“did something wrong?” Daniel menyoal Maya yang berada di kerusi penumpang bersebelahannya. Diam sahaja dari tadi.
Dapat dilihat gadis itu menggeleng, tapi apa dayanya. Nampak sangat seperti Maya sedang memanaskan keadaan.
“ada masalah ke? Share dengan saya.. tak perlu nak diam diri macam ni” Daniel mencapai tangan Maya dan mengenggamnya. Dengan sebelah lagi tangan sibuk mengawal stereng kereta.
“Maya…”
“I cakap tak ada tu tak adalah”
“saya bukan kenal awak sehari Maya, awak nampakkan sangat yang kita ada masalah.. tell me whats wrong” Tangan Daniel kini memegang lengan Maya.
Tanpa dilihat, lelaki itu cuba memegang lengannya. Meringis sakit Maya apabila merasakan tidak enak di bahagian lengannya.
“eh kenapa?” Soal Daniel terkejut.
Terus dilepaskan pegangan tanganya pada Maya dan memberhentikan kereta di pigir jalan. Lengan Maya yang disentuhnya dibelek.
“Daniel..” Panggil Maya lemas dengan perbuatan lelaki itu.
“whats wrong with your hand? Kenapa ada plaster?” Tanya Daniel melihat pembalut luka tepat kepada bahagian lipat siku.
Cepat-cepat Maya menutup kemejanya kembali. Bekas luka yang diambil olehnya. Ujian darah, ya.. Ujian darah untuk melakukan hasil DNA.
“awak luka ke? Siapa buat awak?”
“You tak perlu tahu siapa buat, sikit sahaja.. jom balik I lapar”
Daniel menghela nafas lega. Patutlah Maya moodie sahaja. Rupanya lapar.Tapi luka ditangan? Apa pula yang terjadi?
*
“Ni lah akibat duduk sendiri.. beli beras sendiri heh!” Tidak habis mulut itu berceloteh kecil. Sesekali tangan mengambil barang yang diperlu olehnya.
“Beras dah, kicap dah, minyak masak dah, barang basah kering dah.. ermm I think some snek?”
Kertas yang ditulis senarai barang yang perlu dibeli diletak di dalam poket semula. Dahlia menolak troli yang berisikan barang-barang yang dibeli olehnya kearah yang terletak snek.
“Macam sedap..” Dahlia mengambil beberapa makanan yang sesuai dijadikan kunyahan baginya.Perut tak mudah untuk kenyang lagi-lagi dia sendiri sangat gemar mengunyah.
“erkhem..”
Dahlia memandang seorang lelaki berpakaian T shirt lengan pendek yang menampak setiap urat dan otot badan lelaki itu.
Dipadankan bersama jeans biru dan juga topi putih. Tak lupa juga sneakers putih yang berjenama Fila. Dahlia memandang lelaki yang agak dikenali olehnya.
“Bukan ke nak exam? Why you ambil pemakanan yang tak sihat untuk minda you?”
Ternganga mulut Dahlia apabila perasan wajah lelaki dihadapannya. Bukan tidak kenal. Sangat kenal. Muka lelaki itu berubah tatapan kerana kaca mata bulat.
Ya, Zafril memakai kaca mata yang berbentuk bulat. Lelaki itu nampak sangat muda dari umurnya. Berkulit putih, bebadas tegas dan.. kacak?
Sudah pasti kacak, setiap hari akan ada yang cuba mencerobohi nomber telifonnya.
“lalat masuk” tangan Zafril menutup mulut Dahlia yang ternganga luar memandangnya.
Zafril memandang troli Dahlia. Minda lelaki itu berfikir dengan cara pembelian Dahlia. Pasti dia seorang gadis yang lebih suka masak dari makan di luar.
“beli barang rumah?”
“ermm” Terangguk-angguk kepala Dahlia menjawab.
“datang dengan siapa?”
“Lembu.. eh! Kereta”
Zafril ketawa kecil. Lawak juga sifat Dahlia yang selalu gugup bila bertemu dengannya.
“macam mana belajar? Okay? Ada orang kacau awak?” Tanya Zafril. Anak mata Zafril lari memandang rambut Dahlia yang terlepas itu.
“Tak, okay”
“Dato kenapa tak mengajar dekat kolej? Dah nak dekat dua minggu Dato tak datang?’ Soal dahlia ramah.tak segan bertanya lagipun dia juga hiaran walaupun baru-baru ini mereka jarang bertemu.
Zafril mengerutkan dahi. Soalan Dahlia buatkan hatinya berbunga-bunga. Entah kenapa.
“Awak nak saya mengajar terus ke? Saya dah cakap kan, saya hanya bertugas untuk membantu awak semua di proses permulaan…”
“err? Ouhhh..”
“apa err ouhh?”
*
Pintu lif terbuka. Menampakkan Maya sedang berbaring sambil menonton telivisyen di ruangtamu. Daniel mendekati Maya.
Seperti gadis itu bukan fokus pada Telivisyen malah sedang termenung tanpa sedar kehadirannya. Adakah Maya masih di dalam marahnya?
Tapi apa puncanya? Atau Maya ada masalah lain.
Daniel melabuhkan punggung di sebelah Maya. Gadis itu sedikit tersentak dengan kehadiran suaminya.
“Kenapa awak masih moodie? Saya ada buat apa-apa salah ke?”Tanya Daniel.
Dia perlu menyelesaikan masalah. Kalau tidak sampai bila pun Maya tetap akan berlakon dihadapannya seolah tiada apa-apa berlaku.
“what?” Maya memandang Daniel.
“i know ada something tak kena..” Daniel mencapai tangan Maya. Kedua belah tangan wanita itu disentuh olehnya.Digenggam lembut Membiarkan mata mereka saling bertatapan.
“mata awak cantik.. malah menganggumkan saya kerana nampak kelainan yang terselah. Gray eyes.. itu yang saya nampak”
“Mata awak lah segala-galanya. Setiap isi hati awak rasa, akan dapat dilihat dari mata awak sendiri Maya Ariana..” Kata Daniel.
Maya mengeluh. Susah betul bila suaminya memula untuk meredakan keadaan. Cair? Sudah pasti. Tak sanggup lihat Daniel seakan kesepian.
“Mata I selalu nampak perbuatan jahat Alia, tapi maybe mata you hanya nampak kebaikan dia”Kata Maya.
“Alia? Baik dimata saya?”
“ye lah… you selalu bela dia”
“Bila masa pula saya bela dia.. saya tak kata pun dia baik dimata saya. Kalau dia baik dimata saya, saya pasti akan lebihkan dia”
“tapi dia kan bertudung..”
“Bertudung atau tidak, itu bukan masalahnya.. yang penting, hati ikhlas dan baik..”Kata Daniel.
Maya diam. Salah lagi dirinya kerana terlampau ikutkan perasaan.
“Dia buat apa hmm?”
Maya menceritakan kesemuanya pada Daniel. Daniel berhak tahu agar kehidupan mereka tidak akan tunggang langgang lagi.
“Bini nombor dua? Kalau awak nak tahu.. ayah cukup tak suka bila saya rapat dengan Alia”
“kenapa pula?”
“Entah, Ayah selalu cakap.. ada orang lebih baik yang untuk saya”
Maya tersenyum. Terselit pujian untuk dirinya mungkin.
“Daniel..”
“hmm?”
"Alia tu baik kan?"
Kerutan dahi Daniel jelas.Apa pula yang dibelitkan isterinya ini?
"Kalau jodoh you dengan Alia macam mana?"Tanya Maya.
"Saya tak pernah terfikir pula sampai macamtu sekali,Kalau awak Masih marahkan saya sebab yang saya nak ajak Alia tinggal rumah kita tu itu awak Salah faham atau lebih lagi awak overthinking"
"ehem?"
"haah,takkanlah saya nak bagi isteri saya duduk satu rumah dengan musuh pula.Nanti habis la saya.."
"ye la.. kurang sikit marah I dekat you"
Daniel tersenyum.Lega juga mood Maya sudah membaik.Kalau tidak,dia juga tidak senang duduk.
"Macamnilah.. isteri saya"
“esok I nak balik jumpa ummi sekejap boleh?”
Share this novel