“Dokter macam mana dengan keadaan isteri saya?”
Resah Daniel berlari berhadapan dengan dokter yang ditugaskan memeriksa isterinya yang baru dikejar ke hospital. Dari pukul dua pagi hinggalah lapan pagi Maya berada di wad kecemasan.
Daniel tidak keseorangan. Dia diteman oleh irfan. Niatnya hanya mahu mengkhabarkan berita namun Irfan dengan senang hati mahu menemannya.Keluarganya dan juga ummi sudah dikhabrakan
Ibu sudah susah hati mahu datang menjenguk Maya tapi awal dia halang.Lagipun sangat lewat jika Ibu dan ayahnya datang.
“Maafkan saya, awak suami Miss Maya ya?”Tanya Dokter Faridah.
“Ya saya..”
“Baguslah, saya sudah lama mahu berjumpa dengan Tuan. Banyak alasan Maya jika saya mahu kehadiran Tuan untuk sesi perbincangan”
“apa maksud Dokter? Macam mana keadaan isteri saya?”
“Isteri Tuan kami sudah suntikkan Proluton untuk menguatkan rahim Miss Maya, jangan risau saya akan menghantar jururawat untuk menyuntik kerana suntikkan ini perlu dalam 2 kali seminggu hingga kandungan Miss Maya 36 minggu”
Ujar Dokter Faridah. Riak wajah Daniel berubah. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Dokter Faridah.
“Kenapa isteri saya perlukan suntikkan itu Dokter?”
“Kejap, Tuan tak tahu ke Miss Maya mendapat kesan dari kemalangan sebelumnya?”
Daniel mula berwajah bengang. Mengingati bahawa kemalangan Maya hari itu dia sudah sampai lewat di hospital. Maya pun sudah dimasukkan ke dalam wad vvip.
Dan dia juga hanya mendapat khabar, tetapi apa ada khabar lain yang disembunyikan,
“Boleh dokter terangkan dekat kami?” Irfan bertanya bagi pihak Daniel.
“Macamnilah.. Puan Maya tadi hanya mengalami pendarahan disebabkan dia mukin dalam keadaan stress atau terlalu penat. Pendarahan Puan Maya banyak kerana rahim puan Maya tidak kuat kerana kesan dari kemalangan”
Daniel memandang Dokter faridah tidak percaya. Dirinya seakan rasa ditipu besar-besar oleh Maya. Kenapa Maya tidak mengkhabarkannya.
“Ada apa-apa risiko ke yang boleh jadi dekat Miss Maya?” Soal irfan lagi.
“Ibu atau anak.. 70% untuk bayi, tetapi jika Miss Maya membuat proses keguguran.. mungkin dia boleh merawat dulu rahim dia..”
“Tunggu.. maksud dokter isteri saya boleh hamil lagi ke kalau buat proses keguguran?”
“Insyallah.. tapi buat masa sekarang Tuan kena faham perasaan Miss Maya, kita tak boleh paksa dia.. saya sudah cuba memujuk untuk dia buat proses keguguran tapi dia taknak..kalau kita tekankan dia.. takut pula dia stress..”
“Dia sangat risiko tinggi untuk Miss Maya, tak apa.. saya akan cuba merawat selagi mana boleh..Tetapi, jika persalinan lancar, saya tak janji sama ada Miss Maya selamat”
Daniel memegang diding menahan kakinya yang terasa lembik mahu memijak permukaan lantai. Tangannya dipegang erat oleh irfan.
“Kenapa dia tak bagi tahu aku fan.. Siapa aku bagi dia..”
Hancur.Hatinya hancur.Selepas rahsia kehamilan dia dapat tahu kali ini lebih besar dia sembunyikan.Patutlah Maya sembunyikan tentang kehamilannya.Mungkin disebabkan hal ini?
Daniel memegang dada yang terasa sesak.tak tahu lah mengapa dia sangat terasa dengan perkara yang terjadi.Apakah tak terdetik sekali perasaan cinta maya kepadanya sampaikan sanggup merahsiakan perkara sebesar ini?
Siapa dia bagi Maya sebenarnya?
“Sabar dan.. aku tahu bukan niat Miss Maya nak buat macamni..”
“Bukan sekali Irfan.. bukan sekali dia buat macamni.sakit sangat hati aku bila dia tipu aku”
*
“Fuhh nasib sempat”
Dahlia bernafas lega sebaik sahaja tiba di kelasnya tepat pada masa. Dahlia tersenyum melihat mawar yang melambai tangan kearahnya.
Perlahan Dahlia mendekati Mawar yang duduk bersebelahan tingkap.Tempat kosong bersebelahan Mawar diduduki olehnya.
“Lewat awak datang harini”Tergu Mawar.
“Haah.. semalam kakak ipar saya masuk hospital, saya kena hantar baju dekat abang saya dengan kakak ipar saya.. itu yang lewat sikit tu..”Bagitahu Dahlia.
“Ouhh semoga cepat sembuh..”
“Terima kasih Mawar.. Pensyarah dah masuk dah ke?” Dahlia melihat sekeliling.
“Puan Zalia tak datang harini.. Lepastu diorang cakap tak ada guru ganti sebab kit--”
“Bangun semua!!!”
Mawar dan Dahlia saling berpandang kearah dua orang lelaki yang memasuki kelas mereka. Semua mula berdiri dan mengucap salam hormat kepada mereka berdua.
“Kenapa aku macam..Dato Zafril?!”
Dahlia sudah gelisah.Baru beberapa hari lepas dia melarikan diri dari Zafril bahkan kejadian dia tidak menegur Zafril di majlis yang diikut olehnya pun masih segar difikiran.Buat apa pula lelaki itu masih lagi ada di sini? Takkanlah dia pensyarah?
Kalau pensyarah, pasti setiap kali belajar mereka akan bertemu.Dimana pula dia mahu sorokkan wajahnya nanti?
“Hmm? Kenapa Dahlia?” Mawar bertanya.
“Err tak--”
“yang belakang tu kenapa bising? Boleh diam tak?”
“Maaf tuan”
“Okay.. Harini kita ada tetamu besar yang akan berkongsi ilmu tentang perniagaan untuk kita semua.. jadi saya harap kamu semua sebagai pelajar cuba fokus dan ambil perhatian okay..”
“Baik Tuan..”
“Saya jemput Dato Zafril untuk memberi sedikit kata untuk pelajar kami..”
Dahlia mengemam bibir. Mencari buku untuk melindung wajahnya agar tidak dilihat oleh lelaki asing itu. Tapi tidak asing baginya.Bisikkan pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan sudah mula heboh.Macam mana tak heboh kalau lelaki handsome depan mata?
“Assalamualaikumwarhmatullah hiwabarakatu..pertama kali saya memperkenalkan diri saya.. Nama saya Zafril Izham bin Dato Kamal.. umur saya 32 tahun…”
Suara garau lelaki itu benar-benar menusuk tepat ketelinga Dahlia.Buku yang diangkat mahu melindung wajahnya diturunkan.Dia rasa dipukau walaupun hanya mendengar suara lelaki itu.Dan kalinya mata mereka bertembung buatkan Dahlia bisu.
*
“I minta maaf..”
Maya memandang Daniel yang duduk di atas sofa bersebelahan katilnya. Lelaki itu tidak mengeluarkan suara sedari dia sedar dari pengsannya.Dia memanggil nama lelaki itu pun tidak pernah dijawab.
Daniel malah fokus dengan telifonnya. Pasti dia marah dan kecewan kerana olahnya.
“Ada sebab I buat macamni…”
“Siapa saya ni Maya Ariana? Dulu awak sembunyikan tentang kandungan awak dan sekarang? Saya ada buat salah apa-apa ke dekat awak Maya?”
Maya terdiam. Berat bibirnya mahu berkata.Melihat kemarahan Daniel yang semakin membuak. Lebih baik memilih untuk diam.Dia tahu, semuanya terbongkar kerana dia sendiri tidak sadarkan diri.Pasti dokter khabarkan berita itu.
“Saya betul-betul tak faham dengan awak sekarang.. tak faham.. sangat tidak faham..”
“Mula-mula awak dan saya jalankan perkahwinan di atas kertas.. awak bagi saya harta, duit barang mewah semua secukupnya.. kemudian awak marah saya sebab hal dikampung.. selepas itu awak marah saya atas sikap saya melayan Zafril… selepas itu awak rahsiakan pula tentang kandungan awak dan sekarang..”
Daniel meletakkan telifonya dan memandang Maya dengan penuh tanda tanya. Entah apa sebab Maya selalu menjadi-jadi difikirannya.
“Awak nak tahu tak apa yang saya rasa sekarang ini Maya Ariana? Saya rasa macam saya diperguna oleh awak”
Deg!
Jantung Maya seakan berhenti mendengar kata-kata Daniel yang menikam hatinya. Dipandang wajah Daniel yang tajam itu.
“Kenapa you cakap macam ini Daniel? Kita ka--”
“Kalau keluar kata-kata cinta.. tak mungkin boleh diundur Maya.. dari bibir awak sendiri keluar ayat itu waktu dikampung..”Kata Daniel tajam.
Maya terpana seketika. Benar, dia mencintai Daniel sekarang. Seikhlas hatinya dia tidak mahu kehilangan Daniel,
“saya tak mahu awak terlampau fikir.. rehatlah.. saya tahu awak stress.. saya nak pergi langkawi esok. Gunalah masa ini untuk rehatkan diri awak Maya”
Share this novel