65

Romance Series 137352

“Selamat pagi Daniel”

Daniel hanya membalas dengan senyuman biasa. Datang-datang dia sudah disapa oleh Alia. Awal pula gadis itu datang ke pejabat.

“Daniel, awak dah sarapan?”

“Dah…”

“Maya masak ke?”

Daniel menyimpan senyuman sebaliknya memberi senyuman tawar.

“Haah, Miss Maya masakkan” Daniel menekan ayatnya.

Hal luar tidak sama dengan hal pekerjaan. Lebih baik hormat menghormati mengikut masa dan tempat terlebih dahulu.

“Bukan Miss Maya pergi balik kampung ke?”

“dia baru bertolak tadi, kenapa?”

“ouhh tak ada apa-apa. Tak sangka orang tua boleh bangun awal..” Alia tersenyum mengejek.

“isteri saya baru 32.. tak tua sangat.. malah dewasa dan sentiasa matang”Pedas ayat Daniel memberi.

“Ouhhh… okay. Ingat nak ajak awak sarapan”

Daniel diam. Tidak membalas apa-apa. Tangannya sudah mula bekerja. Mencari hasil kerja yang dia buat dan lakarkan untuk semalam.

Senyumannya kembali terselah apabila melihat satu lakaran yang dibuat olehnya.Mempunyai lukisan atau lebih lagi lakaran katil bayi yang bercorak cantik.

Daniel mengambil pensel untuk menconteng kertas lakarannya.

Yusuf Izqian

Katil khas untuk anak daddy..

Daniel memandang lakaran katil yang dilukis olehnya mengambil masa satu bulan untuk disiapkan. Tidak sabar mahu menempah dikilang. Dia sudah habis beribu-ribu hanya untuk katil bayi.

“Daniel..”

Daniel memandang Alia yang menyerahkan fail kepadanya. Diambil fail itu lalu ditilik. Sepertinya tidak ada kena mengena dengan hal pekerjaan.

“Rumah saya dah dijual..”

“Jadi?”

“Daniel saya--”

“Maaf, bukan saya tidak bermaksud untuk buat awak macamni.. tapi isteri saya tidak benarkan. Lagipun tidak elok awak dalam rumah tangga kami” Kata Daniel.

“awak tak kesian dekat saya ke? Awak tak perlu nak minta izin isteri awak.. awak suami Daniel. Awak berhak atas semuanya”

“Betul, memang saya suami.. tapi kalau mahukan rumahtangga bahagia, masing-masing perlu bertolak ansur, dan rumah tu bukan rumah saya tapi rumah Maya” UjarDaniel.

“Habistu saya nak tinggal dekat mana? Duit dah la tak ada” Alia memuncungkan bibirnya.

Mana pula dia mahu tinggal di kawasan yang masih lagi baru baginya?

Daniel mengurut dahinya.Tak ada duit? Sedangkan pangkat kerja lebih kurang macam Irfan.Walaupun dia sudah naik pangkat, tapi rasanya gaji yang dimilikinya dulu boleh tahan tinggi juga.Cuma sikap Alia sahaja yang dikatakan ‘pemalas’.

“Awak habiskan beribu-ribu untuk beli baju, lagipun gaji kita mahal.. saya pasti awak boleh sewa kondo berdekatan. Takpun rumah kampung.. itupun murah” saran Daniel.

*

“sedap pula kedai ni” Puji Irfan yang memakan makanan yang dipesan olehnya.

“Baru buka katanya”Amira mencampur.

Kedua-dua menikmati makan tengahari mereka. Cuaca tidak terlalu panas. Mungkin kerana mahu hujan.

“Aisya duduk rumah mak you ke?” Tanya irfan.

“Haah, mak I tak bagi tinggal dekat pengasuh.. sama je dia dengan Miss Maya”

“hahahah biasalah, sayang kan.. Aisya tu baik , comel pula tu” Irfan ketawa kecil.

“dengan korang dia baik lah, bila dengan I.. nak bagi tidur malam kena lari satu rumah dulu, baru boleh tidur” Beritahu Amira.

Irfan ketawa membayangkan gadis kecil itu berlari dikejar oleh sang ibu. Kanak-kanak yang mahu membesar, banyak perubahan dan kelakuannya.

Begitulah perlakuan dia dulu agak-agaknya? Bagimanalah ibu dahulu. Pasti letih dengan dirinya. Tetapi kasih sayang keluarganya lah yang paling membuatkan dia bersyukur.

Irfan memandang sayu wajah Amira. Gadis itu kelihatan seperti biasa. Tapi disebaliknya keletihan yang menimpanya.Seorang diri perlu membesarkan anak dan mendidik anak.

Itu bukan perkara yang mudah untuk dilakukan oleh seorang wanita. Bermula dengan bekerja siang malam untuk mencari duit keperluan, dan menjaga serta menguruskan hal rumah.

“Fan.. kenapa tak makan?” Amira memecahkan keheningan.

“erk erkhem… rasa macam dah kenyang” Pinggan ditolak kedepan.

“Laa… tadi bukan kata lapar sangat ke?”

“entahla.. tiba-tiba kenyang tengok you”Kata Irfan tanpa sedar.

Amira membulatkan matanya mendengar ayat yang dilontarka irfan.Jantung yang normal tiba-tiba berdengup laju. Amira melihat Irfan yang menayangkan sengihan nakal kepadanya.

”lawak sahaja ma..”

“Ish you ni, janganlah main-main.. menangis saya siang malam kang..”

“Kenapa pula awak nak menangis?”

“Bukan senang nak mencari penggantinya, satu pun dah trauma.. lagi-lagi dah ada anak sekarang. Its not easy untuk terima seseorang yang baru"

*

“Jadi kau percaya cakap ummi?”

Maya memandang Zafril yang sedang memandu kereta disebelahnya. Maya memeluk tubuhnya. Kening dikerutkan. Rasa kecewa, marah semua ada.

“Maya..”

“aku tak tahula.. tapi ummi dah besarkan aku selama 32 tahun, tak mungkin ummi tipu”Balas Maya.

“baguslah tu.. Kau patut bersyukur ummi yang selamatkan kau dekat lapangan kapal terbang time tu. Aku betul-betul nak balas jasa ummi” Zafril tersenyum mengingati wanita tua yang dijumpainya.

“Makin baik nampak..”

“eh? Aku memang baik apa? Tengoklah abang siapa..”Zafril mengerling sekilas Maya yang berada di sebelahnya.

“eleh.. dulu bukan main--”

“Sudahlah! Tu dulu la…” Zafril segera memotong percakapan Maya. Malas mahu bertengkar dan mengingati masa lalu. Maya ketawa besar melihat riaksi Zafril.

“you know what.. dulu pun aku cintakan kau, sangat!.. bilik asrama penuh dengan gambar kau yang aku lukis. Siap membayangkan kita berdua dengan anak-anak kita..” Maya tersenyum mengingati zaman percintaannya pada Zafril.

“teruk sangat tu” Komen Zafril.

“haah, memang teruk.. kau nak tahu.. aku selalu mengendap kau pergi makan lepastu main bola kau pergi library study”

“yang paling aku suka tengok cara kau makan.. terlalu sopan” Puji Maya membuatkan Zafril ketawa kecil.

“tapi lepas je aku jujur tentang perasaan aku, kata-kata hina kau buat aku sakit dan takut nak mempunyai suami atau kekasih”Senyum Maya hilang.

“jadi ini sebab kau tak kahwin sampai sekarang?”

Maya mengangguk lalu bermain jari-jarinya.

“aku minta maaf kalau ayat aku betul-betul sakitkan hati kau, kau tahu kan perangai aku macam mana..”

“ye aku tahu.. lagipun kau hadap masalah keluarga kita juga kan time tu”

Zafril tersenyum. Sejuk hatinya mendengar kata-kata Maya.

“tapi bila aku jumpa kau balik, pelik.. perasaan tu hilang. Dan digantikan pada Daniel Nazief”Sambung Maya.

Zafril senyum tawar.Cinta itu dia cuba hapuskan.dia perlu buang. Kereta diberhentikan di gerai tepi jalan yang menjual makan-makan.

“jom makan bihun sup”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience