“Na.. na.. na..”
Mulut Daniel bernyanyi kecil. Sesekali kepalanya mengangguk menikmati alunan lagu yang dipasang.
Tangannya ralik memeriksa fail-fail yang berterabur di atas meja kerja milik Maya. Daniel akan membuat pekerjaannya di dalam pejabat kecil di penthouse Maya.Lagipun situ adalah tempat yang sesuai untuk melakukan kerja rumah.
Awal-awal perkahwinan takut sungguh dia mahu menjejakkan kaki ke bilik pejabat Maya.Kebanyakkan barang penting yangada di dalam itu bukan sahaja barang, perabot juga berharga mahal.Takut juga jika dia merosakkan.
Itu juga Maya memaksa demi keselesaannya.
Klerk!
Tanpa diketuk,Pintu bilik pejabat dibuka oleh Maya. Daniel memandang Maya dariatas hingga bawah. Gadis itu berpakaian biasa. Sepertinya dia terlampau fokus kepada kerja sampai tidak sedar kepulangan Maya.
“Awak dah balik?”
Maya menganggukkan kepalanya. Dia mendekati Daniel, matanya memandang sekilas pekerjaan lelaki itu.
“Kenapa ni?” Soal Daniel lagi.
Maya tidak menjawab. Malah menolak kuris Daniel sedikit kebelakang dan perlahan dia menduduki dirinya di atas paha Daniel.Wajahnya bertentangan dangen wajah Daniel.Wajah kacak lelaki itu dipandang dengan dalam.
Tangan Maya memeluk erat leher Daniel.Mata dipejamkan..
“Maya.. whats wrong?” tanya Daniel yang pelik dengan kelakuan Maya itu.
“shoo.. Biarkan I macamni..”Kata Maya.
“Awak tak sihat lagi ke Maya? Badan awak panas..”
“Daniel…”
“Hmm?”
“Maafkan I”
Maya menyembamkan kepalanya pada bahu Daniel.Menikmati haruman lelaki itu.Hanya sekadar blasan pelukkan.Daniel memeluk pinggang ramping Maya.Dia juga keliru apa yang dikatakan Maya.
Dibiarkan sahaja gadis itu merehatkan badan di atas tubuhnya.Wajahnya hanya dipamerkan biasa cuba untuk kelihatan bersahaja.Tetapi detak jantungnya buatkan dia susah bertenang.Pelukkan Maya yang makin erat buatkan dia gila.
Bukan kali pertama cuma ini sangatlah lain.Detak jantungnya sangat laju dari yang lain.Bekerja keras mengepam darah ke seluruh tubuh.
“awak ada masalah ke?”Daniel cuba bertanya.
Maya mengangkat muka dan kembali menatap Daniel. Tidak tahu bagaimana dia mahu meluahkan segalanya pada lelaki itu.Ketenangan apabila dia bersama Daniel sangatah terasa.Cuma dia sahaja rasa sukar untuk meluahkan.
Mata Daniel yang berwarna hazel dapat membayangkan pantai yang bersih dan penuh dengan ketetnangan.
“I cuma nak minta maaf”
*
Maya membutangkan baju kemeja putihnya. Kemeja putih bersama seluar palazo berwarna hitam menjadi pilihannya.Rabut diikat sanggul.
Maya merapati meja solek.Diambil ‘lipbam’ sebagai pemberi seri kepada bibirnya agartidak terlalu pucat.Tidak punya masa untuk bersolek lagi-lagi dia sangat berasa malas untuk melakukan apa-apa pun.
“Uhukk!”
Maya terbatuk kecil.dadanya dipegang dan diusap perlahan.tangan yang melingkari dipinggangnya dibiarkan.
“Maya.. awak tak sihat lagi ke?” daniel melekapkan telapak tangannya pada dahi gadis itu. Tapi suhu badan Maya Normal.
Maya menggelengkan kepalanya.tangan daniel yang melilit pinggangnya dilepaskan.Maya berpaling menoleh Daniel.Alangkah terkejut Daniel melihat wajah Maya yang sangat pucat seakan kesejukkan.
“Ya Allah.. pucatnya isteri saya, sihat tak ni sayang?” Daniel mula cemas. Wajah Maya memang kelihatan terlalu pucat.
“I okay-- Uhuk!”Maya terbatuk lagi.
“Okay apanya ni? Jom pergi klinik” Daniel menarik tangan Maya untuk keluar dari bilik. Namun gadis itu hanya diam.
“I okay… I nak pergi kerja”Kata Maya lemah.
Makin hari dia makin tenat.Makin lemah dan hilang selera makan.Tapi apa yang dia boleh buat? Fikirannya sahaja sudah serabut dengan masalah--
“Maya.. you tak sihat, duduk rehat dekat rumah, biar saya call mak su datang” Kata Daniel.
“I cakap I okay tu I okay lah.. I cuma penat”Kata Maya.
“Boleh tak kalau sekali jangan bantah saya Maya Ariana.. Awak tak sihat tau tak? Saya ajak pergi klinik awak taknak.. dah berminggu awak tak sihat Maya”
Maya memulaukan kata-kata Daniel. Beg tangan dicapai dan perlahan dia berlalu keluar.
Daniel menghela nafas. Entah macam mana lagi mahu menasihati Maya yang keras kepala itu.
*
“apa yang you cakap ni Miss? You tahu tak ini bahaya untuk you?”Amira mula memandang Maya . Cerita dan khabar yang baru didengar buatkan dia terkejut besar. Bahkan rasa sangat marah dengan apa yang baru disampaikan.
“I tak kesah.. Yang penting I nak anak i juga.. I perlukan perwaris Mira..”
“Memang you perlukan perwaris Miss, but cuba fikir.. adakah dengan harta dia dapat bahagia kalau Miss dan daniel tiada?”
“what are you talking Mira?”
“Risiko sangat besar Miss Maya.. you akan pergi tinggalkan anak you nanti.. dan Daniel, kontrak bersyarat Daniel tidak dibenarkan berjumpa atau mengambil ahli hak penjagaan atas anak you..”
“dia akan dianggap seperti anak yatim..”
Maya melihat dinding kaca di dalam pejabatnya yang memaparkan bangunan-bangunan.Hati hanya berdoa meminta jalan penyelesaian yang baik. Dia juga tidak tahu apa lagi yang perlu dia buat.
“apa I nak buat sekarang ni..”Maya menangis.
Amira memandang bosnya sayu. Dia turut merasai perasaan bosnya itu. Maya bukanlah seorang yang senang menangis jika bukan hal yang terlalu teruk baginya,
“daniel tahu?”tanya Amira memegang tangan Maya.
Maya menggelengkan kepalanya.
“You need sokongan Miss Maya, you perlukan Daniel untuk semuanya..”kata Amira.
“Dari dulu lagi I nak cakap.. umur you sekarang sangat berisiko walaupun baru 32, lagi-lagi dengan keadaan you sekarang”
Share this novel