“You tak tipu I ke Mira? Betul ke Daniel tak datang?” Maya berjalan mengikuti Amira memasuki hotel yang menjadi pilihan untuk jadikan ulang tahun pembukaan syarikat.
“Buat apa I nak tipu? You ada nampak kereta Daniel kat tempat parking? You ada nampak Daniel?”
“mana nak tahu.. lagipun Daniel dah okay entah dia beli kereta lain ke, takpun tumpang irfan. Lagipun macam mana nak nampak tempat parking besar” Kata Maya.
“Tak adalah.. Miss sendiri tahu kan Tuan Daniel tak sihat lagi. Kalau ikut tu Irfan pun tak boleh datang tapi disebabkan dia perlu urus dua tiga hal,lagi-lagi nak jaga Daniel”
Amira berhenti di bilik nombor 366 dihadapan bersama Maya. Maya memandang nomber bilik yang menjadi bilik untuk dirinya bersiap.Dia tidak sempat memilih baju tapi katanya Amira sudah siapkan semuanya.
Syarikat Maya benar-benar memerlukan dirinya untuk menyambut ulang tahun yang sudah keberapa tahun.Dari awal dia buka hinggalah sekarang syarikat miliknya mempunyai banyak perubahan.
Usaha kerasnya dari dulu.
“baju I semua you dah set up ke?”Tanya Maya.
“yap, mua makeup pun I dah carikan.. Miss masuk dulu, I nak turun bawah panggilkan diorang” Kata Amira.
Maya mengangguk tanda mengizinkannya pergi. Kad yang diberi Amira sebentar tadi dilekapkan di hadapan tombol pintu.
Tombol pintu dipulas, Maya masuk perlahan ke dalam bilik hotel. Mata meliar melihatnya.Pandai Amira memilih bilik untuknya.Gadis itu pasti tahu bahawa Maya sangat suka bilik yang berkonsepkan warna indicolite.
Bibir mengukir senyuman melihat ruangan bilik hotelnya.Hotel ini juga salah satu dideko oleh pihak syarikatnya.Pandangannya beralih pada katil yang ditaburkan helaian kertas yang bersinar.
“cantiknya.. kalau dapat tidur dul--ARGhh!!!!”
Mata Maya membulat apabila melihat seorang lelaki, tidak! Maya melihat Daniel keluar dari tandas hanya berbalutkan tuala yang dililit dipinggang.
“Hai sayang.. lewat datang” Kata Daniel bersama senyuman. Rambut yang basah diselak kebelakang.Badan sasa lelaki itu masih basah mungkin kerana habis mandi.
“What are doing in my room Daniel? Keluar lah!” Jerit Maya apabila lelaki itu mendekatinya.Kakinya berundur kebalakang mencari jarak antara dirinya dan juga Daniel.
“Your room? Saya rasa ni bilik saya dan awak yang tersilap bilik”
“jangan dekat atau I jerit” Maya mengarahkan handbangnya kehadapan. Menghalang lelaki itu dari mendekatinya.
“takut?”
Langkah Daniel terhenti apabila matanya terlirik kearah badan Maya yang begitu lansing.
Daniel mengerutkan dahinya, bukankah Maya hamil? Kandungan Maya berusia lapan bulan sekarang tapi..
Gadis itu seakan tidak berisi seperti yang dilihatnya sebelum mereka berpisah. Bahkan tubuh Maya kembali normal seperti kali pertama mereka ketemu.Tubuh yang langsing seakan model.
“Keluar lah Daniel! Nanti orang kata apa pula.. Go now! Kita dah tak ada apa-apa hubungan!”
Daniel memandang Maya yang duduk jauh darinya. Gadis itu ketakutan manakala Daniel pula dilanda kebingungan.
“Awak dah bersalin?”Soal Daniel tiba-tiba.Baru akalnya mahu berfungsi.Tapi takkanlah Maya bersalin awal?
Dia sudah bergelar Daddy?
Maya diam. Memilih untuk tidak menjawab.
“Maya.. anak kita mana? Bukan kah kandungan awak sepatutnya lapan bulan sekarang?”
Maya diam lagi. Air matanya mengalir mendengarkan soalan dari Daniel.Remuk hatinya seperti kertas lagi-lagi soalan yang diajukan lelaki itu.
“Maya…”
“sudahla Daniel.. keluarla..”
“saya tanya mana anak kita?” Daniel mendekati Maya memegang kedua belah bahu gadis itu. Mata Daniel menatap tepat wajah Maya yang basah akibat menangis itu.
“Gone..”Jawab Maya sepatah.
Daniel terpana mendengarnya. Maya keguguran? Kerana diri dia kah? Maya menanggung lebih berat darinya ditambahkan pemergian anak mereka.Dan dia tak ada disisi Maya selepas apa yang berlaku.
Bagaimana semua itu terjadi? Tanpa pengetahuan dia juga.
"T-tak.. tak awak tipu saya.. anak kita hidup lagi mesti dia ada dekat rumah kan? Awak taknak saya jumpa dia kan? Awak benci--"
"I keguguran!!!"
"Tak!!! awak tipu!!"
"Yes, I tipu.. I tipu diri I sendiri yang I kuat sedangkan I menderita.. I hate you so much! Disebabkan masalah kita,I bleeding teruk! I hate you!!"
“Ma--”
Tok tok!!
*
“Aku dah cakap kan jangan buat macamni kau degil..” Irfan memberi botol air mineral yang baru dibelinya kepada Daniel.
Daniel mengambilnya. Membuka penutup lalu diteguk laju bersama wajah yang meyangkan kesedihan. Permandangan pantai yang menjelang malam dipandang.Dia meluahkan segala perasaan yang dirasainya hanya menceritakan dengan bola mata yang tertumpu pada pantai.
“Banyak-banyak bersabar.. sekurangnya anak kau dah tunggu kau dekat syurga”Kata Irfan. Bahu Daniel ditepuk perlahan.
“Aku dosa dengan anak aku.. aku biarkan mommy dia bersendirian.. aku lepaskan mommy dia tanpa fikir hala tuju, dan akhirnya semua jadi macamni. Kalau aku tak bu--”
“Kau tahu kan apa itu takdir? Ingat pesan aku?”
Daniel mengangukkan kepalanya.Andai masa boleh diputarkan.Dia akan ubah segalanya.Dia akan menjaga Maya sepenuh hati dan takkan biarkan wanita itu sakit kerana dirinya.
“apa?”
“Setiap yang berlaku ada hikmahnya..”
“Bagus, ambil pengajaran dari ayat tu. Mungkin anak kau terlalu baik hingga semua orang sayangkan dia, Dan apa yang berlaku diantara kau dengan Maya adalah takdir”Jelas Irfan.
“aku rasa kecewa dengan diri aku Fan.. kau tak faham.. Maya gugur tanpa pengetahuan aku. Lelaki jenis apa aku ni? Asal korang tak bagitahu aku?”
“aku sendiri tak tahu.. Amira sahaja yang tahu semuanya, tapi janganlah kau marah Mira, bukan semua kau kena tahu.. Maya pun stress juga”
“Sudahla Dan.. malam ni kita tidur hotel dekat sini, takpun resort dekat pantai ni. Hilangkan tekanan kau dulu.. lagipun kau dah nak bersiap angkat nikah kau minggu depan kan?” Sambung Irfan
Daniel mengusap wajahnya lalu mengangguk. Serabut sangat dirinya rasa. Namun perlu diredakan agar tidak mendatangkan masalah apa-apa lagi.Banyak betul masalah yang melanda perkahwinan mereka.
Dan dia sebagai suami sendiri gagal untuk menyelsaikan masalah itu,Tapi dia cuba.cuba untuk pulihkan semula
“Lagi satu.. kau dah tahu kan dato Zaf adik beradik Miss Maya?” Pertanyaan irfan membuatkan Daniel memandang irfan.
“ha?”
Lagi sekali Daniel memandang Irfan tidak percaya.Terkait pula lelaki yang menjadi musuhnya.
“Kau tak tahu lagi ke?”
“Zafril adik beradik Maya?” Tanya Daniel untuk mendapat kepastian.
“yap, aku pun baru dapat tahu dari Amira lama dah cuma.. yap, kitorang berdua rancang terlebih dahulu sebelum bagitahu kau”Ujar Irfan
“Macam mana? Maya kan anak yatim piatu”Daniel mengerutkan dahi.
“Bukan, Miss Maya sebenarnya ditinggalkan dekat lapangan kapal terbang dengan keluarga Dato Zaf, katanya nenda diorang tak benarkan ada keturunan perempuan jika mahukan harta”
“Tapi diorang sama umur…”
“Kembar, kembar tak seiras. Tapi kalau kau lihat muka Maya dengan Puan Sri Amina. Memang nampak sama.. Maya dan dato Zaf ada tanda lahir dekat tempat yang sama”
“Tanda lahir?”
“haah, dekat berlakang telinga katanya..”
*
“Nak taknak kena rujuk.. papa tak kesah kalau Maya tak mahu tapi nanti apa pula orang kata” Tuan Kamal memandang anak perempuannya yang berada di pelukkan si isteri.
“abang.. biar dia fikir sendiri dah la” Campur Puan Amina.
Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dalam keadaan begitu? Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, tak kesalahla hal apa sekalipun asalkan ianya yang terbaik.
Kepala Maya diusap. Gadis itu menangis teresak selepas apa yang berlaku,
“aku dah kata jangan pergi jangan pergi kau degil.. kau tak mahu dengar cakap aku, tak payah la rujuk-rujuk ni.. aku tengok dia pun tak baik”Kata Zafril yang berdiri mengahadap adik dan ibunya.
“Zaf.. apa kamu ni?”
“Betul pa, Daniel tu tak baik.. see? Dia lepaskan adik macamtu. Lepastu tunjuk perangai buruk sebab nak rujuk pula? Nampak sangat gila talak”
“Maaf Dato Zaf jika saya mencelah..”
Semua mata memandang Amira yang turut berada di sebelah Maya. Memujuk gadis itu.
“Tuan Daniel sebenarnya disihir.. takkan Miss Maya tak bagitahu?”Soal Amira.
“sihir?”
Terkejut Tuan Kamal dan juga Puan Amina mendengarnya. Entah siapa yang berbuat jahat sebegitu.
“Habistu? Punca adik aku gugur? Kemalangan sebelum ni?” Lawan Zafril.
“Dato Zafril, rumah tangga tidak akan rosak jika tiada orang ketiga” Amira pula naik geram dengan Zafril.
Mahu marah sebagai seorang abang atau mahu marah sebagai seorang kekasih.Amira merenung tatapan menyelidik.
“Sudah Zaf, keputusan ada dekat adik kamu..”
“Tolonglah Maya, cukuplah sekali dia buat kau terluka”
“dato Zaf akan dipandang rendah bila Miss Maya dah viral nanti” Kata Amira tanpa sedar.
Amira membulatkan matanya. Bibir dikemam sebaik sahaja faham dengan kata-katanya yang baru dilontarkan. Dia memandang Puan Amina dan Tuan Kamal, tak lupa Zafril yang semakin bengang.
“apa masalah kau ni Mira?”
Share this novel
Alhamdililah klu mereka rujuk balik.. hehehe