DARI KEJAUHAN Hayrren melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sangat dikenali sedang menunggu dirinya. Dia pantas melangkah ke arah lelaki tersebut.
"Abang Fay..." Bahu lelaki itu di tepuk dari belakang.
Fay pantas menoleh ke belakang. Wajah tampan adiknya menghiasi pandangan matanya.
"Herry..."
Mata Fay sudah mula berkaca melihat kehadiran adiknya di hadapannya ini. Tubuh tinggi adiknya terus ditarik ke dalam pelukan. Rindu pada adiknya ini tidak terbendung lagi.
"KAU sihat Herry?" Tanya Fay pada adiknya. Tipikal soalan seorang abang pada adiknya. Adik yang bertahun - tahun tak ditemui sejak ambil oleh babah mereka 8 tahun lalu.
"Sihat aje bang... Abang Fay macam mana? Sihat tak? Herry nampak badan abang makin hari makin mengembang aje..." Usik Hayrren.
Tergelak kecil Fay dengan usikan adiknya.
"Aku... Biasalah... Dah jadi bos kan... Mestilah sihat... Takkan tak sihat pulak..." Mula dah Fay dengan loyar buruknya.
Fay kalau dengan loyar buruk, berpisah tiada...
"Mama macam mana abang Fay... Sihat tak..." Perihal mama mereka pula disentuh.
"Mama okay aje... Tapi tulah... Sakit sikit - sikit tu adalah... Biasalah... Orang tua... Sebab tulah dia bagi aku jaga butik dia tu sekarang..." Ujar Fay dengan tenang.
"Bagus lah abang Fay ambil alih butik mama tu... Abang Fay kan ada bakat dalam bidang yang abang ceburi sekarang..." Hayrren menyokong penuh minat abangnya.
"Terima kasih atas sokongan kau... Kau hargai...Tapi satu aje yang aku tak berkenan dengan kau ni..."
"Apa dia bang?" Cemas Hayrren bersuara. Tadi okay aje sampai berloyar buruk bagai. Aku ada salah cakap ke apa?
"Cara panggilan kau tu dekat aku...'Abang Fay - Herry' ... Geli tau tak... Ada baik kau guna panggilan 'kau - aku' aje... Takdelah aku rasa yang aku ni macam sugar brother kau..."
Kahkahkah!
Tergelak besar Hayrren mendengar ayat loyar buruk abangnya ini hingga menarik perhatian orang dari meja sebelah.
8 tahun tak berjumpa, tapi perangai Fay yang satu ini langsung tak berubah.
" Aduilah... Abang Fay ni... Buat Herry sakit perut ajelah..." Hayrren masih lagi sisa ketawanya.
Fay memandang wajah adiknya bersama senyuman lebar. Adiknya ini sudah banyak berubah. Dari gaya percakapan, tutur kata dan lagaknya sudah berubah sama sekali. Herry yang berada di hadapannya ini bukan lagi Herry yang dulu.
"Masa dalam tentera dulu, Herry ada belajar sesuatu... Di mana pun kita berada... Sikap hormat - menghormati mesti ada dalam diri kita... Terutama pada orang yang lebih tua dari kita..."
Garu kepala dah si Fay ni bila mat terap buka ceramah. Menyesal pula dia bukak topik ni tadi!
Tapi serius dia tengok, adiknya sekarang dah bersikap lebih matang. Terima kasih pada babah mereka kerana telah berjaya membentuk Hayrren menjadi manusia lebih berguna.
"Ok... Cukup bahas topik ni... Lama - lama nanti... Jadi bosan pulak... Sekarang Herry nak mintak tolong abang sesuatu boleh..." Pinta Hayrren.
Aik! Lain macam aje adik aku ni!
"Nak mintak tolong apa?"
Hayrren mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Sekeping gambar disuakan kepada Fay. Fay mengambil gambar itu dan menilik gambar itu dengan teliti.
Membesar matanya bila wajah seseorang yang amat dikenalinya.
"Cu..."
"Ya... Orang dalam gambar ni adalah Cu..." Hayrren turut mengiakan.
"Bukan ke budak Cu ni hilang kan diri masa babah masukkan Herry dalam pusat pemulihan dulu..."
Selama 8 tahun ni, muka Cu langsung tak kelihatan di kampung setelah Hayrren dimasukkan ke pusat pemulihan. Malah waktu itu, dia berjaya melarikan diri dari kawalan polis kerana memiliki dadah jenis mathamphetamine (crystalline) yang menjadi pilihan remaja bawah umur dari dulu hingga sekarang.
"Ya... Dia larikan diri dari kampung dan sekarang dah jadi pengedar terbesar dadah jenis ni..."
"Hah? Apa?"
Bulat mata Fay mendengar cerita adiknya.
Ya Tuhan... Betulkah apa yang diceritakan oleh adiknya ini...
Cu sekarang dah jadi salah seorang pengedar benda haram ini... Cu... Cu... Apa nak jadi dengan kau ni...
"Herry harap sangat... Kalau nampak dia ni masuk kampung kita... Tolong maklumkan segera dekat Herry... Herry tak nak apa yang pernah terjadi dekat Herry dulu... Jadi dekat orang lain pula..." Mendalam sungguh ayat Hayrren kali ni. Macam ada benda yang tak kena aje.
" Baiklah... Kalau ada info pasal budak ni... Abang Fay akan maklumkan segera dekat Herry... "
" Ada sesuatu lagi Herry nak bagitau abang... "
" Apa? "
Ada lagi rupanya... Ingat dah habis tadi...
" Herry dah jumpa Luna... Dan Herry tahu dia dekat mana sekarang..."
"Hah? Apa?"
"ABANG... BOLEH LAH bagi adik kerja balik... Adik bosanlah duduk rumah..." Rengek Luna pada abangnya sebaik melihat kelibat abangnya turun dari tingkat atas. Kelihatan Ochey segak mengenakan kemeja berwarna biru laut bersama seluar slack warna hitam.
Menjadi salah satu penjawat awam yang memegang jawatan sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat adalah bidang yang di minati sejak dari bangku sekolah lagi. Malah isterinya sendiri adalah seorang pengusaha restoran dan juga salah seorang sukarelawan yang membantu gadis - gadis yang senasib dengan adiknya.
Ochey yang mendengar rengekan adiknya hnaya buat tidak tahu sahaja. Isterinya yang berada di dapur hanya menggeleng kepala sahaja melihat gelagat kedua beradik itu.
"No... Abang tak izinkan..." Bantah Ochey.
"Abang please... Kalau abang tak bagi adik kerja pun... At least bagi lah adik balik rumah adik... Kejap pun jadi lah... Please abang... Please..." Luna mula membuat reaksi comelnya. Mana lah tahu abangnya cair dengan reaksi comelnya ini.
"No... Itu pun abang tak izinkan..."
Terus berubah cemberut muka bila rayuan nya tak dilayan.
"Akak..."
Tak dapat di rayu abang, kakak iparnya pula menjadi mangsa.
"Akak tak nak masuk campur..." Awal - awal lagi Yanie sudah menolak. Dia tidak mahu memberi keizinan. Nanti tak pasal - pasal kena ceramah dengan suaminya pula.
"Hish... Payah macam ni... Masuk hari bilik lagi bagus..." Rengus Luna lalu terus melangkah laju menaiki tangga menuju ke biliknya. Berdentum pintu bilik ditutup.
"Tengok tu merajuk dah dia... Awak punya pasal lah ni..." Wajah selamba Ochey di sebelah di jeling tajam.
"Alah... Tak lama pun merajuk dia tu... Nanti okay lah balik..." Mudah aje si Ochey ni beri jawapan.
Yanie hanya mendiamkan diri. Nutella di sapu kasar ke roti keping.
Ochey yang melihat tanda protes isterinya itu pantas bersuara,
"Yelah... Yelah... Nanti saya balik kerja... Saya pujuk dia... Ok sayang?"
Melebar terus senyuman Yanie mendengar jawapan suaminya.
"Abang pergi dulu... Nanti lewat pula masuk office..." Ujar Ochey sambil menghabiskan minuman di cawan.
"Yelah... Hati - hati pergi kerja tu awak..."
Ochey hanya mengangguk sebelum mencapai helmet dan kunci motor.
Ada kereta, nak juga bawa motor...
Kata Ochey,
"Malas naik kereta... Lekat jem nanti... Motor senang... Boleh cilok sana, cilok sini..."
Sudahnya, Yanie hanya mendiamkan diri sahaja bila ada saja jawapan yang Ochey bagi.
Janji jangan merempit sudah... Tak pasal - pasal balik rumah nanti kena hempuk dengan periuk nasi...
Share this novel