“You know what? I tengok Dahlia dengan Zafril macam sepadan..”
Membulat mata Daniel yang sibuk bertanding game di dalam telifon itu. Rasa sukar pula nak tekan layar telifon mendengar kata-kata isterinya .Laju anak matanya memandang Maya bingung.
“Apa pula sepadan.. agak-agak lah Zafril tu tua adik saya muda lagi”
“apa yang tuanya.. baru 32, I tengok tak nampak tua pun.. baby face je dia” Kata Maya. Losyen badan disapu ke seluruh kakinya.
Daniel melirik Maya yang berada di meja solek. Sibuk berias kecantikkan diri. Hatinya pula mula berasap mendengar pujian Maya dengan musuhnya.Setakat baby face tapi janggut tak cukurbagi habis apa yang kacak?
“Tapi dia ada janggut” Sambung Daniel sambil bermain telifon.
Maya ketawa kecil. Kakinya melangkah mendekati Daniel yang sedang berbaring di atas katil.
“Ada janggut handsome apa? Baru menampakkan lelaki itu mantang”
Daniel memberhenti jari-jarinya dari menyentuh screen telifon.
Tanggannya meraba permukaan wajah dagunya. Mukanya bersih dan lincin tanpa bulu halus. Kulit Daniel sangat sesuai jika dijadikan model produk kecantikkan wajah lelaki.
“Kenapa hahahahha” Ketawa Maya melihat tingkah laku Daniel.
Daniel menjeling lalu mencubit perlahan paha Maya. Geram melihat isteri yang ketawa dengannya.takkanlah dia perlu ada janggut pula? Nak kena cari krim atau produk tumbuhkan janggutkan?
“Aduh Hahhahaha”
“Ketawa lah ketawa.. sekurang-kurangnya saya ni baby face paling letooppp”
Gelak ketawa di akhiri.Berbual lawak juga makin lama menjadi bisu. Keduanya mula memasuki ke alam mimpi kecuali Maya Ariana. Gadis itu terjaga mengerut dahi menahan sesuatu yang terasa perit di perutnya.
Selimut yang menutupi tubuhnya digenggam menahan kesakitan perit.
“Argh!”
Sakit yang teramat sehingga tidak dapat menahannya. Maya mengiring membelakangi Daniel, oleh itu dirinya susah mengapai tangan lelaki itu.Dada seakan terasa sesak cuba menahan sakit dan mengalihkan badannya untuk menghadap Daniel.
“Daniel!”
“Dan!!”
Puk!
Bantal peluk Maya dibaling menghempap wajah Daniel yang tidur lena itu. Terjaga Daniel dibuatnya. Matanya digosok-gosok agar penglihatan semakin jelas.
Dipandang Maya yang mengiring disebelahnya. Lampu tidur yang berada disebelahnya dihidupkan agar sedikit cerah.Mendengar suara maya yang seakan menahan sakit buatkan matanya terbuka luas.
“Kenapa hmm?”
“Daniel sakit..”
“Ha?”
Laju Daniel menduduki tubuhnya dari pembaringan. Mendapatkan Maya yang sedang menahan kesakitan itu. Rambut panjang Maya yang menutupi tubuh diselak sehingga menampakkan wajah Maya.
“Jom pergi hospital..”
Daniel menyelak selimut Maya.Turun dari katil dan menuju ke almari Mencari sesuatu untuk dijadikan jaket kerana Maya hanya mengenakan pakaian berlengan pendek.Takut pula sejuk jika terkena airkon hospital.
Cardigan milik maya dicapai lalu kembali mendekat isterinya yang masih menahan kesakitan.
Namun matanya terhn4ti diatas katil yang dipenuhi darah. Seluar Maya juga dipenuhi darah pekat. Entah apa yang dirasanya. Jantungnya seakan terhenti melihat Maya begitu.
*
“Tak tidur lagi ke Amina?”
Tuan Kamal menegur isterinya yang sedari tadi termenung. apa yang difikirkan isterinya. Sejadah yang diguna disangkut pada tempat asalnya semula.
“Tak ngantuk bang.. semalam bangun lewat”
“Tu yang termenung tu kenapa? Teringat ex boyfriend ke?”
“Ish apa abang ni? Saya dah tua la.. agak-agak la nak ingat ex boyfriend dulu” Pening Puan Amina dengan suaminya.
“Habistu awak fikir apa?”
Puan Amina kini memandang suaminya fokus. Berisyarat supaya Tuan Kamal juga fokus dengan topik yang akan dibicaranya.
“abang ingat tak kawan yang Zafril datang majlis hari tu?”
“yang mana? Banyak kawan Zaf..”
“Bukanlah.. yang dah kawin tu, cantik orangnya abang..”Puji Puan Amina mengingati wajah gadis yang dijumpainya haritu.
Mempunyai wajah yang sangat cantik. Dan menjadi keliruan nya.
“kenapa?”
“saya ada nampak rantai yang pernah kita tinggal dekat anak perempuan kita dulu, rantai tu kita tempah jauh bang.. orang lain tak akan dapat buat rantai yang sama”
Share this novel