Maya terkekeh kecil melihat Daniel yang sedari tadi tersenyum memandang luar tingkap yang menampakkan bangunan-bangunan tinggi di kota Paris itu..
Nampaknya Daniel tidak pernah datang ke luar negara sama sekali.Naik kapal terbang pun habis riuh semuanya. Untunglah kapal terbang itu privite milik Maya.Hanya ada mereka berdua dan juga beberapa orang pramugari tak lupa juga pilot yang ditugaskan di dalam kapal terbang mewah itu.
“Suka?”
Tanya Maya yang duduk bersebelahannya. Maya ketawa kecil melihat anggukkan Daniel seperti kanak-kanak itu.Kacak,tapi dalam masa yang sama comel!
“Kita berehat di hotel dahulu.. Malam ini kita keluar ambil angin”Kata Maya.
Kereta yang dinaiki mereka berhenti tepat bahagian depan vila yang terlihat sangat mewah itu.Memang betul-betul mewah.
Daniel keluar dari perut kereta.Memandang bingung vila dihadapannya.Maya kata Hotel tapi ini?
“Jom lah masuk..”
Pelawa Maya sambil memegang tangan Daniel menuju ke vila mewah itu.
“Kata hotel? Tapi??”
‘Dia nak tinggal aku dekat sini ka?’ Daniel berdiri tegak. Memerhati gerak geri Maya yang semakin jauh meninggalkannya memasuki vila tersebut. Dia tergamam melihat vila yang sangat jelas kelihatan kemewahannya.
Berkali-kali dia menyoal di dalam hatinya.Dia akan tidur di sini kah?Bagaikan tidak layak untuk dia tidur di vila mewah itu.
Mata memandang penuh vila yang sederhana besar dikelilingi dengan kolam kecil yang menempatkan beberapa jenis ikan menyambut ketibaan mereka.Vila yang tidak terlalu besar tetapi menepati cita rasa orang kaya.
“Takde kelas lah kalau I tidur dekat hotel.. saja tipu”Maya tersenyum manja.
Bahagia juga dapat bercuti bersama suami.Sebelum ini dia hanya menghabiskan masa dengan kerjayanya yang tinggi.Bukan senang untuk mendapat keuntungan tinggi.
Tapi sekarang,keuntungannya malah lebih tinggi dari jangkaannya kerana usaha kerasnya sebelum ini.
“Kalau adik-adik dengan ibu dan ayah datang sini pasti diorang gembira..”Kata Daniel memandang vila tersebut.Jantung mula berdengup normal.
“Nanti kita bawa diorang..”
Daniel dan Maya melangkah masuk ke vila tersebut.Ternganga mulut Daniel melihat dalamnya.Beg-beg yang berada di dalam kereta diabaikan.Dia tahu pasti driver akan angkat kerana lelaki itu adalah driver peribadi Maya.
Hati sangat girang.Pertama kali dapat menjejakkan kaki ke tempat yang mewah di luar negara.Entah berapa harga Maya bayar untuk sewa satu minggu disini.Katil bersaiz king dipandang.Namun dia batalkan niatnya untuk berguling.
Melihat makanan yang tersedia di meja luar balkoni buatkan terasa lapar.
“isi perut dulu dan..”
Daniel memandnag Maya yang sudah duduk di atas kerusi yang berhidangkan makanan di atas meja.Makanan luar negara yang kali pertama dia dapat menikmatinya.Bagaikan rusa masuk kampung betul.
Malam menjelang mereka berdua.Daniel duduk bersantai di hadapan kolam air panas berhadapan vila mereka.Suasana sunyi.Tiada orang langsung kerana ini adalah vila privite milik Maya.
Kaki direndamkan di dalam kolam air panas.Cuaca tidak terlalu sejuk baginya,Daniel hanya mengenakan Tshirt lengan pendek bersama seluar pendeknya.
“Tak sangka dapat juga aku jejak ke luar Negara..”Senyum Daniel.
Impian yang ditunggu-tunggu bertahun tahun. Namun apakah daya dia hanya orang kampung yang biasa. Mampukah mahu pergi ke luar negara?
“Kalau aku tak kahwin dengan Maya.. Pasti aku tak akan dapat datang kesini”
“Macam yang I cakap.. you akan rasa apa erti kemewahan bila you sentiasa ada dengan I”
Daniel berpaling membulat matanya memandang Maya yang menghampiri hanya mengenakan pakaikan renang yang agak terbuka.
“Kenapa tak ajak? Tak cakap pun yang you nak berenang” Rambut panjang Maya yang dilepaskan itu sanggul tinggi hingga menampakkan leher putih miliknya.
Daniel menelan liurnya sebelum memandang kearah lain. Memang betul cakap Amira, Maya memang tidak nampak seperti orang tua..
“Saya tak sangka yang awak banyak keperluan milik sendiri.. Kapal layar pun ada ke?”tanya Daniel.
“I mabuk laut.. so I tak suka naik kapal, lebih baik naik hellikopter or flight”Kata Maya.
“Ouhh patutlah..”
“apa yang patutlah?”
“tak ada apa…”
“Seronok datang sini? Dari tadi I tengok you tak berhenti senyum.. katil pun tak sentuh langsung.. berjalan je kerjanya”
“memanglah, saya duduk kampung je dulu.. bukannya pernah datang sini, kalau boleh nak duduk sini terus”
Maya ketawa.
“Anything for you Daniel.. I ada banyak rumah di kota Paris ni.. pilih je you nak yang mana”Kata Maya.
“What?! Rumah?”
Maya menganggukkan kepalanya.
“habistu kenapa kita duduk vila ini kalau awak ada rumah dekat kota Paris ni?”
“Ni pun salah satu rumah I”
“Jom..”
Daniel diam apabila sepasang tangan singgah di pinggangnya.Daniel memejamkan mata.Mahu sahaja dia terjun di dalam kolam.
“Awak goda s-saya ke Maya?”Ketar Daniel bertanya.
“What you mean Daniel Nazief? I nak ajak you berenang sahaja bukan benda lain. Otak kuning betul orang muda zaman sekarang”
Maya menggelengkan kepalanya sebelum turun ke dalam air panas.Tidak terlalu panas tapi sesuai dengan suhu tubuh mereka berdua.
*
Daniel berdiri tegak di hadapan bangunan besar yang sangat kelihatan unik dengan pembinaan dan juga seni binanya. Orang ramai yang berkerumunan di hadapan bangunan itu dipandang biasa.
Macam-macam gaya pakaian yang dipakai oleh mereka.
“Hola..”
Satu suara menyapa lembut, membuatkan Daniel tepempan seketika.Dia menoleh.Terdapat seorang wanita berpakaian bertemakan seperti pengantin spanyol yang tidak terlalu berlebihan dan juga sangat cantik dipandang.
“Hola..”Sekali lagi gadis itu menyapanya. Daniel sudah mengerti, pasti gadis itu orang spanyol kerana sapaannya menggunakan bahasa spanyol iaitu ‘hola’ yang bermaksud ‘Hi’.
“Yes?”
“Antes de preguntar? Entiendes mi idioma no soy beuno hablando ingles” (sebelum saya bertanya apakah awak mengerti bahasa saya? Kerana saya tidak terlalu pandai berbahasa Inggeris)
Gadis itu bersoal terlebih dahulu. Daniel hanya mengangukkan kepala. Dia mengerti apa yang cuba disampaikan wanita itu. Tidak sia-sia dia belajar bahasa sepanyol sewaktu di universiti dahulu.
Maya masih ternganga melihat Daniel yang sibuk berbual dengan gadis yang entah mana asalnya.Dia baru sahaja selesai menanda tangan tiket untuk masuk, dan bila dicari Daniel. Lelaki itu sibuk berbual dengan wanita yang mungkin berasal dari luar juga. Yang menarik perhatian Maya, Daniel sangat fasih berbahasa spanyol.
Mereka berdua menghadiri pertunjukkan fesyen baju- baju terjenama.Maya memang selalu hadiri majlis-majlis pertunjukkan ini.Walaupun Maya kurang menghabiskan masa di butik-butik. Dia lebih gemar ke pertunjukkan fasyen kerana Maya adalah seorang yang sangat suka bergaya.
Tapi sikap Maya tidaklah terlalu cerewet dalam hal pemakaian.Asalkan dia nampak ‘perfect’ dan cantik.Itu sahaja yang dimahukan olehnya.
Harga? Sudah pasti melebihi ribuan ringgit hanya untuk dua helai pakaian.Pemakaian dan bergaya boleh menampakkan sifat masing-masing.Sebab itu dia sangat suka mencari pakaian yang benar-benar menarik.
“Puas dah berbual?”Tanya Maya kepada Daniel yang kembali mendekatinya di bahagian kerusi bersebelahannya.
“Yes Maya..”
“How can you fasih bahasa luar?”
“Entah.. mungkin saya minat dengan bahasa diorang.. sebab tu saya belajar, ingat dulu habis sekolah nak sambung berlajar dekat luar tapi tak mampu”Kata Daniel.
Maya tidak sempat membalas apabila lampu dewan terpadam dan hanya menyala di bahagian pentas yang akan dilalui oleh para model.
Maya dan Daniel duduk di kerusi hadapannya sekali.Ianya senang untuk Maya membuat pilihan.Kedengaran Muzik di seluruh dewan. Dua orang pengacara yang berdiri di tengah-tengah pentas mula bekerja.
Maya fokus memandang para model yang sudah mula berjalan ‘catwalk’ di atas pentas berhadapan mereka. Pakaian-pakaian jenama diteliti satu persatu oleh Maya.
“Kenapa kering sangat model-model ni?”Daniel bersuara lantang.
Maya tidak dapat fokus.Dia terus melepas ketawanya apabila Daniel berkata begitu.Lihat pula muka Daniel yang seakan tidak suka penampilan model-model tersebut.
“You know Daniel.. badan-badan model ni lah badan idaman semua wanita.. kurus, tinggi dan cantik.. pakai sahaja apa yang diorang nak.. semunya padan”Bisik Maya.
“Tapi saya tak suka.. entahla kenapa”Jawab Daniel tanpa memandang Maya. Matanya masih memandang model-model tersebut dengan tidak puas hati.Terlalu kurus tapi nampak cantik jugalah dengan ketinggian.
“Bukan ke badan I macam diorang?”Maya berbisik perlahan tepat ditelinga Daniel.
Daniel memandang Maya dari atas kepala hingga tapat kakinya.Maya hanya mengenakan tshirt tanpa lengan berwarna hitam bersama skirt labuh paras lutut.
“Awak lain.. awak ‘S’”Kata Daniel.Matanya kembali memandang model-model dihadapannya.
Maya mengetap bibirnya menahan ketawa.Mahu sahaja dia pukul Daniel tapi ada orang pula dibelakang.Kali ini Maya kembali fokus melihat model-model lelaki yang mula berjalan.
“Yang lelaki kenapa pakai make up? Rambut pula terjuntai sana sini.. tengok tu.. ada orang pakai baju perempuan”
Maya menampar dahi.Nampaknya ini kali terakhir dia membawa Daniel ke pertunjukkan fesyen. Suaminya main mengata sahaja para model sehingga orang sebelah memerhati mereka.Nasiblah mereka tak faham dan tak dengar kalau tak entah rosak sudah pertunjukkan.
“Jangan banyak komen boleh tak sayangku Daniel? Fokus sahaja, pilih baju apa yang you nak.. I belanja”Kata Maya.
“taknaklah.. baju macam perempuan.. lebih baik saya pilih baju perempuan tadi je kalau kena pakai baju macam ni”
*
“Tidak!! Macam mana aku nak bentang nanti..” Daniel menekup wajahnya.Hampir tiga jam dia cuba berfikir untuk dapatkan idea kerjanya namun tidak juga dia dapat-dapat.Matanya ditala semula pada monitor skrin komputer ribanya.
“what are doing Daniel?” Maya memasuki bilik mereka bersama secawan kopi hangat di tangan.Dari luar dapat dengar Daniel menjerit. Sebab itu lah laju tangannya membancuh minuman untuk diberikan kepada Daniel.
“saya tak ada Idea..” Daniel menyandarkan kepalanya di permukaan katil.
“Idea what?”
“susah client ni, dia nak temakan kemewahan tapi dalam satu masa tema itu nampak macam dari awal kejayaan itu datang dari permulaan apa tah saya pun tak faham..”Kertas-kertas plan yang berterabur di atas katil diambil semula.
“Nak berjaya pasti ada permulaan kan?”tanya Maya sambil menyilang tangannya.
“Ya..”
“jika awalnya dia duduk di rumah kayu untuk permulaan.. dan akhirnya dia tinggal di rumah yang penuh kemewahan…”Kata-kata Maya yang sangata teliti. Namun Daniel masih lagi bingung apa yang cuba mahu disampaikan Maya.
“Takkan tak faham lagi?”
“apa?”
“cuba awak gabungkan perabut yang berasalkan bahan kayu bersama peralatan moden… itu dah sangat mudah saya terangkan”
Daniel memandang kerjanya yang bertimbun dengan malas. Datang nak honeymoon tapi terpaksa pula buat kerja disebakan balik sahaja dari honeymoon dia perlu menyelesaikan pembinaan yang ditempah.
Harini hari terakhir Maya dan Daniel berada di Paris.Maya dan Daniel mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama di kota Paris terlebih dahulu.
“You know what? I really love coffee”
Maya menghirup air kopi yang dibancuhnya olehnya tadi.Secawan kopi panas lagi diberikan kepada Daniel.
“Really? Tak pahit?”
“tak.. tapi waktu duduk di kampung you.. adik-adik you pernah hidang kopi untuk I.. Yang warna hitam tu, selalunya I lebih suka yang ada susu tapi bila minum yang itu.. it was amazing”
Daniel ketawa mendengar pujian Maya.Kopi orang kampung biasalah. Lagi-lagi ianya sangat sedap jika minum diwarung kecil-kecilan bersama rakan. Itu manjadi hobinya jika pulang sekolah dahulu.
“Maya, saya ada sesuatu nak tanya ni..”
“Sure”
“Kenapa awak membujang sampai umur macamni? Awak tak pernah ada teman lelaki ke? Atau kekasih?”Akhirnya soalan yang benar-benar menganggu fikirkan diluahkan juga.
“Mungkin jodoh I sebentar sahaja? Dengan you?”Selamba Maya menjawab.
“Lepas kontrak kita tamat.. awak nak kahwin lain ke?”
“what are you talking about? i tak nak anak i dapat kasih sayang dari ayah tiri.. cukuplah kasih sayang i sebagai ibu kandung”
Share this novel