75

Romance Series 137352

“hei.. anak mama ni pejam celik pejam celik nak dekat dua minggu dah asyik dapat bunga mawar je ni” Puan Amina menegur anaknya yang duduk dihapan pintu rumah menilik sejambak bunga mawar itu.

“Itulah ma.. dah penuh stor dengan pasu bunga” kata Maya sambil menggelengkan kepalanya.

Dia memilih untuk berehat dan menenangkan diri di dalam rumah. Bekerja online sahaja, asalkan dirinya tenang. Dia perlu kumpul tenaganya semula.Dan tetang bunga mawar entah siapa pula yang beri.Nak dibuang sayang kerana dia sangat sukakan bunga mawar.

“Siapa lah yang bagi? Duda jiran sebelah tah yang bagi?”usik Puan Amina.

“iee apa mama ni? Agak-agaklah.. orang dah tua tau bukannya muda lagi” Kata Maya.

“eh, tua-tua pun keturunan kita Baby face okay?”

Puan Amina dan Maya memandang kearah Zafril yang datang ke ruang tamu menjenguk mereka bersama mangkuk besar yang berisikan popcorn.

“Jangan tengok muka.. tengok umur, kalau tengok muka nampak sangat pilih rupa”kata Maya.

“apa pula pilih rupa? Nak cakap aku pilih rupa lah ni?” Zafril duduk di atas sofa berhadapan televisyen memandang si ibu dengan adik yang duduk di hadapan pintu rumah dengan wajah tidak berpuas hati.

“Haah, sebab tu kamu tak kahwin-kahwin…” sambung Puan Amina.

Maya ketawa melihat si ibu yang turut menyokong mengenakan Zafril. Zafril pasang wajah marah.

“Tengoklah tu.. sejak ada geng ni dia ketepi kan kita pula…” Zafril sengaja menajam kan ayat tanpa memandang mereka.

Maya saling bertatapan memang dan puan Amina sebelum melangkah menuju ke Zafril. Bungkusan bunga diletakkan di atas meja berhadapan sofa lalu dilabuhkan punggung bersebelahan Zafril.

“Tak payah la merajuk, kau sendiri cakap kau seronok bila ada aku kan? Ni nak merajuk pula?”

“Bukan nak merajuk tapi nak manja.. Seronok la bila ada dua wanita kesayangan ni”Zafril menayangkan giginya.

“gatal eh? Kau tu dah tua tau”

“Sebab dah tua la biar aku rasa kasih sayang dari seorang adik, dan aku beri kasih sayang aku untuk kau.. bertahun berpisah.. Kita tak pernah jalankan masa kanak-kanak bersama”

Tangan Zafril naik mengusap kepala Maya. Memandang anak mata gadis itu sedalamnya,

“tak sangka.. orang yang aku pandang hina sendiri adik kandung aku.. kembar aku..”

Puan Amina tersenyum melihat dua beradik yang saling meluahkan perasaan. Hatinya sebak melihat. Andai tidak difikirkan harta pasti semuanya akan beroleh bahagia.Sagat bersukur mereka dipertemukan semula.

“Mama minta maaf Zaf, Maya…” Puan Amina mendekati kedua anak kembarnya.

“Sudahla mama.. perkara dah lepas..” Maya bangun memeluk sang ibu.

Zafril turut bangun memeluk Maya dan Puan Amina. melepaskan rindu yang mebuak setelah bertahun-tahun ditinggalkan.

“Erkhem!”

Semua mengangkat kepala memandang Tuan Kamal yang memasuki rumah bersama beg kerjanya,

“papa nak join boleh?”

“hahah come on”

*

“how?”

“apa yang how? “ tanya Daniel yang baru memasuki ruangan pejabatnya. Kunci meja dihempas kearah meja lalu duduk olehnya memandang irfan di sudut sofa.

“Ye la.. kau punya plan nak ambil hati Miss Maya? Setiap hari kau hantar bunga, entah-entah habis dah stock bunga dekat kedai bunga tu..”

Daniel ketawa kecil. Habis stock? Tidak mungkin terjadi kerana di sudah membeli ladang atau lebih lagi taman yang ditanam bunga ros.Dia yakin Maya akan keliru dan tidak mahu lah dia teruskan berjumpa.Pasti Gadis itu akan menolakknya.Nak memikat hati janda bukan senang.

Apa salahnya habiskan duit hanya untuk si hati yang sedang merajuk. Lagipun dengan perlahan pasti gadis itu akan mencuriganya.

“Kenapa kau tak jumpa je dengan Miss Maya? Kan senang..”kata Irfan.

“aku bukan orang yang suka buat perkara biar tergesa-gesa. Biarlah dia bermain dengan permainan memujuk aku ni..”kata Daniel.

“Habistu sampai bila? Sampai kau kantoi yang kau hantar bunga tu? Silap-silap makin marah adalah..”

“sebab tu aku nak kau tolong aku..”

“tolong apa?”

“Kita ada majlis ulang tahun syarikat ni lagi sebulan kan?”Tanya Daniel.

“haah, kau nak aku set baju ke? Tu tugas P.A kau bukan aku…”

“Tak, maksud aku, aku nak umpan Maya melalui kau dan Amira”

Irfan mengerutkan dahinya, memandang sahabatnya yang sedang memberi idea nakal untuk dilakukannya bersama Amira.Kepala dianggukkan dan beberapa soalan dilontarkan agar semakin faham dengan apa yang perlu dilakukan.

“Boleh ke ni? Kang dia mengamuk satu dewan kang…”Irfan mengigit bibir. Bukan apa, Maya kalau marah sahaja sudah begegar bangunan pejabat.

Apatah lagi di hotel, lebih-lebih pula dengan rancangan nakal Daniel. Runtuh pula bangunan hotel itu nanti.

“I don’t care.. Bila aura duda aku ni keluar, nak mengorat pula dengan janda.. kena lah nakal sikit” Bisik Daniel.

“sejak bila kau matang ni ha? Ke kau kena bomoh mana-mana lagi? Kau mengucap sekarang..”

“Takdanya.. aku okay je lah, asal?”

“Kau jangan main-main, aku bukan taknak tolong tapi.. kalau Miss Maya mengamuk nanti kau juga malu.. silap-silap viral satu office”Risau Irfan.

“percayalah.. Maya sendiri tak akan buka mulut. Sebab hal itu ada kena mengena dengan dia juga”

“tengok--”

Klerk!

Daniel dan Irfan memandang kearah pintu pejabat yang terbuka. Amira yang berwajah tegang itu memasuki ruang pejabat Daniel dan mendekati Daniel.Ipad yang berada ditangan wanita itu kini dihala kearah mereka berdua.

Daniel menatap Ipad itu sebelum beralih pandangannya memandang Amira dengan bingung.

“kenapa ni?” Tanya Irfan yang melihatnya.

“Tengokla.. cctv rakaman yang dipadamkan tiga hari lalu, dan ni cctv dan jalan batu tiga dekat gerai bihun sup”

Amira memberi Ipad pro miliknya kepada Daniel. Irfan yang duduk kini berdiri mendekati Amira dan Daniel. Video yang terpampang dilihat mereka bertiga.

Kelibat seorang gadis masuk ke dalam pejabat sekitar dua ke tiga pagi bersama bungkusan hitam diikuti oleh seorang guart bersama.

Meja Daniel didatangi olehnya. Laci meja Daniel, tempat yang tidak selalunya Daniel menyimpan barang dibuka lalu dimasukkan bungkusan kuning yang dikeluarkan dari plastik.Sepat gadis itu menjeling memastikan tiada sesiapa yang melihat kelakuannya.

Video kedua dibuka. Terdapat Maya dan juga Zafril duduk makan bersama di gerai tersebut. Seorang gadis yang sama mula merekod atau mengambil gambar mereka berdua.

Irfan berubah wajah melihatnya. Dia memandang Amira tanda tidak percaya. Amira hanya mengangguk. Bukti benar dari pihak polis dan penyiasat yang dibayar berpuluh juta oleh Daniel.Jadi sangkaan mereka memang tidak lari jauh.

“kau panggil dia masuk bilik aku sekarang” Ipad milik Amira dihempas ke lantai.

Untung tidak pecah, menangislah Amira jika ipadnya pecah. Amira mengutip semula Ipadnya dilantai, namun kaki Daniel yang tersarung kasut memijak ipad itu lalu menahannya dari dikutip semula.

“panggil perempuan tu sekarang…”

Amira memandang Irfan, bertanya pendapat melalui isyarat mata apabila merasai Daniel dihumban kemarahan.

“Err.. Dan--”

“ALIA DINA!!!” jerkahan Daniel membuatkan sudut ruangan pejabat hening. Mungkin terlalu deras sehinggakan terdengar dari luar.

Amira beranjak ketepi Irfan.kepala yang tidak gatal digaru dan dia memandang Irfan meminta tolong untuk menyelamatkan Ipadnya yang dibeli agak mahal itu.Tapi tak apalah, mungkin Daniel boleh ganti.

Klerk!

Gadis yang dipanggil oleh Daniel memunculkan dirinya bersama senyuman manis. Irfan menggaru kepala, apa pula yang mahu jadi..

Amira memasang riak biasa memandang Alia yang memasang langkah mendekati mereka. Daniel memandang gadis itu dari atas sehingga bawah.Pakaian yang ketat sehingga menampakkan setiap lekuk badan.

Itu tidak dikesahkan yang penting wajah dan hatinya yang jauh berbeza.Begitu juga sifatnya.

“Baik… tapi hati busuk!” Tekan Daniel ,menajamkan matanya.

“ha?” Alia terkejut mendengarnya. Masuk-masuk sudah dimaki.

“Kemas barang kau, get out from my office”kata Daniel bernada biasa. Namun ditahan geram dengan mengenggam tangan kirinya,

“what?”

“Daniel cakap, kemas barang kau dan get out dari pejabat milik Miss Maya dan juga Tuan Daniel”Amira mengulang percakapan Daniel semula.

Alia mengerutkan dahinya. Memandang Daniel tidak percaya. Kenapa pula? Apa salah dia? Fikirannya sudah berbanyak soalan.

“tapi apa salah--”

“Merosakkan hubungan rumah tangga itu berdosa.. awak tak takut dosa ke Alia?”Kata Daniel.

“Jadi awak nak tuduh saya la sekarang ni!”

“Kalau dah ada bukti, itu bukan dikira menuduh. Kenapalah awak nak padam rakaman cctv? Pandai pula bayar orang untuk buat jahat sekali,cakap tak ada duit nak sewa rumah.. ouhh patutlah tak ada duit, sebab nak bayar upah” Pedas ayat Daniel keluarkan.

“saya tak buat! I-itu semua fitnah.. dosa fitnah lebih besar dari membunuh!” Kata Alia.

“Ouhh ya? Tahu pun… dah tu siapa dalam video ni?” Ipad Amira yang dipijaknya disepak kearah Alia. Video yang awalnya tidak bergerak kini berjalan memampangkan gambaran.

Amira memejamkan mata.

‘habislah ipad aku.. ni kalau hilang barang-barang penting memang siap kau Daniel’

“Itu bukan saya! Saya datang cuma nak bekerja.. kenapa awak tuduh saya macamni Daniel? Awak tak ingat ke apa yang saya buat dekat awak? Keluarga saya buat dekat awak?” Alia mendekati Daniel.

Tangan Daniel dicapai oleh Alia.

“what?”

“Daniel.. sekarang awak dah kaya.. awak buat kami sekeluarga macamni.. siapa yang bantu awak dulu? Hm? Siapa yang bantu keluarga awak dulu?”

“bantu? Dengan rumah buruk macamtu? Tapi aku beryukur jugalah sebab ada rumah walaupun mak bapak kau nak pandang hina dekat kami sekeluarga”Daniel menggunakan bahasa kasar.

“lagipun kau dan keluarga kau dah tak ada apa-apa hak atas tanah perkampungan aku.. semuanya atas hak Maya Ariana.. she buy it”

“dan kalau aku nak halau keluarga kau pun…”

Terlepas segala amarahnya pada wanita itu.Rumah tangga tidak akan rosak jika tidak ada puncanya.Dan sekarang dia benar-benar kecewa menaruh muka pada gadis itu.Keluarganya memang membantu hidup mereka tapi dalam keadaan hinaan.

Ayah Alia memberi rumah buruk itu dengan ikhlas katanya tapi jika didengar oleh orang kampung lelaki itu memberi rumah itu hanya sekadar mahu berkata bahawa ayahnya pemalas dan sangat tidak pandai bekerja untuk menjaga anak bini.Demi nak dapat nama baik diseluruh kampung,lelaki itu memburukkan keluarganya.

Ibunya pula selalu memburukkan Puan Solehah kepada orang kampung.Dan ada juga yang dia pernah dengar ibunya didera oleh adik-adiknya sebab itu lah orang kampung jarang lihat kerana ibunya dikurung sedangkan waktu itu ibunya sakit.

Dan tidak jauh dengan kehadiran Maya.Sama sahaja dirinya dihina anak ikan,Maya adalah sugar mommynya dan banyak lagi.

"Aku benci.. sangat benci"

"Selama ni aku sabar sahaja.. apa yang keluarga kau buat dekat keluarga aku aku pendam.. tapi aku lupakan sebab kalau tak sebab rumah buruk tu,aku sendiri tak akan ambil kau kerja dekat sini"

"No! Daniel! Awak yakin ke dalam video tu saya? Awak tahu kan dalam office ni ramai yang tak suka kan saya"

"Teruskan lah drama kau tu.. Mulai sekarang.. AKU TAKNAK TENGOK MUKA KAU DALAM OFFICE NI,SEBAB KAN KAU AKU DENGAN MAYA BERCERAI!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience