HAYRREN DUDUK di sisi katil Encik Ngan sambil merenung wajah tua yang sedang terlena itu. Mungkin kesan dari ubat yang di masukkan tadi membuatkan Encik Ngan kembali terlena.
Mujur jugalah keadaan Encik Ngan kembali stabil. Mengikut apa yang dikatakan doktor yang merawat Encik Ngan, lelaki pertengahan umur itu mengalami keletihan dan kurang rehat. Sebab itulah badannya menjadi lemah dan boleh jadi pengsan seperti tadi. Mujur juga keadaan jantung Encik Ngan berada dalam keadaan baik.
Doktor itu juga berkata, kalau tiada apa-apa masalah, Encik Ngan boleh keluar wad esok harinya.
Getaran telefon pintar di poket jeansnya mengejutkan Hayrren yang sedang ralit memerhatikan Encim Ngan. Dia bergegas keluar dari wad dan meninggalkan Encik Ngan sendirian sebentar. Dia mencari ruang yang agak jauh dari orang ramai.
Setelah memastikan tiada orang yang lalu lalang di situ, barulah panggilan telefon di jawab. Ikon hijau di skrin telefon pintar di gesek.
"Helo..." Jawab Hayrren.
"Helo bro..." Suara garau EL dari talian sebelah menjawab.
"Ada apa?" Seperti biasa, Hayrren menanya dengan agak kasar sedikit.
"Aku ada sesuatu penting nak bagitau kau ni..." Ujar EL.
"Aku tahu... Bagi alamat korang sekarang... Aku ke sana nanti..." Belum pun EL memberitahu, Hayrren sudah memotong.
Setelah mendapat alamat yang diberikan EL, talian terus diputuskan. Member talian sebelah belum sempat lagi nak bersuara, dia dah putuskan talian. Hampeh betul si Herry ni!
Selesai menjawab panggilan, dia kembali semula menuju ke wad menempatkan Encik Ngan. Dia terserempak dengan Fay, Puan Mei dan Puan Fari ketika sampai di hadapan wad Encik Ngan.
"Kau dari mana Herry?" Tegur Fay bila dilihat adiknya tiba - tiba muncul dari arah yang agak tersorok dari orang ramai.
"Oh... Herry jawab phone tadi... Tak boleh jawab phone dalam wad... Tu yang cari tempat agak tersorok sikit..." Jawab Hayrren.
Fay mengganguk faham.
"Herry keluar dululah... Mak Mei dengan mama dah ada..." Memandangkan ketiga - tiga mereka ada di sini, dia terus minta izin.
" Kamu nak ke mana Herry? " Soal mamanya. Matanya menyoroti kelakuan anaknya yang agak kelam kabut itu. Naik hairan hatinya.
" Err... Herry nak jumpa kawan sekejap... Ada hal penting... "Jawab Hayrren bersama wajah yang sedikit tegang. Sekejap dia mengerling jam di pergelangan tangan.
" Dah lambat ni... Herry pergi dulu... Malam nanti... Herry datang semula temankan Bah Ngan..." Sempat lagi dia bersuara sebelum langkah panjangnya menapak keluar dari kawasan hospital.
"Pelik betullah mama dengan adik kamu ni... Baru dua hari balik... Dah ada kawan dekat sini..."Omel Puan Fari perlahan.
Yelah... Logik jugak... Bertahun - tahun tak balik kampung... Tup - tup... Dah ada kawan... Kalau kawan baik tu... Takpe lagi... Jangan kawan yang merosakkan sudahlah... Tak cukup tanah si Herry tu lari kena perhambat dengan Puan Fari...
Fay hanya menjungkit bahu sahaja tanda tidak tahu. Padahal, dia tahu ke mana hala tujuan adiknya. Tapi saja dia malas ambik port. Dan dia dah berjanji untuk tidak memberitahu sehingga Hayrren sendiri yang akan memberi tahu nanti.
"Dah lah tu kak... Berhenti lah bebel tu... Jom kita masuk ke dalam pulak..." Puan Mei pantas mematikan omelan kakaknya. Dia sudah masuk ke dalam diikuti oleh Puan Fari dengan Fay dari belakang.
"NI... KAU TENGOK..."
Sebuah fail berwarna hitam dicampak di atas meja kopi. Tangan Hayrren pantas mencapai fail hitam itu lalu dibuka satu persatu.
Kesemua mereka yang berada di situ memerhati tingkah Hayrren yang tekun meneliti isi kandungan fail hitam tersebut.
" Aku dapat info dari informer aku yang sindiket ni memang aktif dekat kawasan kampung kau ni... Aku tak tahu sindiket apa yang diorang buat... Tapi yang pasti... Diorang ni memang berbahaya..." Ulas EL setelah melihat Hayrren selesai meneliti isi kandungan fail hitam itu.
"Kau nak tahu dalang di sebalik semua ni siapa?"
"Aku tahu... Cu kan?"
"Yup!"
Dah agak dah! Mesti semua ni kerja jahat si Cu. Dari jadi pengedar dadah sampai lah menganggotai sindiket ini.
"Aku dah agak... Mesti kerja haram si Setan ni..." Hamun Hayrren perlahan tetapi sempat singgah di telinga Khai.
"Sorry bro kalau aku mencelah... Aku nak tanya kau sikitlah... Kau kenal kan si Cu ni... Tapi dari firasat aku... Kau tak kenal gitu - gitu aje kan dengan dia... Mesti ada sesuatu yang cuba kau sorok dari kami semua tentang si Cu ni..."
Berubah wajah Hayrren bila di soal begitu. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa gugupnya.
" Ada sesuatu yang kau tak nak share dengan kitorang ke? " Zam pula bersuara. Dia pun rasa ingin tahu seperti rakan - rakannya yang lain.
" Tak semua rahsia boleh di beritahu bro... Andai ada masa suatu hari nanti... Korang akan tahu jugak apa yang pernah terjadi... Buat masa sekarang... Biarlah menjadi rahsia dulu..." Tegas Hayrren bersuara.
Terdiam mereka yang berada di situ bila mendengar ayat padu keluar dari mulut Hayrren tadi. Tu lah... Sibuk sangat hal orang! Kan dah mendapat!
Dia bangun dari tempat duduknya.
" Oklah... Perbincangan kita selesai dekat sini... Esok kita berkumpul semula... So sekarang, aku nak blah dulu..." Tanpa menunggu respon dari sahabat - sahabatnya, dia melangkah keluar dari homestay yang di sewa khas untuk sahabat - sahabatnya selama seminggu ini.
Sebelum keluar, sempat lagi bersuara,
" Tapi ingat... Biarlah rahsia itu aku sendiri yang membongkarnya... Bukan dari mulut orang lain... Faham..." Ujarnya sebelum berlalu dari homestay tersebut. Meninggalkan mereka tercengang - cengang dengan reaksinya yang pergi begitu sahaja.
Ya.. Apa yang di katakan oleh Hayrren tadi ada betulnya. Kadang - kadang ada rahsia yang tak boleh diungkap. Hanya di simpan dan di pendam sahaja di dalam hati.
Terpulang tuan empunya badan untuk mengungkap atau tidak...
Share this novel