TERSENYUM SENANG LUNA saat mendengar khabar yang Hayrren kembali semula ke markas tentera. Katanya ada hal mustahak. Argh!! Malas dia nak ambil tahu.
Terasa aman hidupnya bila lelaki itu tiada di sini. Kalau tidak, terasa sesak nafas nya bila hampir setiap hari lelaki itu bertandang ke rumah orang tuanya ini. Mahu dihalau, dia mendapat jelingan tajam dari mak. Penyudahnya, dia hanya membiarkan sahaja asalkan jangan ganggu dirinya. Kalau ganggu jugak, tahulah dia mahu mengajarnya macam mana.
"KAMU CUTI sampai bila?" Tanya Puan Mei kepada anak perempuannya. Ketika ini mereka sedang menyiapkan makan tengahari. Ochey dan Yanie serta anak mereka Ayyan sudah kembali semula ke bandar kerana tuntutan tugas masing - masing.
Luna yang sedang mengupas bawang merah menjawab.
"Sampai bulan depan..."
"Lamanya kamu cuti..."Seru Puan Mei. Tangannya sibuk mengacau sup ayam di atas dapur manakala matanya terarah ke gelagat anak perempuan nya yang beralih ke arah sayur sawi pula.
" Tak lama pun... Lagi dua minggu genaplah sebulan... " Ujar Luna sambil tersenyum nipis. Sayur sawi di potong mengikut ukuran.
"Lagipun... Luna nak luangkan banyak masa dengan mak... Dengan abah..." Terkejut Puan Mei bila terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. Entah bila masa lah budak Luna ni ada belakang dia.
"Hish kamu ni... Terkejut mak... Ingatkan siapa tadi..." Rungut Puan Mei. Luna mengekek suka melihat wajah cuak ibunya. Puan Mei menjeling tajam dengan gelagat nakal si anak perempuan yang masih tidak berubah.
"Luna nak bayar semula masa Luna yang banyak terbazir selama 8 tahun ni..." Ujar Luna sambil memeluk tubuh ibunya kembali.
"Yelah... Kalau itu cakap kamu... Mak ikut aje.." Puan Mei memberi kata putus. Wajah anak perempuannya yang terlentok manja di bahunya di usap perlahan.
"APA SEMUA NI Hayrren?" Tanya Tuan Lukaman keras. Fail hitam yang berada di tangan dicampak kasar dihadapan Hayrren yang berdiri tegak dihadapannya.
Berselerakan keluar isi yang berada dalam fail hitam itu.
Isi yang terkeluar dilihat sekilas. Membuntang biji matanya melihat salah satu isi kandungan fail yang terkeluar itu. Rekod peribadinya!
"Kau tahu tak apa yang akan terjadi bila benda ni terbongkar?" Soal Tuan Lukaman lagi. Matanya tajam menikam wajah Hayrren yang kelihatan merah padam itu.
Hayrren hnaya membungkam bila di soal begitu. Dia tahu apa akan terjadi sekiranya benda ini terbongkar dan tersebar luas.
" Kamu akan dikenakan tindakan tatatertib tahu tak..." Jerkah Tuan Lukaman sehingga bergema ruang pejabatnya.
"Sekarang... Dengan rasa hormatnya... Saya akan keluar kan kamu dari misi ini..."
"Tuan..."
Terangkat kepala Hayrren saat mendengar arahan ketuanya.
"Sebagai hukuman... Kamu tidak dibenarkan menjalani sebarang latihan atau pun sebarang misi selama tempoh yang ditetapkan..." Tuan Lukaman mengeluarkan arahan. Dan arahan itu menyebabkan Hayrren hampir rebah.
"WHAT?? Herry dikeluarkan dari misi?" Hampir jatuh rahang Khai saat mendengar berita keluar mulut rakannya Zam sebentar tadi. Dia mengeluh keras.
Patutlah pagi - pagi lagi Hayrren sudah bertolak balik ke kem ditemani EL. Rupanya ini penyebabnya.
"Kes apa yang Herry buat sampai dia dikeluarkan dari misi ni?" Soal Satish curiga. Wajah Zam di pandang curiga. Bukan dia sahaja. Hong dan Khai juga turut memandang dengan riak yang sama.
Zam hanya menjongket bahu sahaja tanda tidak tahu. Dia pun tadi dapat berita lewat panggilan dari EL.
Mereka semua menekur dan mendiam diri.
Sungguh! Hati keempat - empat lelaki ini tidak memahami apa yang telah terjadi pada sahabat mereka. Mereka berkawan rapat dengan Hayrren tapi tak semua tentang Hayrren mereka berempat ketahui. Kisah silam Hayrren juga langsung tak diketahui. Hanya EL seorang sahaja tahu kisah tersebut.
Share this novel