MENDENGUS GERAM LUNA melihat satu figura lelaki yang amat dibenci bersama beberapa orang lelaki sedang menjamu selera di restoran kakak iparnya. Siapalah lelaki yang paling dia benci kalau bukan Hayrren, anak iblis itu!
Amboi! Luna... Mulut!
"Kak Nita!!!"
Niatnya untuk berpatah balik terbantut bila suara jeritan July memenuhi ruang restoran sehingga menarik perhatian beberapa orang lelaki yang duduk berhadapan anak iblis itu.
Hish budak kepoh ni! Terjerit - jerit macam monyet! Kan tak pasal - pasal anak iblis tu dah pandang aku! Rungut Luna. Dari ekor matanya, dia dapat menangkap yang panahan mata Hayrren masih lagi melekat di wajahnya.
Kalau tak disebabkan ramai customer, dah lama budak July kena hempuk dengan dia! Mulut kepoh sangat!
Jeritan si July tadi turut menarik perhatian Yanie yang berada di bahagian belakang.
"Kenapa jerit - jerit ni July? Malu lah orang tengok..." Tegur Luna sebaik sahaja si budak kepoh menghampiri dirinya.
"Oppss... Sorry Kak Nita..." July menekup mulutnya sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Dah terlambat kau nak tutup mulut pun... Kau punya jerit sampai ke luar sana boleh dengar... Tapi ayat itu hanya boleh dikatakan di dalam hati. Kalau cakap depan - depan karang, ada jugak yang merajuk berhari - hari sampai tak masuk kerja...
"Kak Nita apa khabar?" Seperti biasa, July dengan perangai busybodynya. Kalau bukan kepoh plus busy body, bukan July namanya!
"Kakak okay aje..." Ringkas Luna menjawab. Dia sudah tidak betah berdiri lama - lama di situ bila dilihat pandangan Hayrren masih melekat pada dirinya.
July ingin bersuara lagi tetapi pantas dicelah oleh Yanie dari belakang.
"July... Dekat belakang tu banyak kerja... Pergi tolong dekat belakang..." Arah Yanie.
July hanya mengangguk faham bila bos besar bersuara. Pantas dia melangkah pergi dari situ walaupun di dalam kepala banyak soalan yang belum diutarakan kepada Luna. Melihat wajah tegang Yanie, dia berlalu juga ke bahagian belakang restoran.
Fuh! Luna menarik nafas lega bila Yanie datang tepat pada masanya.
Tapi itu hanya seketika. Perasaan nya kembali tak keruan bila teringat akan anak iblis itu! Kalau diikutkan hati, nak saja dia menghalau keluar si Hayrren dari restoran ini. Tapi disabarkan hatinya. Lagipun dia tak terasa terancam bila berada di tempat awam ini. Lebih - lebih lagi ada Yanie. Sedikit sebanyak melunturkan sedikit perasaan cemasnya.
Argh! Pedulikan dia... Kalau dia berani buat macam - macam dekat aku... Aku akan call polis... Tak kisah lah kau askar ke... Bomba ke... Kalau dah perangai setan... Hui! Kaw - law Luna memaki hamun Hayrren dalam hati... Ini baru dalam hati... Kalau depan - depan... Silap haribulan bernanah telinga Hayrren dengar makian Luna...
"Luna nak minum dulu ke... Akak boleh suruh staff buatkan..." Tanya Yanie.
Luna hanya menggeleng kepala sahaja. Sejak berada di tahun akhir pengajian, Luna berhenti dulu dari membuat kerja part timenya sebagai staff restoran kakak iparnya. Dia sekarang hanya fokus pada pengajian yang tinggal beberapa bulan aje lagi.
"Tak pelah kalau macam tu... Akak ke belakang dulu..."
Tak jadi Yanie mahu melangkah bila lengannya dipaut oleh Luna.
"Temankan Luna dekat sini please... Temankan Luna sampai abang Ochey sampai..." Rayu Luna sambil membuat muka kesian.
"Hmm... Yelah... Akak temankan..." Putus Yanie. Dia kembali duduk di sisi adik iparnya. Sedari tadi, matanya banyak kali menangkap pandangan Hayrren pada Luna langsung tak beralih. Mata lelaki itu sentiasa mengekori langkah Luna kemana saja gadis itu melangkah.
Dia tahu, Hayrren masih berusaha mahu mendekati Luna lagi walaupun dilihat teragak - agak tingkahnya. Mungkin pemuda itu tidak mahu gadis itu mengamuk seperti sebelum ini. Jadi dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja.
Pada masa yang sama juga, Hayrren sering mengintai wajah Luna dari tempat duduknya. Tingkahnya itu mendapat perhatian beberapa orang rakannya yang sedang menjamu selera.
Mereka - Khai, Satish, Hong dan Zam memandang Hayrren dengan pandangan pelik. Kecuali EL! Lelaki itu selamba sahaja menikmati makanannya dan tidak menghiraukan pandangan pelik sahabat - sahabat nya pada Hayrren.
"Kau dah kenapa Herry? Dari tadi aku dok perhati kau asyik tenung awek dekat kaunter tu..." Tegur Khai sambil memandang ke arah kaunter dengan diikuti oleh rakan - rakannya yang lain.
Berdehem Hayrren bila terkantoi dengan rakan - rakannya. Dijeling EL di sisi yang sedang asyik dengan makanannya. Ceh! Boleh pulak dia pulun makan. Bukan nak tolong member! Kan dah terkantoi dengan budak berempat ni! Hampeh punya kawan!
"Takde apalah... Saja aje aku pandang dia... Bukan ada apa pun..." Cepat - cepat Hayrren berdalih. Air jus oren di sedut laju.
"Yeke ni?" Soal Zam pula dengan nada curiga.
"Yelah... Takkan aku tipu pulak..." Hayrren membalas.
"Dahlah... Korang semua dah siap makan... Jom kita blah dari sini..." Terburu - buru Hayrren bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rungutan dari rakan - rakannya. Tapi mereka bangun juga dari tempat duduk masing - masing dan terus membuntuti langkah Hayrren yang sudah menuju ke arah kaunter.
Perlahan - lahan Luna menyembunyikan tubuhnya di belakang Yanie bila melihat kelibat Hayrren bersama beberapa orang rakannya sedang menuju ke arah kaunter.
"Kira semuanya kak..." Khai bersuara. Hari ini dia bermurah hati untuk membelanja rakan - rakannya makan di restoran milik Yanie.
Yanie mengira makanan dan minuman yang dipesan.
"Semua sekali RM45.00 saja..."
"Wah... Murah..." Khai menghulurkan beberapa keping not 10 dan sekeping not 5.
Yanie menyambut wang dihulur bersama senyuman.
"Terima kasih... Sila datang lagi..."
"Mesti... Kami akan datang makan sini lagi... Makanan nya pun sedap - sedap..." Ujar EL pula sambil melirik ke arah Hayrren yang masih lagi mengintai wajah Luna yang menunduk di belakang Yanie.
"Terima kasih..."
"Dah jom bro... Kawan - kawan tengah tunggu kat luar tu..." Tanpa banyak soal, bahu Hayrren di sauk rapat lalu ke dua - duanya keluar dari restoran tersebut.
Melihat kelibat kesemuanya hilang dari pandangan, barulah Luna mara ke depan pula.
"Luna okay tak ni?" Soal Yanie sedikit cemas.
Yelah... Mana tak cemasnya bila menyorok belakang orang dengan wajah pucat pulak tu. Mana orang tak risau.
Luna hanya memberi tanda ok menandakan dirinya baik - baik sahaja.
KERIUHAN SUARA DARI KEEMPAT - EMPAT sahabatnya menyanyi lagu melalui radio yang dipasang tidak langsung menganggu konsentrasi nya. Dijeling EL disebelah.
Hai! Dah gaya rupa ular sawa dah dia tengok! Siapa tak kenal EL! Lepas makan, mesti terlentok mengantuk. Nasib badan masih kekal maintain. Peduli apa dia kalau sahabat - sahabatnya nak melalak dalam kereta. Janji jangan kacau masa dia tengah nak terlentok sudah!
Kata - kata EL terngiang - ngiang di dalam kepalanya.
Dia harus membuat sesuatu agar dapat berjumpa dengan Luna. Apa cara sekali pun, dia akan lakukan! Demi Luna!
Share this novel