“Boring kan?” Tanya Zara kepada Maya dan Amira.
Maya memandang Amira. Nak kata bosan tu tak lah sangat, tenang menikmati keindahan sawah padi. Banyak juga masalah yang dilepaskan.Lagipun dikampung dan jga bandar lain bezanya.Jika disuruh pilih kampung atau bandar pasti dia akan memilih kampung.
Kerana perkampungan sangat lah tenang.
“batalkan perjanjian kita, batalkan kontrak tu dan kita lalui bersama..”
Kata-kata Daniel masih tergiang difikirannya. Entah kenapa setiap kali dia ingak hatinya terasa sesak. Cinta? Sudah pasti dia cintakan Daniel.
Cuma dirinya sendiri yang kaku untuk memperbaiki masalah mereka berdua.Dan dia sendiri takut nak menghadapi Daniel jika dia luahkan segalah perasaannya.
“Maya..hang dengar tak apa kitorang cakap ni?”Zara memegang paha Maya yang duduk bersila di atas dangau bersebelahannya. Menyedarkan gadis itu dari lamunannya.
“ha? Apa?”
“Jom main aci sembunyi? Kita ajak diorang sekali baru best”Pelawa Zara.Jarinya menunjuk kearah Daniel dan irfan yang sibuk berbual di bawah pokok rambutan.
Maya mengerutkan dahinya. Aci sembunyi? Rasanya sudah berpuluh tahun dia tinggalkan permainan itu. Umur sekarang 32 tahun, takkan lah pula dia mahu main aci sembunyi.
“nak tak?” Zara mengejutkan Maya lagi.
“errr? Ha jom lah..” Maya mebuat wajah biasa walaupun terasa janggal. Tua-tua pun main entah apa lagi.
Amira di sebelah menahan ketawa. Aisha sibuk bermain dengan Zahra. Terluang sikit masanya bersama Zara dan Maya.
“Uik Irfan! Daniel” Jerit Zara.
Tangan dilambaikan mengisyaratkan agar mereka datang ke sini. Daniel dan Irfan mendekati mereka. Memandang Zara yang memanggil mereka.
“Jom main aci sembunyi?” Ajak Zara.
“Ha?”
Daniel dan Irfan terkejut. Dah umur 20 lebih pun mahu main permainan itu lagi. Daniel menggelengkan kepalanya. Memandang Irfan yang akan menyatakan jawapannya.
“Jom je lah.. lagipun seronok juga dekat kawasan kampung ni” Kata Irfan.
“aku ikut je..” Sambung Daniel pula.
“Ha kalau macamtu kita gunting, batu, kain.. siapa kalah dia jadi, boleh?” Saran Zara.
Kesemuanya mengangguk. Masing-masing setuju dan menghalakan tangan kedepan. Begitu juga Maya.
“Guting, batu, kain…”
Permaianan diulang sehingga mereka jumpa si kalah. Dan dia adalah Irfan, lelaki itu yang perlu mencari mereka yang akan bersembunyi di kawasan rumah.
“Kau kira sampai 20 fan..” Pesan Daniel.
Maya dan Amira bergerak sekali ke belakang rumah. Mencari tempat bersembunyi. Zara pula awal-awal sudah terjun dalam longkang besar di hadapannya. Mujur tiada air.
“Miss awak sembunyi dekat sana saya belakang reban ayam ni” Amira menunjuk kearah kawasan yang terdapat sungai kecil diberlakangnya.
Maya berjalan perlahan melangkah batu-batu mencari tempat bersembunyi yang sesuai.Disebabkan permukaan yang tidak rata buatkan dia susah mahu berjalan. Entah bagimana kakinya tersilap pijak.
“Arghh!!!”
Maya memejamkan matanya. Menanti kesakitan yang akan datang. Namun setelah lama dia memejamkan mata. Maya mengerutkan dahi apabila tiada rasa sakit yang menimpanya.Kenapa dia tidak jatuh lagi?
Terasa ada tangan yang melingkar dipinggannya. Maya membuka matanya. Memandang seseorang yang berada di belakangnya dengan tangan yang melingkar.
“jangan sembunyi dekat sini.. bahaya” Pesan Daniel. Daniel membantu Maya berdiri semula.
“Ssst…” Adu Maya apabila sukar untuk kaki kanannya pijak.
“sakit ke?”
Maya menganggukkan kepalanya.
“Ha jom-- Eh awat tu?”
Maya dan Daniel memandang zara yang mendekati mereka berdua.
“Pasaipa nih?” Tanya Zara risau.
“maya nak terjatuh tadi, nasib aku sempat sambut, kaki dia tergeliat maybe”kata Daniel.
*
“Macam mana lah boleh jatuh ni, yang hang pon Zara, ajaq main bukan-bukan pasaipa?” Puan saleha mencubit paha anaknya yang berada disebelah.
Tangan kirinya pula masih tidak lepas mengurut kaki Maya yang sekian membengkak. Bersalah pula rasanya.
“Eh jangan macamtu Makcik.. Maya ni ha, jalan tak tengok bawah” Kata Maya.
Dahi dikerutkan. Bibir dikemam menahan sakit dengan urutan puan Saleha. Sekali dia tekan memang sakit lah jawabnya.
Daniel disebelah pula susah hati melihat Maya yang sedang diurut. Bukan apa, dia sendiri pernah rasa urutan Puan Saleha.Urutan sampai ke tulang rasanya.Tapi dapat disembuhkan juga.
“Ni kalau sakit malam ni suruh Daniel urut, takut masuk angin”Pesan Puan Salmah.
“Baik Makcik, terima kasih tolong urut”Daniel tersenyum mesra.
“Ha ya lah.. makcik nak keluar masak sat, satgi Makcik hantaq sup kat Maya nah..”
“Eh tak apa susah-susah ja..”
“Tak pa aih.. jom Zara tolong Mak masak”
Daniel dan Maya tersenyum serentak melihat Zara dan Puan saleha keluar dari bilik mereka. Terus pudar senyuman daniel dan memandang Maya tajam.
“Memang tak reti nak duduk diam eh? Kalau jatuh tadi macam mana? Degillah” Geram daniel.
“Apa yang degil? I nak sembunyi je”
“Melawan cakap suami.. tidurlah, saya nak keluar sekejap”
Share this novel