya Herry??" Tanpa bertangguh, Luna pantas menyoal suaminya sebaik sahaja kelibat lelaki itu muncul di hospital.

"Luna... Apa tanya macam tu... Tunggulah suami tu lepaskan lelah dulu baru tanya..." Tegur Puan Mei kurang senang dengan sikap anaknya.

"Mak... Abah dengan abang Zam dah jadi gitu pun mak masih boleh tenang lagi?" Luna menyoal ibunya pula. Di lihat riak ibunya yang masih tenang dari tadi. Pelik dia dengan reaksi ibunya yang seolah - olah langsung tidak risau dengan keadaan abah dengan Zam di dalam bilik kecemasan.

" Luna... " Hayrren mahu bersuara tetapi bicara pantas dicantas oleh Luna.

"Awak masih lagi sembunyikan benda ni dari saya... Apa yang cuba awak sembunyikan dari hah Herry... Apa dia?" Suara Luna sudah membesar sehingga menarik perhatian beberapa orang jururawat yang berada tidak jauh dari bilik pembedahan.

"Luna... Perlahan kan sikit suara tu... Kita dekat hospital ni... Bukan dekat rumah... " Suara Puan Mei juga sama naik tetapi dapat dikawal lagi.

Luna tidak peduli dengan larangan ibunya. Dia masih berdegil untuk menagih jawapan dari mulut Hayrren sendiri.

Belum sempat dia mahu bersuara, pintu bilik pembedahan dibuka dari dalam. Muncul seorang doktor bersama dengan seorang jururawat.

"Awak semua ni ahli keluarga Encik Ngan dengan Encik Nizam ke?" Soal doktor itu sambil memandang wajah mereka satu persatu.

"Ya... Kami ahli keluarga mereka..." Jawab Hayrren mewakili kesemuanya.

"Baiklah.. Encik Ngan tiada apa masalah... Hanya alami luka kecil... Encik Nizam pun sama... Dia dalam keadaan stabil... Sebab peluru yang ditembak hanya menembusi bahunya... Dan tidak mengenai organ penting..." Terang doktor itu panjang lebar.

Mengeluh lega wajah mereka saat mendengar khabar itu. Nasib baik masih menyebelahi kedua - duanya.

" Kalau tiada apa lagi... Saya minta izin untuk pergi dari sini dulu... "

" Ha... Doktor... Boleh kami melawat mereka berdua..." Tanya Luna pula.

"Buat masa ni... Tak boleh lagi... Kerana Encik Nizam masih dalam pemantauan kami..." Terang doktor itu dengan senyuman manis.

Mereka yang berada di situ mengangguk faham.

"Kalau tiada apa... Saya minta diri dulu..." Pinta doktor itu. Dia terus berlalu dari situ.

Meninggalkan kesemuanya di situ terpunduk kelegaan.

RUPANYA LUNA masih lagi menagih jawapan dari Hayrren.

"So, sekarang kita dekat rumah... Bagitau saya... Apa yang awak sengaja sembunyikan sampai ada orang serang abah dengan kawan awak macam tu..." Luna menyoal lagi. Mujur juga hanya mereka berdua berada di dalam rumah ini. Puan Mei dan rakannya yang lain sudah berkampung di hospital. Menunggu waktu melawat.

Selebihnya mereka mahu memberi privasi kepada Luna dan Hayrren untuk Hayrren memperjelaskan segala - galanya.

"Luna... Boleh tak relaks dulu..." Tenang Hayrren memujuk.

"Dah jadi macam ni pun awak nak suruh saya relaks lagi... Awak ni hilang akal ke apa hah?" Sembur Luna selamba. Dia sudah duduk di atas kerusi rotan sambil berpeluk tubuh. Wajah nya tak usah cakaplah. Masam mencuka sejak pulang dari hospital tadi.

"Sekali lagi saya tanya... Apa yang awak sembunyikan sampai benda ni berlaku dekat orang paling rapat dengan kita?"

Matanya tajam menikam wajah suaminya.

"Ya... Abang akan bagitau..."

"Apa dia..." Luna mendesak.

"Sebab..."

"Sebab apa..." Luna sudah meninggi kan suaranya.

"Sebab Luna dah jadi target Cu sekarang... Luna dalam senarai untuk dia tawan..."

Akhirnya, apa yang disembunyikan dalam pengetahuan Luna akhirnya terluah juga.

"Hah? Apa? Saya jadi target Cu... Siapa Cu tu?" Soal Luna sedikit blur. Dia ingat - ingat lupa pada sebaris nama yang di sebut oleh Hayrren ini.

Tiba - tiba ingatannya terarah pada masa silam.

Calisu atau Cu...

Samseng kampung a.k.a kutu rayau yang selalu menganggu ketenteraman penduduk. Budak lelaki yang sering menimbulkan masalah. Malah lebih parah lagi. Penghisap tegar benda terlarang.

"Cu... Bekas kawan awak yang buat awak jadi budak lelaki bermasalah dulu kan..." Luna ni karang! Ada juga kena cium mulut tu nanti! Kecil besar kecil besar saja Hayrren memandang wajah isterinya. Ada ke patut dia samakan kita dengan Cu, si penjenayah licik tu!

" Luna sayang... Suami awak ni sekarang dah tak macam dulu... Suami awak ni sekarang dah jadi orang yang berguna... Berguna pada keluarga, negara dan bangsa... Ada faham?" Sindir Hayrren. Sakit juga hatinya bila di samakan dengan Cu tu!

Luna hanya mencebik sahaja. Bersayang - sayang konon! Pigidahh!

" Tapi kan... Benda ni takkan jadi kalau awak tak kahwin dengan saya... " Terhentak hati Hayrren mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya.

"Apa yang Luna cuba cakapkan ni..." Hatinya Hayrren sudah mula tidak enak.

"Cuba awak perhatikan betul - betul... Kenapa awak muncul tiba - tiba dalam hidup saya... Memerhati apa yang saya lakukan... Ikut saya sana sini..."

"Luna... Apa yang Luna cuba cakapkan ni... Abang betul - betul tak faham..." Ya... Dia betul - betul tidak mengerti apa yang mahu di sampaikan oleh Luna ini.

"Awak dengar sini... Sebelum awak muncul dalam hidup saya... Hidup saya aman tau tak... Saya bebas mahu lakukan apa-apa aje... Keluarga abang Ochey pun bebas nak pergi ke mana - mana... Tanpa halangan... Tapi sekarang... Awak tengok... Diorang nak pergi mana - mana pun tak boleh sebab tindak tanduk diorang di perhati... Mereka terkurung tak ubah macam ada berlakunya darurat... " Luah Luna tanpa berselindung lagi.

Hatinya sakit bila kenangkan semua itu. Semua yang dia lakukan sebelum ini hanya tinggal kenangan.

" Luna nak cakap punca berlaku semua ni adalah dari abang... " Teka Hayrren.

" Ya... Punca berlaku semua ni adalah dari awak!" Ya... Tepat sekali tekaan nya tadi!

Dia ingat... Apa yang dilakukan selama ini dapat melembutkan hati Luna untuk menerima dirinya dengan ikhlas. Dan membuang terus apa yang pernah Luna pintakan pada dia sebelum mereka kahwin dulu. Kerana dia percaya, ada secebis kasih Luna pada dirinya.

Tapi sangkaan nya meleset!

Luna masih lagi dengan dendam nya! Masih lagi dibelenggu kisah silam!

"Baiklah... Kalau itu yang Luna cakapkan... Abang terima dengan ikhlas... Sebaik sahaja misi ini selesai... Apa yang Luna pinta kan dulu... Abang akan tunaikan... Abang tak bohong..." Sebaik sahaja usai berkata, dia terus berlalu dari situ. Keluar dari rumah untuk menenangkan hatinya yang galau saat ini.

Hatinya parah bila Luna meneka dirinya adalah punca berlaku semua ini. Hatinya juga bagai disiat - siat bila Luna masih lagi melihat dirinya dengan pandangan masa silam.

Ya Tuhan... Dia tidak kuat untuk harungi semua ini... Tolonglah hamba - MU ini...

Bagi Luna pula, sejauh manakah kebencian nya Hayrren dan tiada lagi ke ruang kemaafan untuk Hayrren?

Kesian pula dekat Hayrren... Apa pun kita lihat... Macam mana hidup Luna tanpa Hayrren...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience