TERGAMAM mereka bila dapat khabar kenderaan yang dinaiki oleh rakan - rakannya mereka awal pagi tadi tersadai di tengah jalan dengan keempat - empat tayar sudah ke atas.
Mereka bertiga pantas menuju ke arah tempat kejadian. Mereka memandang sekeliling. Sekeliling badan kereta itu penuh dengan kesan peluru. Kesan darah juga turut ada di dalam.
"Sial..." Maki Khai perlahan.
Sepakan pada badan kenderaan itu menggamit perhatian seorang anggota polis yang sedang membuat pemeriksaan.
"Relaks bro... Kalau kau baran macam ni... Semua kerja takkan jadi..." Hong pantas bertindak memujuk.
"Nak relaks apa kebendanya Apek... Kau tengok ni... Mula - mula Hayrren... Dikecualikan dari misi kita... Kena gantung kerja sebab kes lama... Lepas tu Zam... Kena tembak... Dan sekarang... EL pulak... Weh... Tolong lah Apek... Aku tak boleh blah dengan benda ni... " Ujar Khai dengan bengis. Dia sudah mundar mandir di hadapan rakan - rakannya yang lain.
" Sabar dulu boleh tak... " Hong masih lagi dengan nada lembut.
" Nak sabar apa lagi... Dah banyak kali kita berlembut dengan diorang... Sekarang kau tengok... Satu persatu kawan kita jadi macam ni..." Suara Khai sudah naik seoktaf.
Serabut otak nya bila memikirkan keadaan rakan - rakannya. Macam mana agaknya keadaan mereka.
"Aku tak kira... Aku nak suruh juga tuan lancarkan misi kita ni... Aku tak kira..." Khai sudah berkira - kira mahu menemui ketua mereka tetapi langkahnya pantas di halang oleh kedua - dua rakannya.
"Kau nak pergi mana hah? Kau nak jumpa tuan lepas tu nak suruh orang tua lancarkan misi kita ni... Kau ingat tuan akan ikut ke kehendak kita kalau bukan berdasarkan bukti..." Sembur Hong. Sabar nya sudah semakin tipis dengan ragam sahabatnya ini.
Beberapa orang anggota polis berada di situ bertindak untuk memerhatikan dulu. Kalau dah lebih dari pemerhatian mereka, baru mereka bertindak ke atas geng mat terap ini.
" Betul kata Apek tu... Kau kena sabar... Lagipun... Kita dah tahu kan tempat persembunyian mereka... Takde masalah untuk kita serbu tempat itu nanti..." Satish mengambil alih bersuara. Nada nya juga sama macam Hong. Tak tinggi tak rendah. Hanya sedang - sedang sahaja.
Khai diam membatu. Nampaknya, pujukan rakan - rakan nya membuatkan baran nya semakin terhakis.
" Dah... Sekarang kita balik ke tempat kita... Dekat sini... Biar pihak polis buat siasatan... Kita balik... Buat laporan pada ketua kita... Andai kata tuan akan perkenankan misi kita... Kita siap untuk jalankan..." Pujuk Satish lagi.
Dan akhirnya, Khai mengangguk faham dengan saranan dari rakan - rakannya. Mujur juga ada rakan - rakan yang memahami.
ATAS SARANAN ketua mereka Tuan Lukaman, tempat persembunyian Cu akan diserang hendap waktu itu juga. Khai, Satish dan Hong sudah bersiap sedia dengan peralatan masing - masing. Dan sekarang mereka sedang menuju ke sarang penjenayah itu.
Setiba di tempat tersebut, rahang mereka semua hampir terjatuh bila melihat kesemua kawasan ditempat tersebut telah di kosong kan.
Team B yang berada tidak jauh dari mereka juga turut terkejut.
"Roger... Roger... Kawasan sekitar clear... Kawasan sekitar clear..." Suara ketua dari Team B keluar melalui walkie talkie yang tersangkut di bahunya.
"Roger... Roger... Berita diterima... Berita diterima..." Khai membalas.
Khai berdiri di tengah - tengah kawasan. Matanya meliar memandang sekeliling.
"Sial... Macam mana diorang tahu yang kita nak serbu diorang..." Maki Khai perlahan. Terlintas wajah seseorang di benaknya.
"Atau jangan - jangan budak perempuan tu yang..."
"Kau ni... Jangan nak berprasangka buruk time macam ni boleh tak Khai..." Cantas Satish.
"Mana kita tahu... Dia pernah jadi tali barut Cu kan..." Jawab Khai masih tidak mahu mengalah.
"Kau ni... Boleh tak time genting macam ni... Buang sikit perasaan prasangka buruk kau tu..." Satish memberi amaran. Wajah Khai dijeling tajam. Kalau tak kerana dalam operasi sekarang, memang dah lama muka Khai ni makan penumbuknya!
Telinga Hong menangkap bunyi sesuatu tidak jauh dari tempat Khai dan Satish berkelahi. Bunyi yang sangat mencurigakan. Dia mendekati lagi tempat yang mengeluarkan bunyi itu. Di tilik rapi. Buntang matanya melihat sebiji bom masa terlekap kemas di bawah meja.
" Time bommmm!!!!"
Jerit Hong lalu menarik tubuh kedua - dua sahabatnya ke arah tepi. Dan...
BOMMM!!!
Bunyi bom kedengaran.
Ketiga - tiga tentera itu tetiarap ke tepi.
"Aduh!!!"
Ketiga - tiganya mengaduh sakit bila belakang, sipi dan dada bertemu tanah.
Pantas Khai membuka topeng dan melihat api dari bom yang terhasil semakin marak menjilat sekitar rumah - rumah atau pondok yang diperbuat dari kayu.
Dia memandang kembali ke arah rakan - rakannya yang turut bangun sepertinya. Nafasnya terlalu laju.
Ya Tuhan... Desis hatinya.
Sekali lagi Tuhan menyelamatkan mereka dari terkena bom masa. Kalau tidak, mahu tubuh badan mereka berkecai di situ.
Gila betul Cu ni... Nak bunuh kawan Hayrren sekali....
Share this novel