“Selamat pulang kepejabat Miss..Tuan Daniel, berseri muka harini..”Puji Amira.Kepulangan mereka ke pejabat disambut dengan gembira.
Maya tersenyum.Begitu juga Daniel.Beg kertas yang ada tulisan jenama Channel yang dihulurkan oleh Maya diberikan kepada Amira.
“apa ni?”Amira meyambut pemberian Daniel dengan gembira. Tak sangka pula dapat buah tangan dari mereka berdua.
“Maya dan saya ada belikan baju untuk awak”
“Terima kasih Miss.. Tuan Daniel..”terharu Amira.Laju Daniel ke tempat kerjanya.Lama dia tinggal kerja, pasti banyak fail-fail yang perlu dia siapkan.
“You bawa Aisha ke Mira?”Tanya Maya apabila melihat pintu pejabatnya tidak berkunci sebaik sahaja dipulas.
Terdapat mainan kecil yang mungkin tercicir di hadapan.Mainan itu diambil dengan wajah yang tersenyum.
“haah Miss.. dia cakap rindu Mommy Maya.. itu yang bawa tu..”
Maya tersenyum.Amira sudah terbiasa membawa Aisha ke pejabat jika suaminya outstation.Maya juga tidak melarang malah sangat suka apabila gadis kecil itu datang.Maya juga ada menyediakan beberapa barang keperluan gadis kecil itu.Jika Amira membawa anaknya, pasti Aisha akan dibawa masuk ke bilik pejabat Maya.
Betul-betul sayangkan Aisha seperti anak kandungnya sendiri.Pernah Amira ingin mencari pengasuh untuk Aisha tetapi Maya tidak mengizinkannya.
Banyak kejadian buruk bersama pengasuh terjadi.Lebih baik Amira membawa Aisha bekerja, walaupun sedikit terganggu asalkan keselamatan anaknya terjamin.
Maya melangkah masuk ke dalam pejabat dengan teruja.Bibirnya mengukir senyuman lebar melihat gadis kecil yang sibuk bermain di atas sofa bersama mainanya.
Terus Maya mendekati Aisya.Puting yang terdampar dilantai diambil lalu disuapkan kepada gadis kecil itu.Maya ketawa apabila Aisha menepuk-nepuk tangannya apabila perasan kehadiranya.
Maya mendepakan tangganya.Laju Aisha terkedek-kedek berjalan memeluknya.Satu ciuman singgah di pipi gebu milik Aisha.Rindu benar dengan gadis kecil itu.
“M-my..”
“Iya sayang.. Comelnya anak mommy harini..”Maya mencium gemas Aisha.
“Err..sorry”
Maya berpaling melihat Daniel yang kaku berdiri melihatnya di muka pintu.Entah bila Daniel masuk ke pejabatnya.Lelaki itu seolah terkejut melihat perbuatan Maya melayani gadis kecil itu.
“nak ambil fail ke?”Tanya Maya.
“haah.. saya nak ambil fail barang client haritu”
“I tak tengok lagi, kejap lagi I suruh Mira tolong hantarkan..”Kata Maya.
“Mm-myy.. Mommy..”
“iya sayang.. Mommy nak buat kerja sekejap, Aisha duduk sini diam-diam tau”
Daniel memerhati tingkah laku Maya dengan gadis kecil itu.Masuk sahaja bilik Maya terus nampak keseronakkan mereka berdua.
‘Anak tiri aku ke tu? Tapi kan Maya.. Bila masa pula Maya.. ke anak angkat? Tapi dia tak tinggal dekat rumah pun’
Fikiran Daniel sudah ragu.Dia tidak pernah melihat bayi itu sepanjang perkahwinan dia bersama Maya.Kalau dikatakan anak angkat, kenapa Maya masih mahu mengahwini dia?
“You nak apa lagi Daniel?”Tanya Maya apabila Daniel masih berdiri di muka pintu.
“err.. tu anak siapa Maya?”
Patutlah tak keluar lagi, rupanya pelik dengan kehadiran Aisya.Gadis itu mengangukkan kepalanya beberapa kali. Dia sudah faham, pasti ada keraguan pada Daniel melihat kemesraannya bersama Aisya
“Kalau dia anak saya, saya takkan kahwin dengan awak untuk dapatkan zuriat, ni anak Amira lah..”Jelas Maya.
“Lahh Amira dah kahwin rupanya?”
“You tak tahu lagi ke? Kesian..”
*
“How your wedding Miss? Okay? Honeymoon macam mana? ”Amira bertanya.
Susana di kafe yang menjadi pilihan mereka berdua untuk minum pagi sangatlah sunyi. Mungkin kerana masih awal lagi untuk pelanggan menjamu selera di cafe yang penuh dengan makan dan minuman breakfast.
Kopi panas dihirup Maya. Geli pula hatinya ingin menjawap soalan yang diajukan oleh Amira.
“Dia bukan lelaki yang sama macam orang lain..”Kata Maya.
“Maksud you?”
“Ini adalah kali pertama I tengok lelaki macam Daniel, I betul-betul tak sangka yang he will be mine.. Banyak perkara I dapat perhatikan siapa Daniel Nazief.. bukan itu sahaja family dia juga”Jelas Maya. Ianya satu pujian yang betul-betul ikhlas.
Susah mahu berjumpa lelaki seperti Daniel. Lelaki itu sangatlah lain bagi Maya. Sebelum berkahwin dia hampir berfikir bahawa dia perlu banyak mengeluarkan duit untuk keselesaan daniel. Ianya bagaikan dalam drama, lelaki meminta duit kepada isteri. Itu yang difikir-fikir oleh Maya.
Tapi sangkaanya tidak. Daniel tidak pernah meminta,bahkan tidak pernah merungut apa yang diberi oleh Maya.
“Dari dia masuk kerja pun saya dah tahu dah Miss, tegoklah.. dia sanggup buat perjanjian kontrak untuk dapatkan duit demi pembedahan ibu dia.. dia memang anak yang baik, saya dengan Irfan sendiri kagum dengan dia”Kata Amira pula.
“Dia memang anak yang baik, dan abang yang baik untuk adik-adik”
Dalam hati, Maya mengakui benar kata-kata Amira. Dia pun satu banyak salah faham pada Daniel sebelumnya.
“Wow nampaknya dia serasi.. tak payah cerai lah Miss”
“Mana boleh, I tak cintakan dia.. I cuma layan dia macam seorang suami sahaja.. but bila I dengan dia.. I gembira”
“Miss sepatutnya tak perlu datang ke pejabat lagi, luangkan masa dengan dia dulu..”
“For what?”Maya mengerutkan dahinya.
“Mana tahu jodoh panjang”
Itulah yang Maya perlu berkorban banyak masa bersama suaminya dan fokus kepada rumah tangga. Untuk merapatkan hubungan mereka berdua.Namun jika difikirkan semula ianya hanya sekadar harapan sia-sia.
Susah untuk dirinya jatuh cinta tapi lebih susah jika dirinya memilih untuk berpisah dengan Daniel.
“Sudahla.. Jadual I kosong ke?”Tanya Maya.
“Miss ada Meeting dengan Dato Nazrif lepastu sambung pula dengan meeting dengan Datin Hanis”
Share this novel