Maya memandang luar tingkap penthousenya. Sibuk otak memikir perkara yang tergiang di fikirannya. Tubuh badan dipeluk kerana cuaca sejuk yang menimpa.
“Ada sebab I buat macamni…”
“Siapa saya ni Maya Ariana? Dulu awak sembunyikan tentang kandungan awak dan sekarang? Saya ada buat salah apa-apa ke dekat awak Maya?”
Maya terdiam. Berat bibirnya mahu berkata.Melihat kemarahan Daniel yang semakin membuak. Lebih baik memilih untuk diam.
“Saya betul-betul tak faham dengan awak sekarang.. tak faham.. sangat tidak faham..”
“Mula-mula awak dan saya jalankan perkahwinan di atas kertas.. awak bagi saya harta, duit barang mewah semua secukupnya.. kemudian awak marah saya sebab hal dikampung.. selepas itu awak marah saya atas sikap saya melayan Zafril… selepas itu awak rahsiakan pula tentang kandungan awak dan sekarang..”
“Aku dah buat kesalahan besar ke dekat dia? Aku terlampau pentingkan diri aku ke sekarang ni?”
Maya menggelengkan kepalanya. Tidak tahu siapa yang salah. Yang dirasa olehnya adalah kesalahan yang menguasai dirinya.Perjanjian kontrak yang dibuat seolah dilupakannya. Perasaannya? Cinta atau tidak itu menjadikan dia lelah memikirkannya.
Benar kata Amira. Dia tidak patut melayan daniel seolah lelaki itu tidak matang dan lelaki itu masih kecil dihadapannya. Dia perlu melayan lelaki itu seolah dia sudah dewasa.
Kenapa boleh hadir Idea bodoh itu?Nak salahkan amira pun tak ada maknanya.Mungkin salah satu takdir untuk mereka bertemu.Dan Takdir itu lahirkan satu perasaan yang sangat mengelirukan.Maya menghela nafasnya.
Sepertinya Daniel sangat memarahinya.Ya semuanya salah dia.Dari awal salah dia.Kalau dia tak ajak Daniel berkahwin semuanya takkan jadi.Rahsia yang penting di sembunyikan, tapi bila akhirnya dapat tahu dan terbongkar.
Daniel pasti terlalu marah.Bahkan memilih untuk masing-masing tenangkan diri dengan berjauhan.Tak macam selalu,andai ada pergaduhan pasti tak sama seperti yang ini.
“Kak..”Suara sapaan dan bunyi tapak kaki yang menapak kearahnya buat kan Maya tersedar dari lemunan.
“abang Daniel dah balik ke?” Maya berpaling memandang adik iparnya yang mendekati dirinya.
“belum kak.. Lia cuma nak ajak akak makan malam.. akak tak boleh skip makan kan?”
“Tak selera lah nak makan.. Kalau akak makan ubat je tak boleh ke?”Tanya Maya.
“Mana boleh akak.. akak kena ikut apa yang dokter pesan.. Kesian dekat baby mak ngah nanti.. mesti dia lapar, Jom la makan Lia ada masak Nasi goreng kampung” Pelawa Dahlia.
Risau melihat keadaan kakak iparnya. Tidak tau apa masalah mereka yang berumah tangga. Tidak mahu dia masuk campur. Masing-masing cuba selesaikan sendiri.
Dia hanya boleh berdoa yang terbaik untuk abangnya dan kakak iparnya.
Adasahaja kesalahan masing-masing cuma mungkin perasaan mereka dilanda berbagai rasa sampaikan mereka sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan dengan cara baik.Tapi dia yakin,Maya pasti akan melakukan sesuatu untuk menyejukkan hati abangnya.
Dahlia tahu keberadaan Daniel yang pulang ke Kedah untuk melawat saydara mara di sana.Daniel lah yang berpesan untuk jaga makan minum kakak iparnya.Hati ikut sedih melihat Daniel yang mengawal perasaan sedih dan kecewa.
Kalau mahu bertanya nanti sama sahaja masuk campur.jadi biarlah mereka berdua.
“Tak apalah.. kejap lagi akak turun makan..”
“Okay lah kalau macamtu. Lia turun hidang dulu”
Hilang Dahlia dari pandangan Maya. Gadis itu memandang langit yang mempamerkan bintang dan bulan dengan penuh kecewa.
“I Miss you Daniel..”
“Baby pun rindu Daddy kan sayang..” Maya mengusap perutnya. Menyimpan penuh harapan untuk Daniel pulang.
*
Daniel membaringkan dirinya diatas tilam yang empuk. Rindu bilik yang dari dulu menjadi tempat tidurnya jika pulang ke rumah opah.
Kenangan-kenangan indah diputar difikirannya. Betapa seronok berkumpul adik-beradik. Bermain sepupu sepapat. Itu hal yang sangat menyeronokkan bagi Daniel.
Cuma semuanya berubah selepas mereka kehilangan opah tercinta. Jarang pulang adik-beradik kerana hal pekerjaan
Wajah Daniel yang tersenyum manis kembali suram. Teringat kata-kata yang berlaku di hospital bersama Maya. Rambut diusap kebelakang.Otak melayang memikirkan keadaan Maya di penthouse.
“Ya Allah.. kau permudahkan segala urusan ku dan urusan isteriku.. jauhi kami dari perkara buruk” Doa hati Daniel.
“Sesungguhnya aku mencintai dia sepenuh hatiku.. Aku tidak kuat jika perpisahan berlaku diantara kami berdua..Jika benar dia jodohku.. kau dekatkan kami. Seandainya tidak.. Kau berikanlah keredhaan kepadaku..”
Daniel melepas keluhan. Mata dipejamkan. Berat hatinya merasakan perasaan yang terbuai dalam dirinya. Seakan sesak jika difikirkan apa yang berlaku selepas semuanya berakhir.
“Isteri Tuan kami sudah suntikkan Proluton untuk menguatkan rahim Miss Maya, jangan risau saya akan menghantar jururawat untuk menyuntik kerana suntikkan ini perlu dalam 2 kali seminggu hingga kandungan Miss Maya 36 minggu”
Ujar Dokter Faridah. Riak wajah Daniel berubah. Tidak faham dengan apa yangcuba disampaikan oleh Dokter Faridah.
“Kenapa isteri saya perlukan suntikkan itu Dokter?”
“Kejap, Tuan tak tahu ke Miss Maya mendapat kesan dari kemalangan sebelumnya?”
Daniel mula berwajah bengang. Mengingati bahawa kemalangan Maya hari itu dia sudah sampai lewat di hospital. Maya pun sudah dimasukkan ke dalam wad vvip.
Dan dia juga hanya mendapat khabar, tetapi apa ada khabar lain yang disembunyikan,
“Boleh dokter terangkan dekat kami?” Irfan bertanya bagi pihak Daniel.
“Macamnilah.. Puan Maya tadi hanya mengalami pendarahan disebabkan dia mukin dalam keadaan stress atau terlalu penat. Pendarahan Puan Maya banyak kerana rahim puan Maya tidak kuat kerana kesan dari kemalangan”
Daniel memandang Dokter faridah tidak percaya. Dirinya seakan rasa ditipu besar-besar oleh Maya. Kenapa Maya tidak mengkhabarkannya.
“Ada apa-apa rasiko ke yang boleh jadi dekat Miss Maya?” Soal irfan lagi.
“Ibu atau anak.. 70% untuk bayi, tetapi jika Miss Maya membuat proses keguguran.. mungkin dia boleh merawat dulu rahim dia..”
“Gagal ke saya menjadi suami untuk awak Maya? Saya tak tahu kenapa hati saya susah nak padam nama awak..”
Iphone 12 diambil olehnya. Hadiah pemberian Maya sangat dijaganya. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nomber Maya yang disimpan sebagi ‘My wife’ dilihat olehnya.
Lastseen 5:40 petang
Nampaknya Maya pasti sedang berehat. Dia sudah pesan dekat Dahlia tentang jadual Maya. Makan minum gadis itu sekarang sangat terhad. Jika tidak makan pasti Maya akan lemah.
Dia juga mendapat berita bahawa Maya mengambil cuti yang agak lama dan menyerahkan tugasnya kepada staff-staff atasan.walaupun dia masih dalam emosi, Maya masih tanggungjawabnya.Cuma kalini mungkin dia hanya lihat dari jauh.
*
“Mama dengan papa nak bincang apa? Kalau fasal zafira Zaf taknak dengar.. zaf nak balik” Zafril memeluk tubuh memandang kedua orang tuanya.
“Tunggu dulu zaf.. kamu tak sayang dekat adik kembar kamu ke?” Tanya Tuan Kamal.
“Tipu kalau Zaf tak sayang.. dia adik beradik Zaf, kalau bukan perkara bodoh mama dengan papa buat kita tak akan macamni”
“asstarfirullahalazim.. apa kamu ni Zaf?” Terkejut Amina dengan kata-kata anak sulungnya.
Zafril seorang yang beradap. Sangat pandai menghormati. Tapi jika lelaki itu tidak suka dengan sesuatu, keluarlah perangai jahat dia.Bukan sekadar jahat bahkan dapat meninggalkan kesan di hati dengan ayat berbisanya.
Zafril berdecit kecil. Mencari keberadaan adik kembarnya yang hilang bukan senang. Tidak mudah bagi dirinya dan keluarganya.Bertahun mereka berpisah,dirinya sendiri masih tidak kenal siang dan malam.Mampukah dia cari adik kembarnya?
Kalau mereka kembar seiras mungkin senang tapi dari gambar bayi sahaja mereka bukan kembar seiras.
“Mama dan papa nak berbincang tentang adik kamu..” Amina bersuara.
“zaf dah cakap Zaf--”
“Kami dah jumpa adik kamu Zafril”Potong Amina.
Membulat mata zafril mendengarnya. Darahnya bagai terhenti disetiap sudut mendengar berita yang disampaikan. Bagaimana Mungkin? Itu pertanyaanya.
“Zaf ingat tak Zaf dan zafina mama pakaikan gelang terhad edisi yang dimana orang lain tiada?”
Zafril memandang pergelangan tangan kiri. Tiada gelang kecuali jam tangan miliknya. Gelang itu sudah dilepaskan selepas beberapa tahun yang lalu.
Rasanya sudah 25 tahun dia tidak mengenakan gelang yang diberi oleh ibunya.
“Zaf tak pakai?” kamal perasan akan tangan anaknya yang hanya terhias dengan jam tangan.
“tak.. Zaf simpan” Kata Zafril.
“Bagusla..”
“Back to the story.. Mama cakap mama jumpa Zafira.. so where she? Siapa dia?”
“I think you know who is she..”
Share this novel