3

Romance Series 137352

“Eh! Maafkan saya cik”

Daniel cepat-cepat memohon maaf kepada wanita yang dilanggarnya. Air yang dibelinya sebentar tadi tertumpah membasahi Kot yang dipakai oleh wanita itu.Hati sudah tidak senang melihat wajah wanita itu seakan marah.

Telinga yang terhias subang memerah mukanya juga merah. Dah pastilah dia sudah menahan marah takkan lah dia malu pula!

“Budak muda zaman sekarang memang pentingkan phone dari nyawa ke?” wanita itu bersuara dingin.

“Maafkan saya Mak cik, saya tidak sengaja..” Daniel menunduk sekali lagi. Dia benar-benar menyesal berjalan sambil bermain telifon. Bukan apa dia cuma mahu membalas masej Irfan sahaja.Tapi salah juga, boleh sahaja dia berhenti dari berjalan dan membalas chat Irfan terlebih dahulu.

Amira membulatkan matanya apabila lelaki asing itu menggelar Maya sebagai ‘Makcik’ .Jika diikutkan wajah Maya kelihatan sangat muda walaupun sudah berumur. Boleh pula lelaki itu gelar Maya ‘Makcik’.

Kata orang putih, baby face. Cuma cara percakapan dan riak wajah serius itu yang membuatkan dia terlihat lebih mantang.

“Bersyukur you langgar I.. kalau langgar kereta?” Maya bengang dengan sikap lelaki muda dihadapannya.

Ditilik wajah lelaki yang kelihatan sangat cemas dan ketakutan .Malas dia mahu membesarkan masalah dengan remaja muda seperti dia.

“Saya betul-betul minta maaf Mak cik”

‘Hey.. tua sangat ke aku ni?’ Maya menyoal di dalam hati.Dari tadi lagi tak berpuas hati bila digelar seperti itu.Tapi apakah Daya memang dia sudah berumur, mungkin layak juga digelar seperti itu.

Amira yang berada dibelakang sudah menepuk dahinya. Tapi pelik melihat bosnya tidak memarahi lelaki muda itu.

“I nak you bayar ganti rugi, baju ini limited edition tempahan khas dari Milan”Maya berkata sambil melepaskan kot berwarna biru muda miliknya. Hanya tinggalkan kemeja yang basah lencun di bahagian dada.

“hah?”

Mahu sahaja Daniel menangis apabila disuruh ganti.Bukan apa, duitnya sudah habis seratus lebih selepas membeli baju keperluannya untuk bekerja.Ni perlu pula mengganti pakaian wanita itu. Mana pula nak cari duit? Pasti mahal baju itu, biasalah kalau dilihat pasti dua orang wanita dihadapannya bukan orang biasa.

“Saya tak ada duit Mak cik.. Mak cik boleh balik cuci kan kalau Makcik taknak cuci saya boleh cucikan”

“I don’t care.. I nak you ganti, and one more thing, i masih muda!” Maya merenung tajam lelaki muda dihadapannya.

“Mira, give him my business card”

Dengan pantasnya Amira menyerahkan kad yang diminta oleh majikannya untuk diberi kepada Daniel.

“jangan lupa orang muda.. two days from now! Kalau betul you orang yang jujur.. you tidak akan lari young man” Maya terus beredar diikuti Amira.

“Oi Dan.. kau pergi mana ha?”

Teguran Irfan mendekati sahabatnya.Hampir satu Mall dia mencari sahabatnya itu.Mata memandang tepat kearah kad yang tidak asing berada di tangan Daniel.

“Macam kenal ja..Eh!” Terus dirampas kad yang berada di tangan Daniel.

“Mana kau dapat?”Soal Irfan memandang sahabatnya dengan penuh tanda tanya.

“N-nantilah aku cerita..kau kenal ke?”

“Of course lah, ini bos aku lah dan akan jadi bos kau”Ujar Irfan.

“W-whattt?!!”

“Maksud kau aku akan bekerja di MY INTERIOR DESIGN AND DECORATION SDN.BHD?”Tanya Daniel memastikan.

“Ya lah, situlah tempat kerja kau.. kau yang akan ditugaskan untuk design sesuatu produk client nanti, dah la jom isi perut dulu” Tak sempat Daniel berkata apa-apa. Tangannya ditarik terlebih dahulu oleh Irfan.

Tak tahu nak kata apa. Rasanya sudah berhenti otakkanya sekarang. Wanita tua yang dilanggarnya tadi adalah bos ditempat yang dia akan bekerja. Bagaimana dia mahu bersua muka nanti?

Kalaulah wanita itu orang lain pasti dia boleh melarikan diri lagi tapi ini..

Usai mengisi perut masing-masing. Daniel dan Irfan terus pulang kerumah sewa mereka.Daniel memasuki rumah diikuti irfan.

Beg plastik pakaian yang dibeli di mall dilemparkan ditepi.Dia melabuhkan punggunya di atas sofa. Begitu juga Irfan. Penat betul membeli belah.

“Jom solat dulu, aku ada benda nak tanya..” Kata Daniel.


Selesai solat isyak, Maya melangkah turun ke dapur.Terus dicapainya fresh oren dari peti sejuk.Cawan di rak dicapai lalu dituangkan air jus.

“Rindunya dekat Ummi..”

Wajah wanita tua itu melayang di fikirannya. Dimana dari kecil dia bersama wanita itu. Menangis, sakit dan ketawa.. hanya wanita itu penawarnya.Seorang wanita yang memberi kasih sayang seorang ibu kepadanya walaupun mereka bukanlah mempunyai pertalian darah daging yang sama.

Telifon di capainya. Terus didail nomber wanita itu.

“assalamualakum Ummi..”

“ Waalaikumusalam.. ya Allah anak ummi.. lamanya tak dengar berita. Anak ummi sihat?” Suara dari seberang panggilan membuatkan Maya tersenyum.Hilang rasa rindu mendengar suara merdu wanita tua itu.

“allhamdulillah sihat, rindu dekat ummi…”

“Ni mesti ada apa-apa ni? Maya ada masalah ka?”

“tak adalah.. saja je.. Rindu ummi”

“Ye ke? ummi kenallah anak ummi..”

“kalau macam tu, esok ummi masak banyak-banyak.. Maya balik putrajaya esok”

“ye ke? Allhamdulillah.. esok awal pagi lagi ummi akan ke pasar”

“hahaha ye ummi.. kirim salam dekat adik-adik ya.. assalamualaikum..”

Maya menamatkan panggilan bersama umminya. Bayangan adik-adiknya di pasti asuhan bersama umminya mula berlegar diruang mata.

Mereka sama-sama membesar di rumah anak yatim. Di bawah jagaan ummi.

*

Daniel membawa dua cawan milo panas ke ruang tamu. Irfan yang sedang asyik menonton k-drama berpaling kearahnya.Tangan menyambut huluran Daniel. Ruangan kosong disebelahnya ditepuk-tepuk menyuruh Daniel duduk di sebelahnya.

“Macam ada benda kau nak tanya aku”

Air milo panas yang dibuat oleh sahabatnya dihirup perlahan-lahan. Daniel hanya diam dan menduduki dirinya di sebelah Irfan.

“aku nak tanya tentang makcik tu..” Daniel bersuara.

“Makcik mana pula? Jiran sebelah.. yang tu biasalah janda anak lapan.. suka sangat mengendap aku,lagi-lagi waktu aku tengah mandi.. tapi tak tahulah macam mana dia boleh mengendap sebab bilik air kan ada tingkap kecil tu mungkin dia panjat mengendap aku kot. Alah faham-faham lah, mungkin kau datang ni kau pula yang hot dekat mata dia” Kata Irfan.

“Bukanlah…”

“habis tu? Makcik mana? Ke cik Siah yang selalu jual nasi lemak dekat simpang depan tu? Yang tu makcik bawang juga tapi nak buat macam mana Nasi lemak dia sedap nak jugalah aku beli. Kalau dia mengata kat kau biarkan je lah yang penting kita handsome”

“Kau jangan nak main-main dengan aku boleh tak? Aku serius bro”

“ye la.. makcik mana pula yang kau kata ni?”

“Maya Ar-Ariana?”

PUFFF!!!!

Irfan tersembur air dari bibirnya.

“Woi! Cantik macam itu kau panggil dia Makcik? Dengar dekat Miss Maya kang.. potong lapan kau! Tak sempat kau nak bawa balik menantu dekat mak ayah kau” Kata Irfan.Pelik-pelik pula Daniel ni. Ada ke patut perempuan cantik macam tu dipanggil Makcik.

“tak lah.. tadi pun aku panggil dia Mak cik” Jawab Daniel selamba.

“hah?! Biar betul kau ni?! Lepas itu apa riaksi Miss Maya?” Berkelip-kelip mata si Irfan tidak percaya.

“okay je.. siap bagi aku kad, dan dia nak aku call dia”

Sengaja Daniel menyembunyikan apa yang telah berlaku diantara gadis tua itu di Mall tadi.Nak tengok riaksi sahabatnya.

“aku pelik lah” Irfan memeluk tubuh. Otaknya sudah mula berfikiran bukan-bukan.

“kau ada sembunyikan sesuatu ke?” Irfan memandang tajam kearah Daniel.

“kau rasa?” Daniel membalas pandangan Irfan. Kening kirinya diangkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience