BAB 40 Part 1

Action Completed 75672

"ARGHHH!!!"

Mengerang kesakitan kedua - dua sahabat itu bila belakang badan mereka dilekapkan dengan benda panas sejak mereka berdua sedar dua jam yang lalu.

Tak cukup dengan benda panas, tali cemeti pula di libas pada belakang kedua - duanya.

Cu hanya melihat sahaja seksaan demi seksaan yang dilakukan pada Hayrren dengan EL ini. Dia sedang enak bersantai menghisap rokok. Malah senyuman sinisnya terpamer di bibir saat melihat konco - konconya menyeksa Hayrren dan EL itu.

Luna meraung melihat keadaan Hayrren dan EL yang terlihat sudah mulai lemah. Mulut ingin menjerit tetapi tidak keluar kerana telah diikat. Sama juga dengan Imah. Gadis itu sudah tersungkur tidak sedarkan diri ditepinya akibat terkejut dengan kenyataan adiknya sudah meninggal. Dia tidak mempercayai. Lantas Cu mengarah kan konco - konco nya yang lain untuk membawa tubuh kaku Ika ke hadapan Imah.

Tidak berkelip mata Imah memandang wajah adiknya yang sudah kebiruan itu.

"Sorrylah adik kau jadi macam ni... Maybe masa tu aku 'termain' kasar sikit dengan dia... Sebab tu kot dia tak tahan... Sorry ok..." Ujar Cu bersama wajah yang sengaja dipamerkan sedih.

Kata - kata Cu langsung tidak masuk ke dalam telinganya. Tubuh kaku tidak bernyawa itu dipandang lagi. Sehingga lama kelamaan matanya kabur dengan air mata.

'Maafkan akak Ika... Maafkan akak... Akak tak mampu nak selamatkan Ika... Maafkan akak Ika...' Meraung - raung Imah ditepi Luna.

Adiknya yang dijaga dan ditatang dengan penuh kasih sayang akhirnya pergi dalam keadaan yang mengerikan. Dan penyebabnya adalah Cu! Manusia berhati iblis!

Imah meronta - ronta ingin melepaskan diri. Dia hilang kewarasan berfikir. Kaki konco - konco Cu di tepinya disepak secara rambang. Luna berusaha untuk tenangkan Imah. Begitu juga dengan EL dna Hayrren. Mereka berdua hanya mampu melihat saja kerana kedua - dua ebalh tangan mereka di ikat ke atas. Tambahan pula rasa pedih dan perit menjalar dibelakang tubuh mereka saat ini.

Satu tamparan padu dari salah satu konco Cu hinggap di wajah Imah. Mungkin tidak tahan bila disepak sebegitu. Terus Imah tersungkur tidak sedarkan diri di tepi Luna. Pipi Imah mula naik lebam.

Cu bangun dari tempat duduknya. Dia mengarah untuk membawa jasad kaku Ika dan diletakkan ditengah - tengah. Di antara Hayrren, EL dan Luna dan Imah. EL dan Hayrren berada di sebelah kiri. Manakala Imah dan Luna berada disebelah kanan.

Mata EL dan Hayrren terpejam saat melihat jasad kaku adik Imah hanya dibaluti dengan guni yang menutupi bahagian tertentu sahaja. Jatuh air mata lelaki bila melihat keadaan gadis tidak berdosa ini!

Sungguh kejam manusia bernama Cu ini!

"Arghhh!!" Sekali lagi Hayrren mengerang kesakitan bila Cu mencucuh puntung rokok pada lukanya.

"Kata tentera... Kena sebat sikit dah meraung tak ingat dunia..." Ejek Cu. Dia mengelilingi tubuh Hayrren dan EL sehinggalah dia berhenti di sisi tubuh Hayrren. Rambut Hayrren dicengkam dan memaksa lelaki itu mendongak memandang wajahnya.

"Kau nak dengar satu cerita tak... Cerita 8 tahun lepas..." Ujar Cu sambil mengetuk dagunya. Rambut Hayrren makin kuat dicengkam dan membuatkan Hayrren mendesis kesakitan kerana kulit kepalanya hampir tercabut saat itu.

Sengaja pura - pura mengingat kisah 8 Tahun dulu...

Kisah silam 8 tahun dulu mula tersingkap...

Apa kisah yang Cu dah buat dekat Hayrren ya... 8 Tahun dulu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience