SEBUAH VAN PUTIH yang meluncur laju di hadapan mengejutkan Luna yang ketika itu mahu menyeberangi jalan menuju ke kedai runcit. Terjelepok dia tepi jalan tar.
"Aduh!!"
Mengaduh Luna bila tapak tangannya bergesel dengan jalan tar. Mendesis dia bila tapak tangannya terasa pedih.
Meluru tuan kedai runcit menuju ke arahnya.
"Hoi!!! Tak nampak orang ke hah?" Maki si tuan kedai runcit bila melihat van putih itu meluncur laju tanpa berniat mahu menghentikan kenderaan.
Dia membantu Luna bangun.
"Adik takde apa - apa ke?" Perihatin si tuan kedai runcit bertanya.
Luna hanya menggeleng kepala tanda tiada apa - apa. Padahal tapak tangannya terasa amat pedih sekarang.
"Nasib baik takde apa - apa..." Ujar si tuan kedai. Matanya masih mengerling ke arah van putih yang sudah menjauh.
Bibirnya hampir menguntum senyum bila melihat gelagat si tuan kedai yang terlebih sudu dari kuah.
"Tak pelah... Saya okay pak cik... Saya balik dulu pak cik..." Ujar Luna sopan.
Malas dia mahu berlama - lama di situ. Moodnya sudah tiada mahu membeli barang yang diingini gara - gara tingkah van putih meluncur laju tadi.
LUNA pantas menarik tangannya dari digenggam oleh Hayrren. Terkejut Hayrren dengan reaksi Luna itu.
"Kenapa ni? Bagi balik tangan tu... Biar abang Herry ubatkan tangan tu... Nanti melarat pula sakitnya..." Ujar Hayrren sambil cuba meraih tangan Luna tetapi tidak berjaya bila Luna pantas melarikan tangan nya ke belakang.
"Luna..." Meleret nama Luna di panggil.
"Tak payah lah... Saya boleh ubatkan tangan saya sendiri... Awak tak perlu susahkan diri untuk ubatkan tangan saya..." Bantah Luna agak keras. Matanya terus memandang ke arah lain dari terus memandang wajah tampan milik Hayrren.
Tapi perasan tak cara panggilan yang Luna guna?
Tiada lagi 'kau - aku' dan diganti pula dengan 'saya - awak'.
"Takpe Luna... Biar abang Herry ubatkan..." Hayrren masih berdegil.
"Awak ni dah kenapa? Saya cakap tak payah tu tak payah lah... Yang awak degil sangat ni dah kenapa?" Soal Luna dengan nada agak keras. Sedaya upaya dia menahan rasa geram di dalam geram hati dengan tingkah Hayrren yang tak makan saman ini.
"Luna... Kenapa cakap dengan abang Herry macam tu? Dia cuba nak ubatkan tangan Luna aje..." Tegur Puan Mei yang tiba - tiba muncul dari dapur. Di tangan ada sebuah raga berwarna merah.
Dia yang sibuk di dapur tadi terus melangkah menuju ke ruang tamu bila kedengaran suara bantahan Luna yang agak keras.
Luna membungkam bila ditegur ibunya. Perlahan - lahan dia menghulurkan semula tapak tangan nya ke arah Hayrren apabila mendapat jelingan tajam dari ibunya.
Hayrren tersenyum nipis lalu dengan perlahan dia melakukan kerjanya. Takut wanita kesayangannya ini mendesis kesakitan.
"Mak nak pergi cari pucuk ubi kayu... Kalau kamu berdua nak minum air ke... Tu mak ada sediakan dekat dapur... Kuih pun ada sekali..." Ujar Puan Mei sebelum menghilang di balik pintu utama.
Hayrren hanya mengangguk sahaja sebelum matanya fokus kembali pada kerjanya.
Dia sedar yang wajah nya di tenung tajam oleh Luna. Tapi dia buat - buat tak nampak. Tak mahu menegur. Karang tak pasal - pasal pecah lagi kepalanya seperti pertemuannya dengan Luna di rumah Ochey dulu.
Share this novel