Maya menyangkutkan apron yang baru dipakainya.Nasi goreng yang akan menjadi makanan sahur mereka harini dihidangkan di atas table bar.
Pinggan diambil ,Maya mencedokkan Nasi goreng untuk dia dan Daniel.Air kopi panas dituangkan ke dalam cawan.
Maya duduk di kerusi.Bersiap sedia untuk menjamu selera.
“Mana pula Daniel? Takkan tak bangun lagi..”
Maya mengendap tangga penthousenya.Bunyi yang sunyi.Maya mengerutkan dahinya.Sebelum turun Daniel sudah mandi dan berselisih dengannya.
“Daniel!”
“Ya sayang!”
Maya tersentak melihat Daniel yang baru menuruni anak tangga. terpaku melihat Daniel yang sangat terlihat berbeza harini.
Daniel selalunya hanya mengenakan pagoda serta berkain pelikat ,sebelum solat subuh.selepas solat subuh ,dia akan ke gym sebentar sebelum bersiap untuk ke pejabat.
Daniel mengenakan T shirt hitam didalam dan dipadankan kot kelabu berseluar slack yang sama warna.Lelaki itu betul-betul nampak bergaya.
“Sorry lambat.. tak azan lagi kan?”
Maya hanya menggelengkan kepalanya.Dia masih kaku melihat pemakaian Daniel harini.Pakaian itu semestinya jenama yang mahal.
“Bila you beli baju ni?”
“Ouh, semalam lepas balik dari meeting saya teman irfan pergi Mall cari barang dapur.. alang-alang tu saya singgah butik,berkenan pula baju ni”Jelas Daniel.
Maya memberi riaksi biasa kepada daniel walaupun hatinya betul-betul cair melihat Daniel yang betul-betul kacak harini.
“Sayang tak suka ke?”
“ha? Sayang?”
Daniel tersenyum lalu duduk berhadapan Maya.
“apa yang tersenyum sorang-sorang ni?”
“Bukan awak kata awak suka senyuman saya ke?”
*
“Jadi.. kedua belah pihak akan dapat keuntungan tinggi jika barangan yang diambil berkuantiti tinggi dan berjenama tinggi..”
“Baiklah macam itu, saya sudi bekerjasama untuk MYIDND sdn,bhd.. Insyallah syarikat kami akan cuba mencari kayu-kayu yang mempunyai ukiran yang berkuantiti tinggi”
Daniel tersenyum lalu bersalaman dengan Tuan Fadhil atas persutujuan syarikat mereka.
“Terima kasih banyak-banyak Tuan Fadhil.. maaf juga haritu kitorang terpaksa batalkan perjanjian..”Kata Irfan.
“tak apalah.. saya juga minta maaf sebab tak ada di pejabat hari yang kamu datang kemarin”
Daniel dan Irfan saling tersenyum.Hal yang mudah akan menjadi lebih mudah jika mereka pandai mencari penyelesaian.
“Kamu Daniel Nazief kan?”
“Ya saya Tuan Fadhil..”
“Kamulah suami Miss Maya kan?”
“Ya”
“Untunglah kamu dapat Maya, baik Maya tu.. dialah yang tolong kami sekeluarga untuk bangkit semula.Syarikat ni, dengan butik isteri saya semua gunakan modal dia..”Ujar Tuan Fadhil.
“Ouhh Tuan kenal dengan Miss Maya rupanya?”Soal Irfan.
“Mestilah kenal.. Dulu Maya selalu datang bekerja dengan isteri saya waktu umur dia sekitar 15 tahun macamtu..Kami dulu pun hanya bekerja kecil-kecilan..”
Daniel memandang irfan tidak percaya.Mereka sedikit tertarik dengan cerita Tuan Fadhil.
“Kalau boleh tahu.. Tuan kerja apa dulu?”
“Kami jual kuih muih ditepi jalan sahaja Daniel.. Maya yang selalu usung kemari kuih itu untuk dijual.Maya tu degil orangnya.. bila dia bertekad nak buat sesuatu dia memang perlu buat”
Tuan Fadhil ketawa kecil apabila teringat kisah lamanya bersama gadis kecil yang sudah dianggap seperti anaknya itu.
Dia dan isterinya sahaja yang selalu memberikan Maya kasih sayang ibubapa.
“Dia tak pernah merungut.. Balik sekolah terus datang rumah kami.Rumah kami dulu pula berdekatan rumah anak yatim yang Maya tinggal..”
“Dan yang paling saya kagum dengan dia, dia tidak pernah menangis walaupun keletihan yang di alami dia terlalu berat”
“Dan sekarang.. dia sudah berjaya dengan susah payah dia belajar tinggi..”
Sebak mendengar cerita Tuan Fadhil.Nampaknya isterinya lebih teruk menghadap waktu susah di zaman muda dahulu.
“Tuan ada anak?”
“ada.. puteri dan putera kami belajar di luar negara,Maya yang tanggung pelajaran diorang”
“Ouhh.. muda dari Maya lah anak-anak Tuan?”Tanya Daniel pula.
*
“kenapa yang tiba-tiba nak buka puasa dekat luar ni?” tanya Maya yang baru sampai di restoran.Dia menduduki diri berhadapan Daniel.
“Tak boleh ke? Asyik makan dekat rumah je…”
Maya menjeling.Malas mahu melayan.Buku Menu dihadapannya diambil lalu dibaca.Lagi 1 jam mahu buka puasa.Lebih baik memesan terlebih dahulu.
“banyak makanan laut.. kita makan Shell out nak?”Tanya Daniel.
“Shell out?”
Daniel berdiri menarik tangan Maya menuju ke tempat yang dihidangkan makanan laut yang masih mentah.Pinggan bersama pengepit diambil olehnya.
“Nak makan apa?”Tanya daniel.
Maya hanya menunjukkan ketam dan juga udang galah. Daniel pula mengambilnya dan dicampurkan banyak lagi makanan laut.
“kerang nak tak sayang?”
Sekali lagi Maya menghadiahkan pandangan maut pada Daniel.Daniel tersenyum kerang busuk sebelum tangannya mengambil kerang bercampuran.
“Eh ada ikan la..”Maya memandang ikan-ikan yang kelihatan segar itu.
“Nak ke?”
“ambil la siakap sekor, buat masak tiga rasa”
Daniel menganggukkan kepalanya.Makanan basah yang diambil diberikan kepada pelayan restoran itu untuk dibawa masak.
“Seafood awak masak shell out, ikan ni buat tiga rasa..”Pesan daniel.
Maya dan Daniel kembali ke tempat duduk mereka.Tersengih Daniel melihat Maya yang sangat comel dihadapannya.
“apa pandang-pandang?”
“Pandang isteri sendiri dapat pahala”
Maya menggelengkan kepalanya.Makin dilayan makin menjadi.Tampar kang! Nasib suami..
“Maya saya nak minta maaf..”
“For..?”
“Maya!!”
Daniel dan Maya tersentak memandang seorang lelaki yang mendekati mereka berdua.Maya tersenyum memandang Zafril yang mendatang kearahnya.
‘Pakcik tak cukur ni lagi kacau betullah!’Bentak Daniel dihatinya.Menahan geram.
“Zafril, you buat apa dekat sini?”tanya Maya mesra.
“I pergi meeting, nak dekat buka puasa kan? So terpaksa lah berbuka dulu..”Ujar Zafril.
“Ouhh really? Jom lah join.. kitorang pesan banyak makanan.. lagipun nak berbuka dah, you pun belum pesan apa-apa lagikan? Nanti lambat pula”Kata Maya.
“What?!”daniel membentak.Dia mahu membantah tapi melihat Maya yang memandang tajam, lebih baik diam.
“Boleh ke?”
“Of course, your
Apa yang Zafril nak sebenarnya ni? Jangan lupa follow :)
Share this novel