BAB 1

Action Completed 75672

"ABANG FAY... Abang Fay..."

Sayup - sayup jeritan seseorang singgah digegendang telinganya. Niatnya untuk menyorong motosikal ke arah garaj ditangguhkan dulu. Motosikal kembali ditongkat. Anak mata dipicing. Dari kejauhan, seorang gadis berbaju kurung sekolah berlari - lari anak menuju ke arahnya.

Dah kenapa budak Luna ni berlari - lari macam tu?

Hatinya sudah berasa tidak enak bila melihat kelakuan aneh si gadis. Mesti ada sesuatu terjadi ni...

Tercungap - cungap gadis remaja itu bila sampai dihadapan Fay. Gadis itu adalah Lunanita. Tetapi mesra dipanggil Luna. Dia merupakan sepupu kepada lelaki yang dipanggil abang Fay ini. Mama Fay dan mak Luna adik beradik. Fay ni ada adik lelaki.

Tak pelah... Nantilah kita cerita perihal adik lelaki Fay ni...

Sekarang kita fokus pada perihal Luna yang masih lagi tercungap - cungap. Tulah, siapa suruh berlari laju sangat... Kan dah tercungap - cungap... Dah gaya ikan terdampar atas darat aje lagaknya...

"Tenang... Tenang... Tarik nafas... Hembus... Tarik nafas... Hembus..." Fay mengajar Luna bila melihat gadis itu masih lagi tercungap - cungap. Perlahan - lahan Luna mengikut rentak Fay dan akhirnya dia lega bila dapat bernafas dengan normal kembali.

"Kamu dah kenapa berlari macam tu? Kena kejar hantu ke?" Setelah melihat keadaan Luna dah stabil, barulah Fay bertanya.

"Hish abang Fay ni... Ada ke hantu siang - siang hari macam ni..."

Hish abang Fay ni! Loyar buruk aje kerjanya!

"Dah tu... Yang kamu berlari tadi tu... Dah kenapa?"

"Luna nak bagitau... Abang Herry bergaduh lagi..." Adu Luna dengan wajah yang kembali cemas.

"Hah? Herry bergaduh lagi?"

Terbeliak mata Fay mendengar khabar itu. Tak habis - habis asyik nak bergaduh aje adiknya yang seorang itu.

HAYRREN menunduk wajahnya ke bawah bila panahan mata tajam abangnya menikam wajahnya. Nasib baik mama dan babah mereka berdua tiada dirumah kerana ada urusan di luar kota. Kalau ada mereka berdua, lagi panjang bebelannya.

"Apa nak jadi dengan kau ni Herry? Asyik bergaduh aje kerja nya..." Fay mula bersuara.

"Tengok rupa kau sekarang... Lebam sana lebam sini..." Muka adiknya dipagut. Satu persatu kesan lebam dan luka wajah adiknya di tilik.

"Tengok... Dengan kesan lebam dna lukanya... Apa nak jadi dengan kau ni Herry..." Muka adiknya di lepas kasar.

"Aduh... Sakitlah bang..." Mengaduh Hayrren bila di perlakukan sebegitu oleh abang nya. Wajah abangnya dijeling sekilas.

"Oh... Baru sekarang kau mengaduh sakit... Masa kau pergi bergaduh... Pergi bantai anak Pak Lan tu... Tak sakit pulak..." Sindir Fay.

Berdesing telinga Hayrren mendengar sindiran abangnya.

"Kau dengar sini Herry... Abang dah malas nak keluar masuk balai polis... Keluar masuk pejabat pengetua semata - mata nak selamatkan kau... Aku dah malas... Aku dah penat..."

Berdentum hati Hayrren saat mendengar jawapan keluar dari mulut abangnya. Dia bangun dari tempat duduknya.

"Kalau dah penat... Lain kali tak payah nak masuk campur... Tak payah pergi ikat jamin..." Ujar Hayrren geram lalu pantas meninggalkan abangnya yang terpinga - pinga dengan tingkah kurang ajarnya.

"Hei... Kau nak pergi mana tu?"

"Keluar... Duduk lama - lama dalam rumah ni pun buat apa... Semak aje..." Perli Hayrren.

Luna memaling tubuhnya kebelakang bila mendengar tapak kasut seseorang.

"Abang Herry..."

Tak jadi Hayrren melangkah bila Luna menghalang laluan nya.

"Kau ke tepi Luna sebelum penumbuk aku ni singgah dekat muka kau..." Hayrren menghantar amaran.

Wajah gadis yang berada di paras dadanya di pandang tajam.

"Abang Herry nak pergi mana? Abang duduk rumah lah... Abang jangan keluar... Lebam dengan luka dekat muka abang tu belum sembuh lagi..." Luna masih berdegil menghalang langkah Hayrren.

"Kau ni kan... Memang tak reti bahasa betullah..." Serentak itu juga, tubuh kecil molek Luna ditolak kasar tepi dan menyebabkan gadis itu jatuh terduduk di atas tanah.

"Aduh..." Luna mengaduh bila telapak tangannya bergesel dengan tanah.

Hayrren tidak peduli. Dia laju melangkah menuju ke arah motosikal LC135 miliknya. Enjin motor di start.

"Herry!!"

Jeritan abangnya langsung tak dihiraukan. Berderum bunyi bising ekzos motosikalnya keluar dari perkarangan rumah.

Luna yang jatuh terduduk tadi dibantu.

"Luna takde apa-apa ke?" Tanya Fay dengan nada risau.

"Eh... Luna takde apa - apa..." Pantas Luna menjawab bersama senyuman. Niatnya mahu menyuruh Herry berehat di rumah tidak kesampaian. Malah dirinya pula menjadi mangsa kemarahan lelaki itu.

Balik rumah nanti... Siap kau Herry... Aku akan ajar kau cukup - cukup... Kurang ajar sungguh... Fay menyimpan amarah. Motosikal Hayrren yang semakin menjauh dipandang geram.

Halo.. Sis kembali lagi dengan novel terbaru... HUJAN MALAM ITU... So, nikmati lah penulisan yang tak seberapa dari sis... Tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience